Sunday, June 16, 2013

Bab 4 : My Sweetheart Isteriku

Bab 4


Pagi yang mendamaikan melihat pemandangan Cameron Highland sangat menyejukkan mata, sekali gus menyejukkan hati yang panas dan keliru dengan status diri. Menghirup teh di tepi ladang Cameron Valley berseorangan sambil menjamu mata ke setiap pelusuk ladang yang terbentang luas sungguh melapangkan fikiran. Mahu dibuang segala permasalahan jauh ke gaung yang ada di depan mata.

Sesekali Umairah mengerling handphone Note 2 nya yang sedang berbunyi merdu, tertera nama Mr Kasanova di screen. Sebelum ini nombor tersebut adalah milik Syed Uqail Hakimi, tapi sejak kes semalam, Umairah menukar nama tersebut kepada Mr Kasanova.
Miss call, 50 kali…sejuta kali pun aku tak heran..bo layann..suka hati awak la Mr Kasanova..berbahagialah dengan Ms Desperate…ado aku kesah…tapi kenapa hatiku resah…emmm” confiuuusss..!!

Handphone menyanyi lagi, tertera nama ibu di screen handphone. Umairah memandang gelisah, mengagak Syed Uqail Hakimi memberitahu ibunya, mengenai perihal dirinya yang tidak pulang ke rumah semalam. Perasaan serba salah timbul. Celaru mahu mengambil tindakan sama ada mahu angkat atau membiarkan.

Handphone menyanyi lagi, nama ibu tertera lagi,  tanpa berfikir lagi Umairah menjawap panggilan itu.

“Assalamualaikum ibu…” Cuba memperdengarkan suara yang ceria seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Cinta kat mana niee?? Kimi call ibu banyak kali tanya pasal Cinta…Cinta tidur mana tak balik semalam?” Puan Azimar bertanya tanpa henti.

“Umi jangan risau, Cinta ada kat Cameron Valley ni, minum air kejap, lagi 20 minit Cinta sampai..Umi jangan risau..” Jawab Umairah ingin menenangkan ibunya.
“Keluar rumah tanpa restu suami itu berdosa Cinta..” Puan Azimar sudah mula memberi ceramah.
“Ibu…Cinta on da way..nanti kita sambung yer ibu…muaahhh sayang ibu…Assalamualaikum..”

“Waalaikum Salam…” Puan Azimar mengeleng kepala. Lali dengan karenah Umairah yang cuba mengelak setiap kali ingin dileteri.

“Sampai hati you…kalau nak pergi mana-mana kasilah tahu…tak lah I jadi orang gila kat rumah ni…” Mata Umairah membaca whatsapp , yang dihantar oleh Syed Uqail Hakimi.
Mr Kasanova..you tak payah nak ambil berat tentang I ya.. I hate you. remember this words. HATE you…HATE you..understand!” Laju Umairah membalas whatsapp walaupun sedang memandu.

Mr Kasanova… tak payah nak ambil kisah pasal i kalau hati you pada orang lain..and remember this….jangan bagi kata-kata manis you pada i…kalau hati you..cinta you masih pada orang lain…tolong jangan bersayang-sayang dengan i, kalau you masih bersayang-sayang dengan Ms Desparate itu..jangan nak main ayat-ayat cinta yer…sebab i sangat menghormati rasa kasih, sayang dan cinta itu…hanya orang yang layak saja boleh bercinta-cintun dengan i faham?... i bukan minah tepi jalan…minah bodoh…minah tak bermaruah…yang senang-senang you nak ayat tau..i ni lady edisi terhad..hanya untuk yang berhak sahaja…” whatsapp seterusnya dihantar. Bunyi kedengaran marah, tapi Umairah terlupa, yang Syed Uqail Hakimi berhak terhadap kasih, sayang dan cintanya selain dari yang Esa kerana dia adalah suami yang halal dan berhak 100% terhadap dirinya.

Syed Uqail Hakimi tersenyum meleret membaca whatsapp yang dihantar oleh Umairah.
Remember another word…I not jealous ok!!...JANGAN PERASAN….”

Bertambah meleret senyuman di bibir Syed Uqail Hakimi, di akhiri dengan ketawa yang berdekah-dekah. Dalam hati hanya tuhan yang tahu, gembira melayan perempuan yang bergelar isteri. Syed Hakimi berdoa agar di beri peluang untuk mencintai dan merasai kasih dan sayang dari isteri yang halal itu.

