Bab 4
Pagi yang
mendamaikan melihat pemandangan Cameron Highland sangat menyejukkan mata,
sekali gus menyejukkan hati yang panas dan keliru dengan status diri. Menghirup
teh di tepi ladang Cameron Valley berseorangan sambil menjamu mata ke setiap
pelusuk ladang yang terbentang luas sungguh melapangkan fikiran. Mahu dibuang
segala permasalahan jauh ke gaung yang ada di depan mata.
Sesekali Umairah
mengerling handphone Note 2 nya yang sedang berbunyi merdu, tertera nama Mr Kasanova di screen. Sebelum ini nombor
tersebut adalah milik Syed Uqail Hakimi, tapi sejak kes semalam, Umairah
menukar nama tersebut kepada Mr Kasanova.
“Miss call, 50 kali…sejuta kali pun aku
tak heran..bo layann..suka hati awak la Mr
Kasanova..berbahagialah dengan Ms
Desperate…ado aku kesah…tapi kenapa hatiku resah…emmm” confiuuusss..!!
Handphone menyanyi
lagi, tertera nama ibu di screen
handphone. Umairah memandang gelisah, mengagak Syed Uqail Hakimi memberitahu
ibunya, mengenai perihal dirinya yang tidak pulang ke rumah semalam. Perasaan
serba salah timbul. Celaru mahu mengambil tindakan sama ada mahu angkat atau
membiarkan.
Handphone menyanyi
lagi, nama ibu tertera lagi, tanpa
berfikir lagi Umairah menjawap panggilan itu.
“Assalamualaikum
ibu…” Cuba
memperdengarkan suara yang ceria seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Cinta kat mana
niee?? Kimi call ibu banyak kali
tanya pasal Cinta…Cinta tidur mana tak balik semalam?” Puan Azimar bertanya
tanpa henti.
“Umi jangan risau,
Cinta ada kat Cameron Valley ni, minum air kejap, lagi 20 minit
Cinta sampai..Umi jangan risau..” Jawab Umairah ingin menenangkan ibunya.
“Keluar rumah
tanpa restu suami itu berdosa Cinta..” Puan Azimar sudah mula memberi ceramah.
“Ibu…Cinta on da way..nanti kita sambung yer
ibu…muaahhh sayang ibu…Assalamualaikum..”
“Waalaikum Salam…”
Puan Azimar mengeleng kepala. Lali dengan karenah Umairah yang cuba
mengelak setiap kali ingin dileteri.
“Sampai hati
you…kalau nak pergi mana-mana kasilah tahu…tak lah I jadi orang gila kat rumah
ni…” Mata Umairah membaca whatsapp ,
yang dihantar oleh Syed Uqail Hakimi.
“Mr Kasanova..you tak payah nak ambil
berat tentang I ya.. I hate you. remember
this words. HATE you…HATE you..understand!” Laju Umairah membalas whatsapp walaupun sedang memandu.
“Mr Kasanova… tak payah nak ambil kisah
pasal i kalau hati you pada orang
lain..and remember this….jangan bagi kata-kata manis you pada i…kalau hati you..cinta
you masih pada orang lain…tolong jangan
bersayang-sayang dengan i, kalau you
masih bersayang-sayang dengan Ms Desparate
itu..jangan nak main ayat-ayat cinta yer…sebab i sangat menghormati rasa kasih,
sayang dan cinta itu…hanya orang yang layak saja boleh bercinta-cintun dengan i
faham?... i bukan minah tepi jalan…minah bodoh…minah tak bermaruah…yang
senang-senang you nak ayat tau..i ni lady
edisi terhad..hanya untuk yang berhak sahaja…” whatsapp seterusnya dihantar. Bunyi kedengaran marah, tapi Umairah
terlupa, yang Syed Uqail Hakimi berhak terhadap kasih, sayang dan cintanya
selain dari yang Esa kerana dia adalah suami yang halal dan berhak 100%
terhadap dirinya.
Syed Uqail Hakimi
tersenyum meleret membaca whatsapp
yang dihantar oleh Umairah.
“Remember another word…I not jealous
ok!!...JANGAN PERASAN….”
Bertambah meleret
senyuman di bibir Syed Uqail Hakimi, di akhiri dengan ketawa yang
berdekah-dekah. Dalam hati hanya tuhan yang tahu, gembira melayan perempuan
yang bergelar isteri. Syed Hakimi berdoa agar di beri peluang untuk mencintai
dan merasai kasih dan sayang dari isteri yang halal itu.
‘Assalamualaikum…umi, umi apa khabar? Kimi on da way pergi Cameron,
tumpang Izzat. umi ada apa-apa nak pesan ke?’
