Sunday, October 13, 2013

Bab 10 : My Sweetheart Isteriku

Bab 10

            Puan Azimar tidak senang duduk. Perasaan gundah-gelana terasa meresahkan hati, sungguh tidak sedap!. Syed Abbas yang melihat isterinya yang tidak senang duduk menegur “ Habibi ni kenapa? Dari tadi abang lihat sayang macam ada masalah je.”

Puan Azimar tidak membalas soalan suaminya. Syed Abbas yang dari tadi sedang membaca surat khabar, meletakkan surat khabar tersebut di atas meja segera mendapatkan isteri yang sedang termenung jauh memandang ladang teh yang menghijau dari jendela. Diusap lembut bahu isterinya, perlahan-lahan menarik bahu isteri ke dalam dakapannya.

“Ya Habibi, kurang kasih sayang ke?”

“Eh! Abang ni, ke situ pula dia” terkejut Puan Azimar mendengar pertanyaan suaminya.

“Saya duk teringat Cinta je dua tiga hari ini...emmm...sihat ke dia..boss dia buli dia lagi ke...dia bergaduh lagi ke dengan Kimi...macam-macam dalam fikiran saya ni bang...” Panjang penerangan Puan Azimar kepada Syed Abbas.

Syed Abbas tersenyum. Makin erat dia menarik tubuh kecil isterinya kedakapannya. Di tarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara. “Amboi! habibi ni banyak betul kemungkinannya...tak baik buruk sangka dan bersangka-sangka ni..cuba call dia tanya khabar. Apa guna ada telepon tapi tidak diguna”

“Yelah..saya telefon dia.”

Puan Azimar melepaskan tangan suami yang melengkari bahunya. Tenang sedikit perasaan apabila Syed Abbas bertindak begitu.

Nombor telefon Umairah didail dengan laju oleh Puan Azimar. Lepas beberapa deringan sudah terdengar suara Umairah di corong telefon.
“Assalamualaikum ibu...Rindunya kat ibu...” kedengaran suara Umairah yang sangat teruja. Getaran kerinduaan turut terasa oleh Puan Azimar.

“Waalaikumsalam...ibu rindu Cinta juga...sihat ke? Macam suara tak sihat je” teka Puan Azimar.

“Emmm..hem...Cinta sihat ibu..” Umairah menyembunyikan keadaan sebenarnya dirinya.

“Kimi sihat?”tanya ibu lagi.

“Sihat ibu”

“Kimi layan Cinta baik tak?” Puan Azimar risau jika hal yang berlalu berulang kembali.

“Setakat ini Alhamdulillah, baik ibu” jawab Umairah tidak pasti sebenarnya dengan keadaan dirinya sekarang. Miss call dari Ms Desparate tempoh hari di handphone Syed Uqail Hakimi terbayang di fikiran, susah untuk Umairah mengenali diri suaminya bagaimana. Segala perlakuan romantik suaminya masih menjadi tanda tanya.

“Tak kisahlah bagaimana layanan Kimi pada Cinta, yang penting layanan Cinta pada dia. Banyakkan bersabar dengan ujian  yang Allah berikan ini, In Sha Allah banyak  hikmahnya” Sempat Puan Azimar memberi nasihat kepada anaknya.

“Baik ibu” sejuk hati Umairah setiap kali mendengar kata-kata nasihat dari ibunya.

“Oklah Cinta, lega rasanya hati ibu dapat bercakap dengan Cinta” Puan Azimar berterus terang.

“Kenapa ibu, ada apa-apa yang terjadi ke?” Umairah berasa pelik dengan kata-kata ibunya.

“Tak ada apa, ibu sebenarnya dua tiga hari ini asyik teringat Cinta dan Kimi. Tu yang ibu call Cinta, ibu nak dengar suara Cinta” terus terang puan Azimar lagi.

“La ibu ni, jangan susahkan hati ibu sebab Cinta, Cinta ok ibu.” Umairah berasa bersalah dengan ibunya. Difikirannya mengiakan sifat keibuan memang tidak dapat menutup perasaan terhadap permasalahan anak-anak.