‘Assalamualaikum…umi,  umi apa khabar? Kimi on da way pergi Cameron, tumpang Izzat. umi ada apa-apa nak pesan ke?’
Izzat merupakan kawan baik Syed Uqail Hakimi, pagi-pagi lagi sudah mengajak Syed Uqail Hakimi menyertai kembara bermotorsikal kuasa tinggi bersamanya dan beberapa orang kawan yang lain. Kembara pada hari ini tidak dirancang. Saja suka-suka ingin merasa angin di Cameron Highland. Kata Izzat lepas maghrib dia akan bertolak balik ke Kuala Lumpur.

“Waalaikum Salam, umi baik, Cuma risau dengan situasi Kimi dan Mairah, sampai Cameron nanti kirim salam pada baba dan ibu kamu.”

“Baik umi, doakan Kimi selamat pergi dan pulang”

“Yer..Umi selalu doakan anak-anak umi selamat dan bahagia dunia dan akhirat..In Sha Allah… Kimi, jangan marah-marah Mairah bila jumpa dia nanti, perempuan ni sensitive,  berlembut dengan dia. Jangan jumpa saja Kimi mula berleter, kalau boleh umi nak Kimi diam je, buat seperti tiada apa yang berlaku, dengar apa dia nak cakap sampai dia boleh tersenyum, maknanya hati dia sudah sejuk…Ingat perempuan ni rajuknye sekejap tapi salah pujuk rajuknye panjang dan makan dalam..”

“Kimi ingat ni pesan umi…perempuan ni…cepat sayang..cepat rindu…cepat cemburu…cepat sedih…cepat merajuk…cepat marah…tapi perempuan tidak cepat lupa orang yang di sayang..dia isteri Kimi…ingat..keras perempuan umpama kerasnya kerak nasi..kena air lembutlah dia…jadi Kimi selidik, perhati dan pelajari siapa itu Umairah..”

“Umairah yang Kimi pernah kenal 15 tahun lepas sudah banyak berubah selepas peristiwa berdarah dulu..Kimi kenali dia kembali..Kimi..apa yang telah berlaku memang tidak boleh di ubah, tapi Kimi boleh pelajari dengan apa yang telah dilalui…Hidup ini warna-warni yang terlukis pada kanvas…Kimi warnailah kanvas tersebut bersama Umairah..belajar mencintai dan menyangi dia..umi doakan anak-anak umi sentiasa bahagia..”

Panjang Datin Seri Sharifah Halimah berceloteh, bermacam-macam tips dia tumpahkan kepada anaknya. Syed Uqail Hakimi mendengar dengan penuh khusuk.

“Baik umi..umi Izzat dah sampai tu…Kimi beredar dulu yer..Assalamualaikum…Kimi sayang umi…muaaahhh”
Izzat sudah menunggu di luar rumah bersama teman-teman yang lain, semua sekali lima orang. Masing-masing full suit. Topi keledar full face di baling dari jauh kepada Syed Uqail Hakimi. Dia menyambut dan belari anak mendapatkan Izzat and the geng. Dihulurkan tangan kepada semua yang hadir bermotor sikal di depannya.

“Apa cer..bro? ko macam bermasalah besar je…”

“Bala besar ni Izzat…tu yang aku kena pergi Cameron ni..”

“Emmm…bini ko lari la nie yer…”

“Pandai ko teka…haah…aku kantoi dengan dia semalam kat sogo..dia nampak aku dengan Amanda..”

“Memang patutla…ko yang cari bala…tak habis berkasanova..dah..dah lah tu..kesian kat bini ko tu..”

Hon motor lain bingit berbunyi. Izzat dan Syed Uqail Hakimi bersembang seperti rakan-rakan lain tidak wujud.

“Oooiii…brother kalau bersembang macam ni sampai sudah pun tak sampai Cameron nyer…jom sambung sembang kat mamak la…” Nassry mula angin.

“Okk..ok..geng..nanti sampai Perhentian Sg Buluh aku belanja breakfast korang semua…macam mana Ok?” Tumbs Up di tujuk kepada Izzat and the geng.

Mereke semua menunjuk tumbs up lalu memulas pedal minyak berlalu meninggalkan bumi Kuala Lumpur menuju ke Utara.