Izzat merupakan
kawan baik Syed Uqail Hakimi, pagi-pagi lagi sudah mengajak Syed Uqail Hakimi
menyertai kembara bermotorsikal kuasa tinggi bersamanya dan beberapa orang
kawan yang lain. Kembara pada hari ini tidak dirancang. Saja suka-suka ingin
merasa angin di Cameron
Highland . Kata Izzat
lepas maghrib dia akan bertolak balik ke Kuala
Lumpur .
“Waalaikum Salam,
umi baik, Cuma risau dengan situasi Kimi dan Mairah, sampai Cameron nanti kirim
salam pada baba dan ibu kamu.”
“Baik umi, doakan
Kimi selamat pergi dan pulang”
“Yer..Umi selalu
doakan anak-anak umi selamat dan bahagia dunia dan akhirat..In Sha Allah… Kimi,
jangan marah-marah Mairah bila jumpa dia nanti, perempuan ni sensitive, berlembut dengan dia. Jangan jumpa saja Kimi
mula berleter, kalau boleh umi nak Kimi diam je, buat seperti tiada apa yang
berlaku, dengar apa dia nak cakap sampai dia boleh tersenyum, maknanya hati dia
sudah sejuk…Ingat perempuan ni rajuknye sekejap tapi salah pujuk rajuknye
panjang dan makan dalam..”
“Kimi ingat ni
pesan umi…perempuan ni…cepat sayang..cepat rindu…cepat cemburu…cepat
sedih…cepat merajuk…cepat marah…tapi perempuan tidak cepat lupa orang yang di
sayang..dia isteri Kimi…ingat..keras perempuan umpama kerasnya kerak nasi..kena
air lembutlah dia…jadi Kimi selidik, perhati dan pelajari siapa itu Umairah..”
“Umairah yang Kimi
pernah kenal 15 tahun lepas sudah banyak berubah selepas peristiwa berdarah
dulu..Kimi kenali dia kembali..Kimi..apa yang telah berlaku memang tidak boleh
di ubah, tapi Kimi boleh pelajari dengan apa yang telah dilalui…Hidup ini
warna-warni yang terlukis pada kanvas…Kimi warnailah kanvas tersebut bersama
Umairah..belajar mencintai dan menyangi dia..umi doakan anak-anak umi sentiasa
bahagia..”
Panjang Datin Seri
Sharifah Halimah berceloteh, bermacam-macam tips dia tumpahkan kepada anaknya.
Syed Uqail Hakimi mendengar dengan penuh khusuk.
“Baik umi..umi
Izzat dah sampai tu…Kimi beredar dulu yer..Assalamualaikum…Kimi sayang umi…muaaahhh”
Izzat sudah
menunggu di luar rumah bersama teman-teman yang lain, semua sekali lima orang. Masing-masing full suit. Topi keledar full face di baling dari jauh kepada
Syed Uqail Hakimi. Dia menyambut dan belari anak mendapatkan Izzat and the geng.
Dihulurkan tangan kepada semua yang hadir bermotor sikal di depannya.
“Apa cer..bro? ko
macam bermasalah besar je…”
“Bala besar ni
Izzat…tu yang aku kena pergi Cameron ni..”
“Emmm…bini ko lari
la nie yer…”
“Pandai ko
teka…haah…aku kantoi dengan dia semalam kat sogo..dia nampak aku dengan
Amanda..”
“Memang patutla…ko
yang cari bala…tak habis berkasanova..dah..dah lah tu..kesian kat bini ko tu..”
Hon motor lain
bingit berbunyi. Izzat dan Syed Uqail Hakimi bersembang seperti rakan-rakan
lain tidak wujud.
“Oooiii…brother kalau bersembang macam ni sampai
sudah pun tak sampai Cameron nyer…jom sambung sembang kat mamak la…” Nassry
mula angin.
“Okk..ok..geng..nanti
sampai Perhentian Sg Buluh aku belanja breakfast korang semua…macam mana Ok?” Tumbs Up di tujuk kepada Izzat and the geng.
Mereke semua
menunjuk tumbs up lalu memulas pedal
minyak berlalu meninggalkan bumi Kuala
Lumpur menuju ke Utara.
Villa Cinta
tersergam indah di depan mata Umairah. Rasa was-was dan takut menyelubungi
diri. Perasaan bersalah terhadap tindakan yang diambil sedikit sebanyak
terkesan di hati. Umairah meninjau sekitar kawasan rumah. Di tawaf keliling
rumah. Berhenti di bawah pokok ketapang yang rendang. Melabuhkan diri ke dalam
buaian yang terikat kemas di bawah pokok. Sambil berbuai, Umairah menghayati
pemandangan yang indah di depan mata. Ladang teh yang terbentang luas, jauh di
atas bukit kelihatan sekelompok warga perkerja Indonesia sedang asyik mengutip
daun tea.