“Yelah..nanti kirim salam pada Kimi, kalau ada cuti baliklah ke sini. Lagi satu, ibu harap Cinta bertindak dengan bijak, berfikir dengan waras dan baik, ingat berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah setahun, jaga Kimi baik-baik, banyakkan bersabar” tambah lagi nasihat Puan Azimar kepada anaknya.

“Baik ibu, tolong doakan kami bahagia yer ibu” Umairah tersenyum, bahagia memperolehi ibu yang penyayang. Rasa semangat meresap ke dalam jiwa.


Lama Umairah memerhatikan komputer di hadapannya. Kisah semalam masih bermain difikiran. Terdapat suatu perasaan aneh setiap kali dia berhadapan dengan suaminya, seperti mereka telah lama kenal. Lamunan Umairah terhenti apabila Ruby memetik jarinya di hadapan muka Umairah.

“Amboi!...menung nampak, i panggil you banyak kali you buat ded! je..why? any problem?” tanya Ruby tidak puas hati.

“I ok, my mum call tanya khabar.” Jawab Umairah serba salah.

You dah sihat ke datang kerja ni? Bukan you on mc ke?” tanya Ruby lagi, hairan melihat Umairah di office, sepatutnya Umairah masih cuti sakit.

What do you think? Our boss every easy meh! Give us leave?” balas Umairah nada tidak puas hati.

Ruby terkejut dengan jawapan Umairah“Crazy la Mr Sydney, as i remember your eSMR all in UAT!”

“Yup!, but a few production problem still open for investigation, he set meeting at 10 am, huh...i feel very crazy, i wish, i can resign 24 hours and become house wife” keluh Umairah lagi, bibirnya dicebik. Panas rasa hati dengan sikap bosnya yang pentingkan diri sendiri. Padahal team mate yang lain boleh menyelesaikan segala permasalahan yang berkait dengan kerja.

What? House wife? You kahwin pun belum. How to be come housewife?” Ruby menjerit terkejut mendengar jawapan dari Umairah. Cepat-cepat Ruby bangun dari tempat duduknya, menghampiri Umairah.

“Yerla...tulah sapalah nak kat i nie kan?” Umairah menbalas sambil ketawa terkekeh melihat gelagat Ruby yang berlari ke arah cubicle nya.

Ruby mendekatan mulutnya ke teliga Umairah. Kemudian berbisik “You jangan marah i cakap sesuatu yer”

“Lain bunyinya kenapa?” tersirap darah ke muka Umairah. Debaran di dada semakin laju.

“Pada firasat i kan, Mr Uqail tu suka you lah. Dari pandangan mata dia melihat you waktu explain kat dia pasal open account hari tu obviously sangat dia suka kat you..and i think ok apa...dia memang padan dengan you...handsome tu dia.... Badan gagah, ada six pack tu...agak-agak dia pergi gym ke ek? I like the way he smile..huuu..rasa gugur hati i, pandangan mata dia yang redup...huuu...really make me melt lah, and one thing i notice, he become more handsome and sexy after come from long leave, and another one thing dia nampak makin berisi. Oh ya he look caring kat you...macam case you accident hari tu” panjang Ruby berceloteh. Yang tak boleh tahan di pendengaran Umairah pasal kes kemalangan, punya nak tutup cerita sebenar, si suami bercerita bahawa Umairah jatuh sebab kena langgar dengan van masa hendak melintas.

My darling Ruby, how many words “thing” you use...pening i, emmm...tak ada maknanya dengan firasat you tu. Geli! Seramm! Ok! ” Umairah memuncungkan mulut. Tidak puas hati dengan apa yang di katakan oleh Ruby.

“Eleh...hari ni you cakap macam tu, tiga bulan dari sekarang entah-entah you hantar kad jemputan kahwin. Walimahtus Urus ‘Umairah & Uqail’...huuuh... Aminnn...” masih belum habis lagi sakatnya. Seronok melihat Umairah memuncungkan mulutnya. Comel!