Villa Cinta tersergam indah di depan mata Umairah. Rasa was-was dan takut menyelubungi diri. Perasaan bersalah terhadap tindakan yang diambil sedikit sebanyak terkesan di hati. Umairah meninjau sekitar kawasan rumah. Di tawaf keliling rumah. Berhenti di bawah pokok ketapang yang rendang. Melabuhkan diri ke dalam buaian yang terikat kemas di bawah pokok. Sambil berbuai, Umairah menghayati pemandangan yang indah di depan mata. Ladang teh yang terbentang luas, jauh di atas bukit kelihatan sekelompok warga perkerja Indonesia sedang asyik mengutip daun tea.

“Ha…lama dah sampai?” Suara jerkahan Sharifah Munirah Hasanah, adik kepada Umairah menghentikan lamunan. Umairah mengurut dada perlahan.

“Adik ni…kalau tak usik kakak tak boleh ke?” jari Umairah mengeletek Munirah. Segera di elak, melarikan diri menyusup ke dalam villa.

Villa Cinta sunyi sepi, Munirah hilang entah kemana, mungkin memeruk ke dalam bilik. Umairah menyambung menungnya di ruang tamu sambil membelek-belek pokok kaktus yang tersusun indah seperti taman mini di dalam dulang pasu yang besar.

“Emm…muka dah macam ayam berak kapur…Cinta..Cinta..belum sebulan dah macam-macam hal…”bebel puan Azimar sambil mengegeng-geleng kepala.

“Ibu…Cinta nak bercerai..” Senang dan meluncur laju serta bersahaja ayat keramat tersebut keluar dari mulut Umairah, walaupun bukan dari hatinya yang dalam. Tangan ibunya, Puan Azimar di pegang dan dikucup.

Mendengar lafaz yang diucap Umairah, Puan Azimar menarik telinga Umairah dengan lembut “Astaghfitullah Al Azim…Cinta sedar tak perkataan apa yang Cinta ucap tu?”

Umairah mengangguk lembut,jarinya mengusap telinga yang ditarik oleh ibunya.
“Cerai itu memgegarkan tiang Arash… Cinta, perkara yang halal tapi di murkai Allah... Nabi pernah bersabda yang membawa maksud; "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga(yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).”

‘Kenapa harus bercerai, belum sampai sebulan dah nak bercerai- berai…belum habis ais breaking ni.. cuba kenali siapa dia suami Cinta, kenapa tiba-tiba buat keputusan yang kurang cerdik ni Cinta..?” Puan Azimar cuba berlembut dengan Umairah ingin menyelami hati anak kesayanganya itu.

“Ibu..Cinta dah rampas hak orang lain ibu…Cinta rasa bersalah sangat pada perempuan itu, selama ini Cinta duk fikir siapa sebenarnya suami Cinta. Sudah berpunyakah dia. Tapi semalam, Allah tunjukkan siapa suami Cinta..dia sudah ada seseorang dalam hidup dia ibu..Cinta rasa bersalah sebab menjadi orang ketiga..”

Puan Azimar, tersenyum simpul mendengar luahan hati anaknya. Sikap menjaga kepentingan orang lain kuat terpupuk di dalam diri anaknya sama tidak tumpah seperti suaminya.
“Cinta…bertahankanlah rumah tangga yang dibina ini. Ia halal lagi bersih. Jangan biarkan Syaitan Latnatullah bergembira dengan tindakan yang Cinta bakal ambil ini. Ibu rasa ada jalan yang lebih baik dari ini. Cinta kena kuat..ingat dua kali Allah sebut dalam surah Al- Insyirah..Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..ibu selalu berpesan pada Cinta..kan..hidup kita ini tidak selalunya indah, kita pasti akan di uji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Adakalanya kita terjatuh. Ada masanya kita terluka. Ada masanya kita di bawah. Ada waktunya kita menangis. Ada masanya kita kecewa dan hampa. Ada waktunya kita merana dan sengsara. Periksa hati kita..bagaimanakah kita saat diuji..? ”

Umairah diam, khusyuk mendengar nasihat dari Puan Azimar. Seorang insan yang bernas dengan nasihat dan hujahnya. Selama 30 tahun sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa kata-kata yang keluar dari mulutnya umpama mutiara kata bagi Umairah. Sejuk lagi menenangkan bagi siapa yang mendengar.

“Ada lima perkara ibu nak Cinta buat…”

Umairah mengangguk perlahan, tersenyum penuh keyakinan. Puan Azimar berjaya mengembalikan keyakinan dalam diri Umairah setelah hilang apabila melihat suaminya bersama perempuan lain semalam.

“Pertama… Ibu nak Cinta bersyukur kerana dapat kahwin..ingat jodoh itu di tangan Allah..ketentuan Allah..
Kedua…Dalam hal macam ini, Cinta kena banyak bersabar..kalau Cinta tak boleh nak ubah Kimi…Cinta boleh jadi isteri yang baik supaya Kimi boleh berubah..
Ketiga..kalau Kimi marah, Cinta hidangkan air, air itu penyejuk…panas lawannya sejuk..api lawannya air..
Keempat…Pikat hati Kimi yang mungkin suatu masa dulu telah dipikat oleh orang lain”
Kelima..Cinta maafkanlah masa silam Kimi…ibu kenal Kimi..Ibu tahu apa yang dia pernah rasa..”

Panjang berceloteh hingga tidak perasan bahawa Syed Abbas sudah duduk lama di ruang bacaan yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu.

“Suami…panas niee…cuba sejukkan ya habibi..” Syed Abbas berbahasa cuba memasukkan tips ketiga yang dinyatakan oleh isterinya.

Puan Azimar yang sudah masak dengan perangai suaminya tersenyum kemudian bangun menuju ke arah suaminya, dicium pipi Syed Abbas kemudian segera menuju ke dapur bagi memenuhi kehendak suami. Umairah yang termenung sejenak berfikir tentang kata-kata ibunya segera berjalan menuju ke arah babanya. Di hulur tangan, dan di cium tangan babanya yang kasar itu.

“Anak..baba..balik ni..ada ribut yer..?” Syed Abbas mula menyuntik jarum ingin mengorek dengan lebih mendalam permasalahan anaknya.

“Cinta balik memang sebab ada ribut baba…tapi ibu dah kasi Cinta ubat dah…”

“Alhamdullilah..” Syed Abbas mengucap syukur, dibibir terukir senyuman memerli.

Pagi-pagi selepas selesai solat subuh Syed Uqail Hakimi, telah menghubungi Syed Abbas bertanyakan tetang Umairah. Mendengar cerita Umairah dari kejauhan tadi barulah Syed Abbas faham apa yang telah berlaku dalam kehidupan anaknya yang baru berumahtangga tidak sampai sebulan.

Umairah sudah berada di dapur berdua dengan ibunya. Terlalu banyak perkara yang harus dipelajari untuk melayari hidup berkeluarga.
“Assalamualaikum…” Syed Uqail Hakimi berbisik kepada Syed Abbas bapa mertuanya. Dia menyusup masuk ke Villa Cinta perlahan-lahan tidak mahu kehadirannya diketahui oleh tuan empunya rumah.

“Waalaikum Salam…apahal berbisik ni Kimi? Geli baba…” Syed Abbas menyambut huluran tangan menantunya. Syed Uqail Hakimi tunduk mencium tangan bapa mertuanya.

“Nak buat surprise kat Umairah…”

“Elok lah tu kejap ni baru sahaja Cinta buat surprise kepada kami” mereka berdua terus berbicara dengan berbisik.

“Pandai-pandailah kamu pujuk hatinya…tadi ibu baru sahaja sekolahkan dia…” Syed Abbas bercerita lagi.

“Maafkan saya baba, saya banyak buat salah…berikan saya satu lagi peluang” Syed Abbas mengangguk sambil tersenyum, memahami perasaan yang dirasai oleh menantunya itu.”

“Pergi naik bilik Cinta, nanti baba suruh dia naik ke bilik, pandailah baba buat cerita nanti..good luck

Tangan Syed Abbas dikucup sekali lagi. Rasa bertuah mempunyai mertua yang memahami.
“Terima kasih baba..” Syed Uqail Hakimi segera memanjat tangga, sambil di tanganya membawa sedozen bunga Ros berwarna lavender. Di bahunya bergalas sebuah bag.

Air di dulang di bawa Umairah ke ruang tamu dengan berhati-hati, tunduk berjalan tidak perasaan akan kewujudan Syed Uqail Hakimi di sebelah babanya diruang bacaan.
Syed Abbas berjalan menuju ke ruang tamu mengekori langkah anaknya itu. Melabuhkan punggungnya di sofa menunggu Umairah menuangkan air kedalam cawan. Fikirannya ligat berfikir cerita yang bakal di reka.

“Baba jemput minum” Jemput Umairah, menghulur cawan air kepada babanya.

“Terima Kasih…Cinta..tolong ambikkan buku baba dalam bilik Cinta, Zarra..pinjam hari tu dia baca tak tahu pulak letak balik tempatnya…”

“Ok baba..baba minum dulu..Cinta pergi ambik…”

 Syed Abbas tersenyum panjang. Kemudian berlalu ke dapur mencari isterinya yang tercinta.

Umairah berlari anak menuju ke biliknya. Dia menolak pintu biliknya. Matanya tertumpu kepada sedozen bunga Ros yang berwarna lavender.  Di rapati bunga tersebut, di bawa bunga itu ke hidung. Mencium dan menikmati keharuman bauannya yang wangi. Terpukau dengan kecantik bunga Ros kegemarannya. Matanya terpandang sekeping kad. Diambil dan dibaca kad tersebut.

“Dear SweetHeart…
Saya minta maaf buat awak sedih....
Saya minta maaf buat awak kecewa..
Saya minta maaf buat awak marah..
Boleh tak kita kawan…kawan till jannah..?
Kita mula dari zero to herooo…heroin pun boleh…hehehehe…
Kita mula dengan abang…and SweetHeart…boleh??”

Umairah membaca kad itu beberapa kali. Kepala ligat berfikir. Bagaimana bunga tersebut boleh berada disitu. Dari belakang pintu Syed Uqail Hakimi mengintai riaksi Umairah. Umairah kaku, diam seribu bahasa. Dia melabuhkan punggungnya ke atas tilam yang sudah lama tidak dihenyaknya.

Pelahan-lahan Syed Uqail Hakimi keluar dari tempat persembunyiannya. Berjalan berlahan-lahan kemudian duduk disisi isterinya.

“Maafkan Abang…” Hanya itu yang mampu terpacul keluar dari mulutnya.

Lama Umairah dan Syed Uqail Hakimi mendiam diri. Umairah tidak tahu ingin beriaksi sebagaimana. Confius dengan perasaan hati. Mahu merajuk, nanti nampak kejelousan pula. Cara yang terbaik ialah bertenang. Be….profesional..

“Janganlah ada benci diantara kita, beri ruang untuk diri kita menyelesaikan segala isu yang berlaku sebelum kita diijabkan. Abang minta Mairah, beri abang peluang. Abang hargai harapan umi, ibu, baba dan arwah ayah. Abang minta maaf sekali lagi dengan apa yang Umairah nampak semalam. Bagi peluang untuk abang perbaiki diri abang.”

Lama Umairah merenung lantai kemudian dia berkata“Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan …baiklah..kita bagi masa untuk diri kita selesaikan apa yang belum selesai..berapa lama yang kita rasa kita perlukan masa? Hari ini genap 9 hari kita bernikah…jadi berapa lama kita harus begini?”

Syed Uqail Hakim mengeluh resah, kerana dia juga tidak pasti akan jangka waktu yang harus diambil. Lama mereka diam. 

“Abang sayang umi, ibu dan baba, selama hidup abang, mereka sudah menjadi sebahagian dalam hidup abang. Baba dan ibu banyak membantu umi dan arwah ayah. Zarra dan macam adik abang. Abang juga sayang pada Mairah dari dulu hingga ke hari ini” Jawapan yang di beri Syed Uqail Hakimi masih belum memuaskan hati Umairah. Dari ayatnya menyimpan rahsia yang belum diungkap oleh Umairah.

“Apa kata sebulan dari sekarang kalau tiada ruang di hati ini, hati awak dan saya, kita bubarkan perkahwinan ini.” Umairah bertegas. Pandangan matanya menyusuk ke dalam mata Syed Uqail Hakimi.

“Baiklah..deal..my sweetheart..” Dalam hati Syed Uqail bertekad untuk cuba menjadi yang terbaik. Tapi bagi Umairah, dia masih lagi was-was atas kejujuran insan yang bergelar suami itu setelah melihat kecurangan suaminya semalam.