“Ha…lama dah
sampai?” Suara jerkahan Sharifah Munirah Hasanah, adik kepada Umairah
menghentikan lamunan. Umairah mengurut dada perlahan.
“Adik ni…kalau tak
usik kakak tak boleh ke?” jari Umairah mengeletek Munirah. Segera di elak,
melarikan diri menyusup ke dalam villa.
Villa Cinta sunyi
sepi, Munirah hilang entah kemana, mungkin memeruk ke dalam bilik. Umairah
menyambung menungnya di ruang tamu sambil membelek-belek pokok kaktus yang
tersusun indah seperti taman mini di dalam dulang pasu yang besar.
“Emm…muka dah
macam ayam berak kapur…Cinta..Cinta..belum sebulan dah macam-macam hal…”bebel
puan Azimar sambil mengegeng-geleng kepala.
“Ibu…Cinta nak
bercerai..” Senang dan meluncur laju serta bersahaja ayat keramat tersebut keluar
dari mulut Umairah, walaupun bukan dari hatinya yang dalam. Tangan ibunya, Puan
Azimar di pegang dan dikucup.
Mendengar lafaz
yang diucap Umairah, Puan Azimar menarik telinga Umairah dengan lembut
“Astaghfitullah Al Azim…Cinta sedar tak perkataan apa yang Cinta ucap tu?”
Umairah mengangguk
lembut,jarinya mengusap telinga yang ditarik oleh ibunya.
“Cerai itu
memgegarkan tiang Arash… Cinta, perkara yang halal tapi di murkai Allah... Nabi
pernah bersabda yang membawa maksud; "Mana-mana wanita (isteri) meminta
cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga(yakni
akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud,
at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut
at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).”
‘Kenapa harus
bercerai, belum sampai sebulan dah nak bercerai- berai…belum habis ais breaking ni.. cuba kenali siapa dia suami Cinta,
kenapa tiba-tiba buat keputusan yang kurang cerdik ni Cinta..?” Puan Azimar cuba
berlembut dengan Umairah ingin menyelami hati anak kesayanganya itu.
“Ibu..Cinta dah
rampas hak orang lain ibu…Cinta rasa bersalah sangat pada perempuan itu, selama
ini Cinta duk fikir siapa sebenarnya suami Cinta. Sudah berpunyakah dia. Tapi
semalam, Allah tunjukkan siapa suami Cinta..dia sudah ada seseorang dalam hidup
dia ibu..Cinta rasa bersalah sebab menjadi orang ketiga..”
Puan Azimar,
tersenyum simpul mendengar luahan hati anaknya. Sikap menjaga kepentingan orang
lain kuat terpupuk di dalam diri anaknya sama tidak tumpah seperti suaminya.
“Cinta…bertahankanlah
rumah tangga yang dibina ini. Ia halal lagi bersih. Jangan biarkan Syaitan
Latnatullah bergembira dengan tindakan yang Cinta bakal ambil ini. Ibu rasa ada
jalan yang lebih baik dari ini. Cinta kena kuat..ingat dua kali Allah sebut
dalam surah Al- Insyirah..Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada
kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..ibu selalu
berpesan pada Cinta..kan ..hidup
kita ini tidak selalunya indah, kita pasti akan di uji dengan pelbagai ujian
dan dugaan. Adakalanya kita terjatuh. Ada
masanya kita terluka. Ada
masanya kita di bawah. Ada
waktunya kita menangis. Ada
masanya kita kecewa dan hampa. Ada
waktunya kita merana dan sengsara. Periksa hati kita..bagaimanakah kita saat
diuji..? ”
Umairah diam, khusyuk
mendengar nasihat dari Puan Azimar. Seorang insan yang bernas dengan nasihat
dan hujahnya. Selama 30 tahun sebagai pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa kata-kata yang keluar dari mulutnya umpama mutiara kata bagi
Umairah. Sejuk lagi menenangkan bagi siapa yang mendengar.
“Ada lima perkara ibu
nak Cinta buat…”
Umairah mengangguk
perlahan, tersenyum penuh keyakinan. Puan Azimar berjaya mengembalikan
keyakinan dalam diri Umairah setelah hilang apabila melihat suaminya bersama
perempuan lain semalam.
“Pertama… Ibu nak
Cinta bersyukur kerana dapat kahwin..ingat jodoh itu di tangan Allah..ketentuan
Allah..
Kedua…Dalam hal
macam ini, Cinta kena banyak bersabar..kalau Cinta tak boleh nak ubah
Kimi…Cinta boleh jadi isteri yang baik supaya Kimi boleh berubah..
