Wednesday, October 30, 2013

Bab 13 : My Sweetheart Isteriku

Bab 13

Awal-awal pagi lagi, Umairah sudah siap sedia dengan bekalan makanan untuk dibawa ke rumah ibu mertuanya. Semalam selepas balik dari  hospital dengan penuh excited  mengajak suaminya pergi membeli barang-barang dapur di Tesco.

Bau semerbak lagi. Tiap-tiap hari sejak kehadiran Umairah dalam kehidupannya selalu subuhnya dikejutkan oleh bau haruman masakan Umairah. Tidak hairanlah berat badannya bertambah.

Syed Uqail Hakimi terkejut melihat mangkuk tingkat dan sekotak cup cake berada di atas meja di ruang tamunya. “Banyaknya barang, nak bawa ke mana ni sweetheart?”

Umairah yang sedang duduk di atas sofa, tersenyum. Matanya dilirihkan ke arah suaminya dari television.“Mairah masak untuk umi, nanti boleh kita makan ramai-ramai. Untuk Ayu dan Adam, Mairah buat cup cake.”

Syed Uqail Hakimi melabuhkan punggungnya di atas sofa, sebelah Umairah.
“La hai! isteri abang ni rajin betul, ini yang membuatkan...” Jari jemari Umairah diramas. Lalu dikucup. Terasa ke panasan kucupan suaminya itu.

“Buat apa? abang jangan nak mengatal tau. Nanti Mairah cubit nanti.” laju sahaja Umairah menyambung. Dia membetulkan kedudukan, menjarakkan dirinya dari Syed Uqail Hakimi yang duduk terlalu rapat dengannya.

Syed Uqail Hakimi ketawa, melihat wajah Umairah merona merah. “Mengatal, jom kita pergi Sabah, pergi Mengatal”

“Lain Mairah cakap, lain pula abang fikir.” jari jemarinya laju mencubit lengan Syed Uqail Hakimi.

“Adoiii... sedapnya... kalau dengan sweetheart abang memang macam ni... selamanya macam ini.” Dipandang mata Umairah dalam-dalam berharap Umairah memahami isi hatinya yang menyayangi Umairah seikhlas hatinya. Umairah menekur memandang lantai, malu. Degupan jantungnya laju seperti mahu melompat keluar. Rama-rama berkocak pantas di dalam perutnya menambah debaran di hati. Umairah terdiam tidak tahu ayat apa yang harus di gunakan untuk berbicara dengan suaminya.

Syed Uqail Hakimi menyambung bicara, dia sedar isterinya yang pemalu itu mati kutu dengan jawapan yang diberikan.“Sweetheart dah sediakan bekal macam nak berkelah ni, jom ikut abang pergi satu tempat” lantas dia memegang tangan Umairah, dibimbing tangan Umairah ke parking kereta. Tangan sebelah lagi, membawa bekalan makanan yang disediakan oleh Umairah.

Lama menekur memandang jalan. Umairah bersuara“Abang nak bawa Mairah pergi mana? Macam nak pergi Klang je.”

Syed Uqail Hakimi memandang Umairah, berbisik, dan mengeyitkan matanya“Rahsia, nanti sweetheart akan tahu juga”

Umairah serba salah, diingatkan kepada suaminya tentang plan asal mereka “Tak inform umi? semalam beria-ria cakap pada umi nak datang rumah umi waktu pagi”

Syed Uqail Hakimi tidak menjawab pertanyaan Umairah. Dia diam seketika, memberi konsentrasi kepada pemanduaannya, jalan raya yang menjadi jalan utama lori-lori kontena yang ke luar masuk.

“Tanjung Harapan?” Umairah bertanya lagi apabila terpandang signboard di tepi jalan.

“Yup! pandai pun, sebesar harapan abang pada sweetheart” Jawab Syed Uqail Hakimi, ada ketegasan dan kesungguhan dalam kata-katanya. Kedua-dua tangan yang tadinya memegangan stering kerete, kini tangan kirinya sudah mengenggam jari jerami Umairah. Satu tabiat yang selalu dilakukan oleh Syed Uqail Hakimi sejak berkahwin dengan Umairah.

Umairah hanya mendiamkan diri, merelakan tindakan suaminya. Dia merapatkan bibirnya ke teliga Syed Uqail Hakimi dan berbisik“Ada-ada jelah abang ni. Abang ni memang sweet talker kan?”

“Yup! Especially to my wife, only my wife” Laju Syed Uqail Hakimi menjawab, sempat kucupannya singgah ke pipi merah Umairah yang menahan malu.

“Eeeee..takutnya..seramnya!” terpacul kata-kata yang biasanya menjadi bisikan di hatinya dibibir munggil Umairah. Syed Uqail Hakimi memandang Umairah, memandang dengan pandangan yang tajam, menambah resah di hati Umairah. Melihat dari ekor matanya Umairah kelihatan resah, Syed Uqail Hakimi tertawa perlahan.