“I perlu turun ni, nak ambil buku baba, emm..you rehat dulu la yer…” Mata Umairah melilau ke segenap bilik mencari buku yang dipinta oleh babanya.

Sweetheart tak nak temankan abang ke…” Syed Uqail memancing isterinya.
“ee…” Umairah mempamerkan ekpresi wajah yang pelik. Seram dengan perangai romantik Syed Uqail Hakimi.

“Tolong abang urut pinggang ni.. abang sakit pinggan..Izzat bawa motor laju sangat, abang nak terpelanting dari motor tadi”

Lagi ekpresi wajah pelik Umairah pamirkan. Berfikir sejenak. Mahu tolong atau mahu turun ke bawah. Mata Umairah terpandang minyak panas bernama minyak Merah di atas meja soleknya. Dia mengambil lalu kembali melabuhkan punggung ke tepi Syed Uqail Hakimi.

“Pusingkan badan…angkat baju tu…”

Perlahan-lahan Umairah menyapukan minyak panas di belakang badan suaminya. Diurut dengan hati-hati sehingga kedengaran dengkuran halus.

“Tidur da…emmm” Umairah mengelengkan kepala dan berlalu pergi dari biliknya memberi ruang untuk Syed Uqail Hakimi berehat.

Ibu dan baba sibuk bersembang, tidak pasti topik yang dibincangkan. Manakala Munirah sibuk menbaca buku novelnya. Umairah menuju ke arah ahli keluarganya.

“Kimi mana Cinta?” Puan Azimar bertanya melihat Umairah turun berseorang tanpa suaminya.

“Kimi tidur ibu..dia kata sakit pinggang sebab si Izzat bawa motor laju sangat…”

“Biarlah dia tidur…ibu nak masak untuk makan tengah hari ni.. jom tolong ibu..”
Umairah mengganggukkan kepalanya, lalu mengikut langkah ibunya ke dapur.

“Apa menu kita hari ini bu..?”

“Ibu serahkan kepada  Cinta..ibu nak Cinta masak untuk Kimi…Ibu ada ayam, daging, ikan sebelah, ikan tongkol, ikan kembung, pagi tadi baba ada beli remis…sayur ibu ada…sayur kangkung dalam peti..tadi Zarra baru ambil dari kebun, kat kebun ada sayur salad, timun, sawi, kobis dan bunga kobis..ha..cepat fikir nak masak apa..? hari ini ibu jadi pengadil untuk program masterchef…” Puan Azimar tergelak melihat reaksi Umairah yang mengerut  dahi berfikir.

“Cinta basuh beras dulu..mungkin nanti boleh datang ideanya” Puan Azimar memberi cadangan.

Umairah membasuh beras denga khusyuknya. Puan Azimar yang melihat dari kejauhan tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu.

“Ibu..cinta buat bakar kosong ikan tongkol dan ikan sebelah tu, ayam Cinta buat sup, Sayur pula ulam je ok tak ibu? Then…sambal belacan, air asam..ibu kena ajar Cinta buat sambal belacan ini..remis tu Cinta  goring ok tak bu?’

Puan Azimar tergelak sopan sambil mengangguk-ngangguk.

“Ok jugak tu,kalau macam tu, ibu pergi kebun ambil sayur untuk buat ulam, cabai rasanya ada kot kat kebun belakang ini”

Thanks ibu..”

Laju Umairah memasak. Zarra yang sedang membaca buku novel terpacul di ruang dapur untuk membantu Umairah.

“Akak..sedapnya bau akak masak.Zarra dah kelaparan ini..”

“Tolong akak..kupas bawang dan sayur-sayur ini..” sambil dihulurkan bahan-bahan kepada Munirah. Munirah capai dan memulakan misinya.

“Akak…”

“Yer…ada apa..”terasa konsetrasi Umairah terganggu bila Munirah memanggil namanya.

“Akak ok ke dengan abang Kimi?” Munirah bertanya dengan penuh kesungguhan dan di wajahnya terpalit kerisauan.

Umairah membuat ekpresi wajah terkejut. “Akak Ok…Zarra janganla risau..doakan akak dan abang Kimi berbahagia yer”
“Zarra selalu doakan akak…Zarra berharap sangat akak dan abang Kimi akak jadi best couple macam dulu-dulu…” Kisah silam yang disimpan selama 15 tahun dahulu di buka sedikit demi sedikit.