Ketiga..kalau Kimi
marah, Cinta hidangkan air, air itu penyejuk…panas lawannya sejuk..api lawannya
air..
Keempat…Pikat hati
Kimi yang mungkin suatu masa dulu telah dipikat oleh orang lain”
Kelima..Cinta
maafkanlah masa silam Kimi…ibu kenal Kimi..Ibu tahu apa yang dia pernah rasa..”
Panjang berceloteh
hingga tidak perasan bahawa Syed Abbas sudah duduk lama di ruang bacaan yang
terletak bersebelahan dengan ruang tamu.
“Suami…panas
niee…cuba sejukkan ya habibi..” Syed Abbas berbahasa cuba memasukkan tips
ketiga yang dinyatakan oleh isterinya.
Puan Azimar yang
sudah masak dengan perangai suaminya tersenyum kemudian bangun menuju ke arah
suaminya, dicium pipi Syed Abbas kemudian segera menuju ke dapur bagi memenuhi
kehendak suami. Umairah yang termenung sejenak berfikir tentang kata-kata ibunya
segera berjalan menuju ke arah babanya. Di hulur tangan, dan di cium tangan
babanya yang kasar itu.
“Anak..baba..balik
ni..ada ribut yer..?” Syed Abbas mula menyuntik jarum ingin mengorek dengan
lebih mendalam permasalahan anaknya.
“Cinta balik memang
sebab ada ribut baba…tapi ibu dah kasi Cinta ubat dah…”
“Alhamdullilah..”
Syed Abbas mengucap syukur, dibibir terukir senyuman memerli.
Pagi-pagi selepas
selesai solat subuh Syed Uqail Hakimi, telah menghubungi Syed Abbas bertanyakan
tetang Umairah. Mendengar cerita Umairah dari kejauhan tadi barulah Syed Abbas
faham apa yang telah berlaku dalam kehidupan anaknya yang baru berumahtangga
tidak sampai sebulan.
Umairah sudah
berada di dapur berdua dengan ibunya. Terlalu banyak perkara yang harus
dipelajari untuk melayari hidup berkeluarga.
“Assalamualaikum…”
Syed Uqail Hakimi berbisik kepada Syed Abbas bapa mertuanya. Dia menyusup masuk
ke Villa Cinta perlahan-lahan tidak mahu kehadirannya diketahui oleh tuan
empunya rumah.
“Waalaikum
Salam…apahal berbisik ni Kimi? Geli baba…” Syed Abbas menyambut huluran tangan
menantunya. Syed Uqail Hakimi tunduk mencium tangan bapa mertuanya.
“Nak buat surprise kat Umairah…”
“Elok lah tu kejap
ni baru sahaja Cinta buat surprise
kepada kami” mereka berdua terus berbicara dengan berbisik.
“Pandai-pandailah
kamu pujuk hatinya…tadi ibu baru sahaja sekolahkan dia…” Syed Abbas bercerita
lagi.
“Maafkan saya
baba, saya banyak buat salah…berikan saya satu lagi peluang” Syed Abbas
mengangguk sambil tersenyum, memahami perasaan yang dirasai oleh menantunya
itu.”
“Pergi naik bilik
Cinta, nanti baba suruh dia naik ke bilik, pandailah baba buat cerita nanti..good luck”
Tangan Syed Abbas
dikucup sekali lagi. Rasa bertuah mempunyai mertua yang memahami.
“Terima kasih
baba..” Syed Uqail Hakimi segera memanjat tangga, sambil di tanganya membawa
sedozen bunga Ros berwarna lavender. Di bahunya bergalas sebuah bag.
Air di dulang di
bawa Umairah ke ruang tamu dengan berhati-hati, tunduk berjalan tidak perasaan
akan kewujudan Syed Uqail Hakimi di sebelah babanya diruang bacaan.
Syed Abbas
berjalan menuju ke ruang tamu mengekori langkah anaknya itu. Melabuhkan
punggungnya di sofa menunggu Umairah menuangkan air kedalam cawan. Fikirannya
ligat berfikir cerita yang bakal di reka.
“Baba jemput
minum” Jemput Umairah, menghulur cawan air kepada babanya.
“Terima
Kasih…Cinta..tolong ambikkan buku baba dalam bilik Cinta, Zarra..pinjam hari tu
dia baca tak tahu pulak letak balik tempatnya…”
“Ok baba..baba
minum dulu..Cinta pergi ambik…”
Syed Abbas tersenyum panjang. Kemudian berlalu
ke dapur mencari isterinya yang tercinta.
Umairah berlari
anak menuju ke biliknya. Dia menolak pintu biliknya. Matanya tertumpu kepada
sedozen bunga Ros yang berwarna lavender.