“Amboiii..ambooiii..suka hati je you ni..you tu macam mana pula, you yang minat Mr Uqail, i pula yang kena.” Umairah pulang paku buah keras, tidak puas hati dengan usikan Ruby.

“I sekadar minat je, tak lebih dari itu, kata hati i kuat menyatakan itu jodoh you. Sama cantik, sama padan.” Ruby masih menegakkan rasa dan firasat hatinya.

“Ada pula macam tu. Mana i nak letak Haizan?” Umairah makin rungsing dengan pernyataan Ruby, hinggakan dia terpaksa menyebut nama Hazrul Haizan, dengan harapan Ruby akan berhenti bercakap mengenai Syed Uqail Hakimi.

“Yelah, i forgot about Haizan. Eh, bila dia balik yer?” tersentap Ruby mendengar nama Hazrul Haizan. Umairah selalu bercerita perkara berkaitan Haizul Haizan dahulu, tapi sejak akhir-akhir ini jarang Umairah bercerita mengenai Hazrul Haizan.

This week.” Pendek Umairah menjawap dengan senyuman dibibir.

“Ok lah, i don’t mine, sesiapa pun you pilih...i sokong. Tapikan..i like Mr Uqail with you. Cocok bangat. Haizan you bagi i lah, let me handle” terbeliak mata Umairah, terkejut dengan kata-kata yang di keluarkan oleh Ruby. Terselah kesungguhan Ruby mahu dia bersama Syed Uqail Hakimi.

Umairah masih tidak puas hati dengan kata-kata Ruby. Walaupun sekarang dia bergelar isteri kepada Syed Uqail Hakimi tapi dia harus merahsiakannya. “Eh cik kak ooiii..ingat hati i ni apa? Senang-senang jer you merepek. Dah lah i tak nak dengar about this nonsense..lawak pagi yang mengerunkan, eh takut lah!.” Umairah mengerutkan dahinya.

“Ok..ok..i’m sorry..” Melihat wajah Umairah yang semakin stress , timbul rasa bersalah dalam hati Ruby. Tersedar diri yang dia terlebih memperomosikan Syed Uqail Hakimi.
“Sambung nanti yer, lets me settle this issue...investigating make me become more tired..huhhh...” Terpaksa Umairah memotong segala perbualan yang tidak berkait dengan tugasannya. Kedua belah tangannya sudah berada di kepala. Memperlihatkan dirinya semakin tertekan.

Ruby buat-buat faham dengan permasalahan yang Umairah hadapi. Sebagai sahabat dan rakan sekerja kata-kata semangat tidak pernah putus dari mulutnya. “Sabarlah, dah tugas kita Mairah, I wish one day we can go out from this hell

Mairah mengangguk mendengar kata-kata dari Ruby sambil jari jemarinya laju menekan papan keyboard menaip coding yang tidak akan habis. Penat menaip Umairah berhenti seketika. Bunyi whatasapp kedengaran, laju tangan Umairah mencapai handphonenya. Matanya menjeling ke arah skrin handphone.

“Sweetheart..di mana?”

“Alamak! Suamiku. Alahai!, dia tak nampak ke nota yang aku letak kat sebelah lampu tidur.”Bisik Umairah di dalam hati. Masih terbanyang kisah semalam, dia di peluk suaminya sewaktu tidur hingga ke subuh.

At Office, meeting at 10am, please don’t disturb me” pendek ayat whatsapp Umairah tapi penuh ketegasan dan pemahaman untuk suaminya. Dengan harapan Syed Uqail Hakimi memahami.

Syed Uqail Hakimi membaca whatsapp dari isterinya sambil mengeleng kepala perbagai persoalan bermain di mindanya. Dia berbisik sendirian “Kenapalah isteriku kuat sangat berkerja. Dr dah bagi Mc nak pergi kerja kenapa?”. Terbit sesalan kerana tidak perasaan yang Umairah keluar dari rumah subuh tadi.





  




1 comment: