Tuesday, April 30, 2013

Jom Baca Buku >> Setia Hujung Nyawa (Aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu)



Watak Utama : Zain Hakimi & Ersalina Imani
Penulis : Fatin Nabila

Mengenai kisah cinta selepas kahwin antara Zain dan Ersalina. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga bila tunang Zain hilang tanpa berita. Di sebabkan mahu menjaga maruah, Datin Adibah mencari seseorang yang dapat mengantikan tempat Sofea(tunang zain). Suatu hari Datin Adibah kerumah keluarga Ersalina atas urusan persatuan untuk berjumpa dengan Haliza(ibu Ersalina), terpaku Datin Adiba melilhat kelembutan Ersalina. Lalu dia mengutarakan hasrat untuk memenantukan Ersalina. Hajatnya di sambut baik oleh Haliza, Ersalina dan Zain. Maka bermulalah episod rumah tangga di antara Ersalina dan Zain. Cinta disemai bila Zain dilayan baik oleh Ersalina. Bila tika cinta antara mereka ingin bersatu, ujian melanda dimana Ersalina di sahkan mengandung dan keguguran. Zain kebigungan kerana dia belum pernah mennyentuh Ersalina selama perkahwinan mereka. Oleh kerana kejadian tersebut Zain sangat kecewa dan bermulalah komplik cinta antara Zain dan Ersalina. Di saat zain ingin melafaskan talak dan berpisah dengan Ersalina, tuhan membuka pintu hati Zain untuk menerima Ersalina kembali. Mereka bersatu dan kembali memulakan kisah cinta yang putus. Tuhan sekali lagi menguji mereka bila Zain koma selepas kemalangan jalan raya. Ersalina di cemuh oleh Datin Adibah setelah mendapat tahu bahawa Ersalina pernah mengandungkan anak luar nikah.
Ersalina di sahkan mengandung anak Zain, tetapi bila Zain sedar dari komanya, dia terpaksa berpisah sebenar oleh ibu Zain (Datin Adibah). Datin Adibah juga sangsi terhadap kandung Ersalina, manakala Zain berusaha meyakinkan ibunya bahawa anak yang dikandung Ersalina adalah anaknya yang sah.

Kisah ini pada saya sangat menarik dan memikat saya membaca buku ini beberapa kali, begitu juga dengan cerita slot akasia yang di adaptasi dari novel ini, walaupun ada plot dalam cerita ini yang sedikit berlainan seperti yang diceritakan di dalam novel tapi saya puas hati secara keseluruhannya. Cerita yang sweet dan penuh debaran. Setiap hari tidak sabar rasanya untuk menanti episode seterusnya sehinggalah episode akhir.
http://www.ceritamaster.com/2012/08/setia-hujung-nyawa-slot-akasia-full.html

  Sinopsis Buku :

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.



 "Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman."(Surah al-Nur:3)


Paperback, 469 pages
Published 2011 by Alaf 21
ISBN 9789831246993


Thursday, April 25, 2013

Bab 1 : My Sweetheart Isteriku


Bab Satu

Kerja sebagai seorang "System Analyst" di sebuah bank tempatan di ibu negara memang sangat mencabar. Bak kata Mr Sydney, life is more and more difficult and challenging now days, mungkin itu bagi dia, tapi hidup Umairah tetap sama sahaja tiada bezanya dahulu atau sekarang.

Mencabar atau tidak Umairah harus teruskan kerana itu adalah sumber rezekinya..nak cari kerja lain..bukan tak boleh..boleh tetapi Umairah tidak mahu menjadi seorang pemburu kerja. Ibu Umairah selalu berpesan, kerja mana-mana pun sama, yang penting kita pandai bawa diri. Jadi dia mengambil kata-kata ini sebagai pegangan dan pedoman untuk  tabah melalui semua ujiaan ini. Ibu juga selalu berkata

"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya"

Lamunan Umairah terhenti bila telefon di mejanya berdering, mematikan lamunannya memunasabah diri. Tulah nama pun programmer kan...kerja tulis code, kadang-kadang tembus juga screen komputer bila tika mengelamun di waktu tiada idea dan kebuntuan kerana tidak dapat selesaikan masalah. Umairah menangkat telefon tersebut sambil berkata "Good Morning ITD" kata-kata standard language bila angkat telefon di ITD.