Di rapati bunga tersebut, di bawa bunga itu ke hidung. Mencium dan
menikmati keharuman bauannya yang wangi. Terpukau dengan kecantik bunga Ros
kegemarannya. Matanya terpandang sekeping kad. Diambil dan dibaca kad tersebut.
“Dear SweetHeart…
Saya minta maaf buat awak
sedih....
Saya minta maaf buat awak
kecewa..
Saya minta maaf buat awak
marah..
Boleh tak kita kawan…kawan
till jannah..?
Kita mula dari zero to
herooo…heroin pun boleh…hehehehe…
Kita mula dengan abang…and
SweetHeart…boleh??”
Umairah membaca
kad itu beberapa kali. Kepala ligat berfikir. Bagaimana bunga tersebut boleh
berada disitu. Dari belakang pintu Syed Uqail Hakimi mengintai riaksi Umairah.
Umairah kaku, diam seribu bahasa. Dia melabuhkan punggungnya ke atas tilam yang
sudah lama tidak dihenyaknya.
Pelahan-lahan Syed
Uqail Hakimi keluar dari tempat persembunyiannya. Berjalan berlahan-lahan
kemudian duduk disisi isterinya.
“Maafkan Abang…”
Hanya itu yang mampu terpacul keluar dari mulutnya.
Lama Umairah dan
Syed Uqail Hakimi mendiam diri. Umairah tidak tahu ingin beriaksi sebagaimana. Confius dengan perasaan hati. Mahu
merajuk, nanti nampak kejelousan pula. Cara yang terbaik ialah bertenang. Be….profesional..
“Janganlah ada
benci diantara kita, beri ruang untuk diri kita menyelesaikan segala isu yang
berlaku sebelum kita diijabkan. Abang minta Mairah, beri abang peluang. Abang
hargai harapan umi, ibu, baba dan arwah ayah. Abang minta maaf sekali lagi
dengan apa yang Umairah nampak semalam. Bagi peluang untuk abang perbaiki diri
abang.”
Lama Umairah
merenung lantai kemudian dia berkata“Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai
masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan
…baiklah..kita bagi masa untuk diri kita selesaikan apa yang belum
selesai..berapa lama yang kita rasa kita perlukan masa? Hari ini genap 9 hari
kita bernikah…jadi berapa lama kita harus begini?”
Syed Uqail Hakim
mengeluh resah, kerana dia juga tidak pasti akan jangka waktu yang harus
diambil. Lama mereka diam.
“Abang sayang umi,
ibu dan baba, selama hidup abang, mereka sudah menjadi sebahagian dalam hidup
abang. Baba dan ibu banyak membantu umi dan arwah ayah. Zarra dan macam adik
abang. Abang juga sayang pada Mairah dari dulu hingga ke hari ini” Jawapan yang
di beri Syed Uqail Hakimi masih belum memuaskan hati Umairah. Dari ayatnya
menyimpan rahsia yang belum diungkap oleh Umairah.
“Apa kata sebulan
dari sekarang kalau tiada ruang di hati ini, hati awak dan saya, kita bubarkan
perkahwinan ini.” Umairah bertegas. Pandangan matanya menyusuk ke dalam mata
Syed Uqail Hakimi.
“Baiklah..deal..my sweetheart..” Dalam hati Syed
Uqail bertekad untuk cuba
menjadi yang terbaik. Tapi bagi Umairah, dia masih lagi was-was atas kejujuran
insan yang bergelar suami itu setelah melihat kecurangan suaminya semalam.
“I perlu turun ni,
nak ambil buku baba, emm..you rehat dulu la yer…” Mata Umairah melilau ke
segenap bilik mencari buku yang dipinta oleh babanya.
“Sweetheart tak nak temankan abang ke…”
Syed Uqail memancing isterinya.
“ee…” Umairah
mempamerkan ekpresi wajah yang pelik. Seram dengan perangai romantik Syed Uqail
Hakimi.
“Tolong abang urut
pinggang ni.. abang sakit pinggan..Izzat bawa motor laju sangat, abang nak
terpelanting dari motor tadi”
Lagi ekpresi wajah
pelik Umairah pamirkan. Berfikir sejenak. Mahu tolong atau mahu turun ke bawah.
Mata Umairah terpandang minyak panas bernama minyak Merah di atas meja
soleknya. Dia mengambil lalu kembali melabuhkan punggung ke tepi Syed Uqail
Hakimi.
“Pusingkan
badan…angkat baju tu…”
Perlahan-lahan
Umairah menyapukan minyak panas di belakang badan suaminya. Diurut dengan
hati-hati sehingga kedengaran dengkuran halus.
“Tidur da…emmm”
Umairah mengelengkan kepala dan berlalu pergi dari biliknya memberi ruang untuk
Syed Uqail Hakimi berehat.
Ibu dan baba sibuk bersembang, tidak pasti topik yang dibincangkan.
Manakala Munirah sibuk menbaca buku novelnya. Umairah menuju ke arah ahli
keluarganya.
“Kimi mana Cinta?” Puan Azimar bertanya melihat Umairah turun berseorang
tanpa suaminya.
“Kimi tidur ibu..dia kata sakit pinggang sebab si Izzat bawa motor laju
sangat…”
“Biarlah dia tidur…ibu nak masak untuk makan tengah hari ni.. jom tolong
ibu..”
Umairah mengganggukkan kepalanya, lalu mengikut langkah ibunya ke dapur.
“Apa menu kita hari ini bu..?”
“Ibu serahkan kepada Cinta..ibu
nak Cinta masak untuk Kimi…Ibu ada ayam, daging, ikan sebelah, ikan tongkol,
ikan kembung, pagi tadi baba ada beli remis…sayur ibu ada…sayur kangkung dalam
peti..tadi Zarra baru ambil dari kebun, kat kebun ada sayur salad, timun, sawi,
kobis dan bunga kobis..ha..cepat fikir nak masak apa..? hari ini ibu jadi
pengadil untuk program masterchef…”
Puan Azimar tergelak melihat reaksi Umairah yang mengerut dahi berfikir.
“Cinta basuh beras dulu..mungkin nanti boleh datang ideanya” Puan Azimar
memberi cadangan.
Umairah membasuh beras denga khusyuknya. Puan Azimar yang melihat dari
kejauhan tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu.
“Ibu..cinta buat bakar kosong ikan tongkol dan ikan sebelah tu, ayam
Cinta buat sup, Sayur pula ulam je ok tak ibu? Then…sambal belacan, air
asam..ibu kena ajar Cinta buat sambal belacan ini..remis tu Cinta goring ok tak bu?’
Puan Azimar tergelak sopan sambil mengangguk-ngangguk.
“Ok jugak tu,kalau macam tu, ibu pergi kebun ambil sayur untuk buat ulam,
cabai rasanya ada kot kat kebun belakang ini”
“Thanks ibu..”
Laju Umairah memasak. Zarra yang sedang membaca buku novel terpacul di
ruang dapur untuk membantu Umairah.
“Akak..sedapnya bau akak masak.Zarra dah kelaparan ini..”
“Tolong akak..kupas bawang dan sayur-sayur ini..” sambil dihulurkan
bahan-bahan kepada Munirah. Munirah capai dan memulakan misinya.
“Akak…”
“Yer…ada apa..”terasa konsetrasi Umairah terganggu bila Munirah memanggil
namanya.
“Akak ok ke dengan abang Kimi?” Munirah bertanya dengan penuh kesungguhan
dan di wajahnya terpalit kerisauan.
Umairah membuat ekpresi wajah terkejut. “Akak Ok…Zarra janganla
risau..doakan akak dan abang Kimi berbahagia yer”
“Zarra selalu doakan akak…Zarra berharap sangat akak dan abang Kimi akak
jadi best couple macam dulu-dulu…” Kisah silam yang disimpan selama 15 tahun dahulu
di buka sedikit demi sedikit.
Matahari makin meninggi, azan
Zohor berkumandang dengan jelas di kediaman Villa Cinta. Syed Uqail Hakimi yang
lena tidur bangun apabila terdengar seruan azan. Di pandang sekeliling bilik
mencari kelibat Umairah. Mengalihkan mata ke jam di dinding. Terasa badan masih
lemah. Syed Uqail mengeluarkan tuala dari bag galasnya menuju ke bilik air.
Bilik air di kuak.
“Uppsss…sorry” Ternganga Syed Uqail Hakimi melihat segenap susuk tubuh
Umairah yang berada di bawah pacuran air yang laju.
“AAAAAAaaaaaaaaaa….” Umairah menjerit kuat dan panjang, tanganya segera
menutup kembali pintu bilik air.
“Ehhh..you ni kan …ambil kesempatan” Marah Umairah bila
pintu ditutup rapat, terbayang renungan mata Syed Uqail Hakimi terkesima
memerhati dirinya.
“Abang bukan ambil kesempatan..dah rezeki abang…Alhamdulillah…” Syed
Uqail Hakimi tersenyum nakal dalam hati ada taman. Tiba-tiba rasa bersemangat.
“Eeeee…abang nie kan …”
Umairah mengetap bibir, sambil menghentak kaki. Malu tak terkata. Hanya tuhan sahaja
yang tahu.
“Abang jangan masuk selagi pintu ini Mairah tak buka.huhuhuhuhu..”
Umairah masih berasa satu perasaan yang memalukan.