“Sejak sweetheart hadir dalam hidup abang, abang rasa bahagia sangat, gembira. Macammana yer abang nak cakap, abang rasa abang tak boleh hidup tanpa sweetheart, you are everything for me now and forever in my heart. Abang love you, really love you.”

Umairah diam tanpa kata. Hatinya sebak mendengar pengakuan Syed Uqail Hakimi. Dia tidak pasti mahu berkata apa selagi dia tidak berterus terang kepada Hazrul Haizan selagi itu dia tidak berani meluahkan isi hatinya yang sebenar.

Sweetheart, let’s go, kita duduk di batu itu.” ajak Syed Uqail Hakimi setelah membuka pintu di tempat duduk Umairah.

“Kenapa sedih ni?” Terkejut Syed Uqail Hakimi melihat air mata Umairah bergenang di tubir mata. “Come” dihulur tangannya ke arah Umairah. Lambat-lambat Umairah menyambut tangan suaminya itu. Mereka berjalan beriringan menuju ke batu yang berada di bawah pokok yang terletak di tepi pantai.

“Abang suka pantai, pantai bagi abang, tempat yang paling relaks di dunia,bunyi ombak yang berderu, angin yang bertiup kuat, tengok anak-anak ketam berjalan tepi pantai rasa macam terlupa segala masalah dunia. Manusia yang diciptakan dari tanah lebih dekat pada alam semulajadi betul tak?” Syed Uqail Hakimi bercerita. Umairah hanya diam mendengar suaminya bercerita sambil menikmati pemandangan lautan yang terbentang luas, dari jauh kelihatan kapal kargo sedang belayar menuju ke destinasi masing-masing. Dalam hati masih terasa pilu mendengar pengakuan suaminya sebentar tadi. Rasa bersalah menerjah di hati, tidak pasti destinasi hati dan perasaan sebenarnya.

“Ya Tuhan Ku, kau pandulah hati ini ke destinasi yang benar. Aku terlalu dhaif, tidak pasti jalan mana yang harus ku tuju, dia suamiku terlalu baik padaku, Ya Tuhan Ku tunjukan lah aku jalan yang lurus.”bisik Umairah sendirian.

Menikmati pemandangan alam yang indah seperti menjauhkan mereka tentang segala permasalahan yang hadir. Asyik menikmati pemandangan alam semulajadi handphone Syed Uqail Hakimi menyanyi riang, minta diangkat. Syed Uqail Hakimi memandang screen handphone sebelum menjawab, terukir senyuman di bibir, sambil menunjukkan screen handphone kepada Umairah. Umairah berbisik menyuruhnya menjawab panggilan itu.

“Salam Umi, Kimi sampai rumah umi lambat sikit, ada hal”jawab Syed Uqail Hakimi.

“Waalaikum Salam, tak pe, nanti malam lepas maghrib kita jumpa di Jogoya, Starhill, Kak Aisy belanja, bawa baju untuk tidur, kita tidur di JW Marriot, Kak Aisy belanja”laju Datin Seri Sharifah Halimah bercerita kepada anak lelakinya.

Syed Uqail Hakimi mendengar kata-kata uminya terkejut apabila mendapat tahu kakak ke sayangannya akan belanja dia makan di tempat kesukaannya. Selalunya dia akan ke Jogoya jika terdapat diskaun pada hidang buffet“Amboi umi, kakak dapat project besar ke umi?” tanya Syed Uqail Hakimi teruja.

 “Adalah, nanti kak Aisy inform Kimi, ada banyak benda yang kak Aisy nak update Kimi”
jawab Datin Seri Sharifah Halimah. Dia tidak mahu mengulas lanjut. Semua cerita harus datang dari mulut anak sulungannya.

“Mairah mana Kimi?” tanya Datin Seri Sharifah Halimah mengubah tajuk.

“Ada Umi, sebelah Kimi ni, umi, oklah umi nanti petang kita jumpa” jawab Syed Uqail Hakimi memaklumkan keadaanya.

“Kirim salam umi pada Umairah, jaga Mairah baik-baik”  pesan Datin Seri Sharifah Halimah selalu kepada anaknya sebelum talian diputuskan.


 Umairah mengeluarkan makaroni bakar dari mangkuk tingkat, disuakan ke arah mulut suaminya “Abang makan...”

Syed Uqail Hakimi menadah tangan membaca doa makan dan di aminkan oleh isterinya. Perlahan-lahan dia ngunyah makanan. “Delicious...sweetheart, you are really good in cook ya.”