"Ha...Mairah...are you find the course why the dashboard show negative value?" Amboiii...bisik hatinya. Memang dia sangat mengenali suara itu, kalau tidak telefon Umairah sehari memang tidak sah.

"Hi Mr Low...yes..we will raise eSMR to rectify this issue.i will inform you once done", Jawab Umairah penuh keyakinan. Cuba berdialog seminimum mungkin tetapi berisi.
Cakap dengan orang yang belum kahwin ni memang susah. Cakap hari ini lain, esok lain pula, memang tidak boleh pakai. Kenapalah pak cik bujang terlajak ini buruk betul perangainya. emmm...confius aku sekejap. Mungkin sebab itulah amoi takut dekat dia. Bisik Umairah di dalam hati.

Rakan sekerjanya sudah mula senyum-senyum. Sudah masak dengan perangai Umairah. Mana tidaknya kalau satu hari Umairah boleh menjawab dan terangkan perkara yang sama sebanyak sepuluh kali, jadi faham-faham lah kan. Rakan-rakan lain pula geram dengan Mr Low ini.

Selesai sahaja meletak telefon, Charl terus pandang kepada Umairah sambil berkata dengan senyuman di bibir. "He called you again?..."

Umairah mengangukkan kepala. Tak terkeluar perkataan dari mulutnya, penat  menerangkan kepada Mr Low sebab dashboard menunjukan nilai negatif. Nasib baik Charl faham.
Kemudian dia bangun dari tempat duduknya..berjalan menuju ke wash room. Sebelum sempat kaki melangkah masuk ke wash room SyedUqail Hakimi memanggilnya. Umairah segera mendapatkan Syed Uqail Hakimi. "You balik pukul berapa?" tanya Syed Uqail bila Umairah berdiri beberapa tapak di hadapannya.

"Not sure...kerja banyak ni..."jawab Umairah agak kasar, walaupun dia tahu berdosa menjawab begitu kepada seorang yang bergelar suami.

"You go back on time la, my mom nak datang after maghrib, you prepare for dinner ok.." Syed Uqail Hakimi memerintah Umairah.

Dengan senyuman manis Umairah membalas "Amboi..amboi Mr Uqail...pandai betul awak memerintah..awak masak sendirilah"Umairah berlalu sambil menjelir lidah. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu, bertapa begangnya bila di perintah oleh sang suami.

Sedang Umairah khusuk membelek muka di cermin sambil membetulkan tudungnya, handphonenya berbunyi. “Emmm whatapps rupanya...aaa...mamat senget ni lagi.Aaaa...malasnya...Mamat senget itu adalah suamiku...tapi bukan suami...macam mana tu yer...pening....”

"Sayangggg...tolong la i...kita kena berlakon ok...:P" Ayat pertama keluar di screen smartphone Umairah.
"Ok...i tolong you...tapi i nak hadiah....beg coach..boleh..? kalau tidak i bocorkan rahsia kita" Umairah  mengugut..lama dia tunggu jawapan dari Syed Uqail Hakimi tapi senyap tiada balasan.

Dia menyambung tugasan membandingkan dashboard yang di katakan bermasalah oleh Mr Low dengan apa yang dapat dilihat oleh branch. Ralit mendebug code,handphonenya berbunyi lagi, lalu segera di capai handphonenya dan membaca whatapps yang di hantar oleh Syed Uqail Hakimi.

"Okla...kopak i kalau i ada 4 isteri macam you..."

"Silakan ada i kisah...hehehe" Muka Syed Uqail Hakimi berubah merah padam membaca jawapan dari Umairah. Marah rasa hati.