“Ha..Ok..tak nak ajak abang mandi sekali ke?” Syed Uqail ketawa
terbahak-bahak menyakat Umairah.
Umairah senyap tanpa reaksi. Dalam hati masih panas mengenangkan tindakan
Syed Uqail Hakimi sebentar tadi.
Syed Uqail Hakimi menunggu reaksi seterusnya dari Umairah. Lama Umairah
menyenyap.
“Mairah sudah..abang nak masuk mandi, masuk la..nanti lepas siap abang
turun yer..lunch dah sedia kat bawah..semua tengah tunggu tu…” Dia melangkah ke
bilik Munirah yang menhubungkan bilik air dan biliknya.
“Ha…Kimi…Mairah tak turun sekali ke?” Syed Abbas bertanya Syed Uqail
Hakimi sebaik sahaja dia turun tangga.
“Emmm…Mairah tak turun lagi ke baba, Kimi naik cari dialah, kejap yer
baba” Syed Uqail Hakimi memusingkan badan ingin kembali ke tingkat atas.
Tetapi di tahan oleh Munirah. “Abang Kimi, duduk dululah, biar Zarra yang
paling kakak.” Segera Munirah berlari anak menuju ke bilik Umairah. Diketuk
pintu bilik beberapa kali, tetapi dia ada reaksi balas dari Umairah. Munirah
tanpa berfikir panjang terus menolak daun pintu dan masuk ke dalam bilik.
Kosong, Umairah tiada di dalam bilik. Lalu Munirah berlalu ke biliknya.
“Buat apa kakak kat bilik Zarra ni kak?” Terkejut Munirah melihat Umairah
sedang merenung ke luar melalui jendela biliknya.
“Adik..terkejut akak.” Umairah mengusap lembut dadanya. Ternyata dia
sedang mengelamun panjang.
“Kakak, Zarra ketuk banyak kali pintu bilik sebelah, akak tak dengar?”
Munirah bertanya lagi.
Umairah mengelengkan kepala.
“Kakak, jom makan, semua orang dah turun. Kami tengah tunggu akak ni.”
Munirah lantas bersuara memberitahu niat sebenar mencari Umairah.
“Adik pergi makan dulu, akak tak berapa sihat. Akak nak berehat dulu”
Umairah memberi alasan, cuba
mengelak dari berjumpa dengan suaminya. Perasaan malu masih menebal di dalam
hati.Munirah menurut sahaja kata kakaknya.
Selesai sahaja makan, Syed Uqail Hakimi meminta diri untuk kembali ke
biliknya bersama Umairah. Dia berlari anak menaiki tangga supaya segera sampai.
Mencari Umairah, tetapi tiada di dalam bilik. Syed Uqail Hakimi kemudian ke
bilik Munirah melalui bilik air yang menghubungkan biliknya dengan bilik
Munirah. Melihat sekujur susuk terbaring di atas katil, Syed Uqail Hakimi
merapatkan diri ke katil itu. Dilihatnya
Umairah sedang lena tidur. Memandang wajah mulus Umairah, hati Syed Uqail terasa
berdebar-debar. Dengan reaksi sepontan dia mengangkat Umairah ke katil
di biliknya di sebelah. Di letaknya Umairah dengan hati-hati, perlahan-lahan,
ternyata isterinya tidur mati. Langsung tidak menguit bila Syed Uqail Hakimi
mengangkatnya. Setelah meletak Umairah di atas katil, Syed Uqail Hakimi
melabuhkan badannya ke sebelah Umairah. Lama menenung wajah isterinya. Tanpa
sedar, tindakan luar kawalan Syed Uqail Hakimi merapatkan bibirnya ke bibir
Umairah. Di cium bibir mulus bak delima itu. Umairah tiba-tiba mengalihkan
kedudukan mukanya. Degupan jatung Syed Uqail Hakimi makin kencang. Dia cuba
menahan diri dari melakukan sesuatu yang luar dari kawalan diri. Walau ia
halal, tapi dia hormat dengan isterinya. Lama merenung wajah isterinya,
kemudian Syed Uqail Hakimi bangun dari baringan dan melangkah menuruni anak
tangga ingin menuju ke bawah menemui bapa mertuanya.
“Aaaaaaaaaaaaaaa………” Umairah menjerit panjang apabila menyedari dirinya
sudah berada di biliknya. Terkejut yang bukan kepalang. Syed Uqail Hakimi yang
sedang menuruni anak tangga berpatah kembali menuju ke biliknya kembali. Syed
Abbas yang sedang di ruang bacaan juga dengan sepontan berlari anak mengikuti
menantunya.
“Kenapa sweetheart? ” Tanya
Syed Uqail Hakimi melihat Umairah masih lagi dalam keadaan terpingga-pingga.