 Syed Uqail Hakimi mencapai seketul makaroni lalu disua kepada isterinya pula.“Muka mulut tu, meh abang suapkan pula”

Umairah senyum mempamirkan giginya yang teratur. Dengan malu-malu Umairah membuka mulutnya, dipandang sekeliling, memastikan tiada mata yang memandang adegan romantik mereka suami-isteri. Mukanya merona merah.

Habis menguyah, Umairah menunjukkan mangkuk tingkatnya kepada suaminya.“Banyak lagi ni”

Syed Uqail Hakimi mengangkat kening, dikepala ligat memikirkan idea. “Tak apa, mari sini abang tahu apa abang nak buat”

Syed Uqail Hakimi membawa mangkuk tingkat disua kepada penjaja yang berada di sepanjang benteng di tepi pantai. Lima-lima kedai Syed Uqail Hakimi terjah.
“Hai Assalamualaikum abang, isteri saya masak lebih hari ini, cubalah rasa masakan isteri saya, dan tolong berikan senyuman kepada dia yang berada atas sana” terang Syed Uqail Hakimi sambil menunding jari kepada Umairah yang sedang memerhati dari atas benteng yang memisahkan pantai dan jalan raya.

“Sedap!” kata penjaja itu sambil menunjukkan tumbs up kepada Umairah. Umairah yang berada dia atas benteng mengeleng kepala melihat gelagat suaminya itu sambil tersenyum. Ada bunga-bunga cinta tumbuh mekar di dalam hati. Perlahan-lahan Umairah turun dari benteng menuju ke arah Syed Uqail Hakimi.

“Adik baru kahwin? ”tanya penjaja yang di kenali sebagai abang Mat kepada Syed Uqail Hakimi. Senyuman abang Mat tidak lekang dari bibir. Mungkin geli hati melihat telatah Syed Uqail Hakimi yang dengan selambanya menjemput rakan-rakan penjaja yang lain merasai masakan isterinya.

Syed Uqail Hakimi dengan ceria menjawab “Yer bang, baru sebulan”

“Bagus-bagus, abang doakan adik bahagia, sedap makaroni isteri adik masak ni” puji dan doanya kepada mereka berdua.

“Terima kasih abang.”Syed Uqail Hakimi senyum dan mengangguk tanda terima kasih.

Umairah yang berada di sebelah Syed Uqail Hakimi menarik tangan suaminya ke tempat parkir kereta yang terletak di hadapan tempat penjaja“Abang, dah lah tu, malu Mairah”

Sweetheart malu abang lagi suka” Jawab Syed Uqail Hakimi. Laju jari jemarinya menarik hidung manjung Umairah.

“Jom balik” ringkas penyataan Syed Uqail Hakimi.

“No body perfect... Yang menyempurnakan kita adalah kelebihan kita dan kelebihan orang yang berada di sekeliling kita. Tiada manusia yang sempurna dan tahu segala benda. Sebab itu manusia saling memerlukan untuk terus tegak berdiri hidup di dunia yang penuh panca roba ini. Kesempurnaan hanya Milik Dia... abang percaya sweetheart di takdirkan untuk abang untuk menyempurnakan hidup abang. Terima kasih sebab hadir dan jadi isteri abang.”

Umairah tergamam mendengar kata-kata suaminya, tidak dapat membalas dan menyatakan apa yang tersimpan dan terkunci di dalam hati, kedengaran keluh resah Umairah. Syed Uqail Hakimi menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari tempat parking kereta sambil menyanyi, membuatkan jiwa Umairah makin sesak dan rasa bersalah kepada suaminya.

“You are everything and everything is you
Oh, you are everything and everything is you
Oh, you are everything and everything is you

Oh babe, how can I forget when each face that I see
Brings back memories of being with you
Oh oh darling, I just can't go on living life as I do
Comparing each girl with you, knowing they just won't do
They're not you, no, no baby

You are everything and everything is you
Oh, you are everything and everything is you
Oh, you are everything and everything is you
Everything, honey everything, everything, baby

Honey everything is you
Woman you, you are everything I think
Everything, darling everything is you
Baby you, you're everything, everything woman
Oh baby everything is you

You are everything and everything is you
Oh, you are everything and everything is you.”

“Abang dedicate lagu “You Are Everythingby Diana Ross. Untuk isteri abang yang cantik ini.”


Umairah masih diam tidak berkutik. Dia hanya menekur memandang jalan raya yang berada di hadapan mata. Tubir matanya bergenang dengan air mata menunggu untuk jatuh. Cepat-cepat dia menyeka dengan jarinya,dia tidak mahu suaminya melihat keadaannya sekarang. Ingin menyatakan perasaan terharu dan berterima kasih tapi tidak dapat keluar dari kerongkong Umairah, seperti ada sesuatu yang menyekat.

No comments:

Post a Comment