"Aku punya handsome..idaman malaya tak kan dia tak jatuh cinta kat aku kot....susahnya perempuan ini...emmm..jatuh hati kah aku kepadanya...hahaha....jatuh cintakah aku dengannya..ooooo...tidak...baru seminggu...aaaa...tak boleh jadi ni.."Gumam Syed Uqail sendirian di dalam hati.

Perkahwinan yang diikat atas desakan keluarga tanpa ada perasaan cinta antara mereka menjadikan mereka, suami isteri hanya sekadar di atas kertas.

"You nak masak apa?..nanti i belikan barang. kita jumpa kat rumah je la nanti. Syed Uqail Hakimi membalas whatapps Umairah.

"I inform you later..let me think first..." balas Umairah yang sibuk menyiapkan tugasan yang tertangguh.


Wednesday, April 24, 2013

Jom Baca Buku >> Andai Itu Takdirnya

Watak utama dalam novel ni ialah Syed Azril & Nur Aleya. 

Masih lagi berkisarkan perkahwinan paksa antara Aleya & Syed Azril. Aleya meminati Syed Azril dalam diam sejak dia study di oversea bersama. Tapi Azril ni seorang yang ego dan hanya memandang perempuan yang setaraf dengannya sahaja. Namun perkahwinan terjadi sebaik sahaja pulang ke Malaysia & ditakdirkan Aleeya bekerja di syarikat milik Azril, dimana sahabat Azril telah memerangkap Aleeya & Azril di apartment Azril sehingga di tangkap khalwat.Cerita ni memang best sangat-sangat bermula dari awal cerita hingga ke endingnya. memang sepanjang membacanya air mata saya mengalir jer.. part yang paling sedih bila syed azril ni sepak terajang aleeya yang sedang sarat mengandung dalam hujan kemudian dia hantuk kepala Aleya kat dinding & menyebabkan salah seorang bayi kembar yang dikandungnya meningal..Sedih...
Aleya ni baik...dia sanggup menjadi isteri kembali untuk Azril, (memberi Azril peluang kedua, walaupun setelah apa yang terjadi pada Aleya...Ada sebab kenapa Aleya beri peluang kedua kepada Azril...emmm...memang best cerita ini..kena baca...

SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." 

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." 

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang.
 
Paperback, 588 pages
Published 2008 by Buku Prima Sdn Bhd
ISBN13
9789833669653
 


Friday, April 19, 2013

Jom Baca Buku >> Lafaskan Kalimah CintaMu





Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, untuk memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya?. Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?. Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?.

Novel ini telah menduduki carta TOP 10 di Kedai Buku Popular. Tema kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan sangat sinonim dengan novel-novel karya Siti Rosmizah sebelum ini. Plotnya mudah dicerna dan mengikut kronologi. Permulaan cerita mengisahkan tentang penderitaan Tengku Aqilah yang dilayan seperti anak tiri oleh papa dan kakak kandungnya sendiri. Plot dikembangkan dengan pemergian Tengku Aqilah yang menyambung pelajarannya ke luar negara. Setelah selesai belajar, Tengku Aqilah pun pulang dan tinggal di rumah keluarganya. Berbagai masalah, ujian dan cabaran berlaku selepas Tengku Aqilah menerima tawaran dari kakaknya iaitu Tengku Natasha untuk bekerja dalam syarikat milik keluarganya.

Novel ini sangat sesuai dibaca kepada sesiapa yang meminati kisah-kisah cinta romantis. Banyak terdapat dialog dan ragam lucu yang membuatkan pembaca tersenyum dan ketawa geli hati. Walaupun adegan sedih banyak terdapat di dalam novel ini, namun jalan ceritanya diseimbangkan dengan aksi-aksi lawak jenaka yang membuatkan pembaca tidak sempat untuk melayani perasaan sedih mereka. Novel ini sesuai untuk pembaca yang ingin merehatkan minda mereka dari membaca bahan-bahan ilmiah. Selain ianya menghiburkan, terdapat juga nilai-nilai murni yang boleh kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.