“Macammana i ada kat sini” Umairah memandang suaminya mengharap jawapan.
“Abang angkat sweetheart, tak
baik tidur dalam bilik orang” Syed Uqail tersenyum menjawab pertanyaan Umairah.
Umairah mengelengkan kepala,Syed Abbas yang ada di depan pintu sudah
ketawa terbahak-bahak mendengar perbualan anaknya. Dia melangkah masuk ke dalam
bilik tersebut. Melabuhkan punggung di sebelah Umairah.
“Boleh baba berbicara” Puitis bunyi Syed Abbas memulakan bicara.
Tangannya diletakkan di atas peha anak dan menantunya.
Umairah dan Syed Uqail Hakimi mengangguk serentak seirama. Syed Abbas
tersenyum lagi. Dia memulakan bicara “Maafkan baba, dalam Islam, apabila anak
sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga kamu
berdua, bukan apa takut dikhuatiri mendatangkan keburukan, tapi izinkan baba
berkata sesuatu kepada kamu berdua.”
Umairah dan Syed Uqail Hakimi mengangguk lagi. Syed Abbas meneruskan lagi
nasihatnya “Baba tahu, kamu mungkin ada kesulitan untuk bersama, tapi berilah
peluang pada diri kamu untuk mengenali sesama kamu. Kalau ada masalah duduk
berbincang bersama-sama jangan pendamkan kemudian lari balik kampung, baba tak
nak perkahwinan yang terbina ini putus di tengah jalan. Kamu mampu bahagia.
Kamu letakan ego kamu ke tepi. Baba nak kamu betulkan niat kamu berkahwin
kerana apa. Kimi, baba minta kamu didiklah Cinta menjadi isteri yang baik.
Isteri yang baik juga terletak pada didikan kamu. Cinta, baba minta kamu hormat
suami kamu, patuh pada segala suruhannya kecuali yang melangar syariat. Boleh
janji dengan baba? ”
Umairah dan Syed Uqail Hakimi mengangguk lagi. Patuh pada kata-kata Syed
Abbas. “Kimi, teman Cinta makan,dah nak masuk Asar dah ni, masuk angin nanti
perut tu” Syed Abbas bangun dan berlalu meninggalkan anak dan menantunya
sendirian di dalam bilik.
Lama mereka berdua mendiamkan diri selepas Syed Abbas keluar dari bilik.
Syed Uqail Hakimi merenung isterinya yang tunduk memandang lantai. Di bawa jari
jemarinya mendekati jari jemari isterinya. Dipaut dan digengam erat jari jemari
tersebut.
“Jom, sweetheart, abang
temankan sweetheart makan.” Syed
Uqail bangun berhati-hati, tangannya masih mengengam erat jari jemari Umairah,
ditarik tangan Umairah lembut. Umairah mengekori langkah suaminya. Pandangannya
masih menunduk memandang lantai. Peristiwa yang memalukan sebentar tadi masih
dalam ingatan.
Laju Syed Uqail Hakimi mencedok makanan untuk isterinya. Kemudian
meletakkannya di hadapan Umairah. “Makanlah sweetheart.
Ke nak abang suapkan?” Syed Uqail Hakimi cuba menghiburkan hati Umairah yang
masih lagi menunduk diam seribu bahasa.
“Kalau macam ni, meh lah abang suap.” Syed Uqail mencubit ikan bakar,
kemudian di cicahnya dengan sambal belacan dan diletaknya bersama sedikit nasi.
Disuapnya dengan hati-hati ke mulut isterinya. Umairah masih membatu tidak
memberi reaksi.
“Marah abang lagi” Syed Uqail bertanya perlahan.
Lama diam. Tangan Syed Uqail masih mengenggam nasi untuk disuap ke mulut
isterinya. Pelahan-lahan mulut Umairah terbuka kecil. Syed Uqail Hakimi
menyuapkan nasi ke dalam mulut isterinya. Butir-butir jernih jatuh setitis demi
setitis ke bibir gebu Umairah. Syed
Uqail Hakimi terkejut. “Dahlah tu, abang salah, maafkan abang, tak baik makan
sambil menangis nanti apa pula pandangan ibu dan baba”
Syed Uqail Hakimi teruskan suapannya ke mulut Umairah. Rasa bahagia
terasa keseluruh jiwa. “Berilah abang ruang di hati sweetheart.” Syed Uqail Hakimi tersenyum mengharapkan reaksi
positif dari isterinya. Umairah masih mendiamkan diri. Dengan perlahan Umairah
mengambil lauk dan nasi disuapkan pula kepada suaminya. Syed Uqail Hakimi
mengunyah nasi sambil tersenyum. Ada
sinar bahagia di mata Umairah.
Sweetnya ..kasanova kita tu ye...
ReplyDelete