 Matahari makin meninggi, azan Zohor berkumandang dengan jelas di kediaman Villa Cinta. Syed Uqail Hakimi yang lena tidur bangun apabila terdengar seruan azan. Di pandang sekeliling bilik mencari kelibat Umairah. Mengalihkan mata ke jam di dinding. Terasa badan masih lemah. Syed Uqail mengeluarkan tuala dari bag galasnya menuju ke bilik air. Bilik air di kuak.

“Uppsss…sorry” Ternganga Syed Uqail Hakimi melihat segenap susuk tubuh Umairah yang berada di bawah pacuran air yang laju.

“AAAAAAaaaaaaaaaa….” Umairah menjerit kuat dan panjang, tanganya segera menutup kembali pintu bilik air.

“Ehhh..you ni kan…ambil kesempatan” Marah Umairah bila pintu ditutup rapat, terbayang renungan mata Syed Uqail Hakimi terkesima memerhati dirinya.

“Abang bukan ambil kesempatan..dah rezeki abang…Alhamdulillah…” Syed Uqail Hakimi tersenyum nakal dalam hati ada taman. Tiba-tiba rasa bersemangat.

“Eeeee…abang nie kan…” Umairah mengetap bibir, sambil menghentak kaki. Malu tak terkata. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

“Abang jangan masuk selagi pintu ini Mairah tak buka.huhuhuhuhu..” Umairah masih berasa satu perasaan yang memalukan.

“Ha..Ok..tak nak ajak abang mandi sekali ke?” Syed Uqail ketawa terbahak-bahak menyakat Umairah.

Umairah senyap tanpa reaksi. Dalam hati masih panas mengenangkan tindakan Syed Uqail Hakimi sebentar tadi.

Syed Uqail Hakimi menunggu reaksi seterusnya dari Umairah. Lama Umairah menyenyap.

“Mairah sudah..abang nak masuk mandi, masuk la..nanti lepas siap abang turun yer..lunch dah sedia kat bawah..semua tengah tunggu tu…” Dia melangkah ke bilik Munirah yang menhubungkan bilik air dan biliknya.

“Ha…Kimi…Mairah tak turun sekali ke?” Syed Abbas bertanya Syed Uqail Hakimi sebaik sahaja dia turun tangga.

“Emmm…Mairah tak turun lagi ke baba, Kimi naik cari dialah, kejap yer baba” Syed Uqail Hakimi memusingkan badan ingin kembali ke tingkat atas.

Tetapi di tahan oleh Munirah. “Abang Kimi, duduk dululah, biar Zarra yang paling kakak.” Segera Munirah berlari anak menuju ke bilik Umairah. Diketuk pintu bilik beberapa kali, tetapi dia ada reaksi balas dari Umairah. Munirah tanpa berfikir panjang terus menolak daun pintu dan masuk ke dalam bilik. Kosong, Umairah tiada di dalam bilik. Lalu Munirah berlalu ke biliknya.

“Buat apa kakak kat bilik Zarra ni kak?” Terkejut Munirah melihat Umairah sedang merenung ke luar melalui jendela biliknya.

“Adik..terkejut akak.” Umairah mengusap lembut dadanya. Ternyata dia sedang mengelamun panjang.

“Kakak, Zarra ketuk banyak kali pintu bilik sebelah, akak tak dengar?” Munirah bertanya lagi.

Umairah mengelengkan kepala.

“Kakak, jom makan, semua orang dah turun. Kami tengah tunggu akak ni.” Munirah lantas bersuara memberitahu niat sebenar mencari Umairah.

“Adik pergi makan dulu, akak tak berapa sihat. Akak nak berehat dulu” Umairah memberi alasan, cuba mengelak dari berjumpa dengan suaminya. Perasaan malu masih menebal di dalam hati.Munirah menurut sahaja kata kakaknya.

Selesai sahaja makan, Syed Uqail Hakimi meminta diri untuk kembali ke biliknya bersama Umairah. Dia berlari anak menaiki tangga supaya segera sampai. Mencari Umairah, tetapi tiada di dalam bilik. Syed Uqail Hakimi kemudian ke bilik Munirah melalui bilik air yang menghubungkan biliknya dengan bilik Munirah. Melihat sekujur susuk terbaring di atas katil, Syed Uqail Hakimi merapatkan diri ke katil itu.  Dilihatnya Umairah sedang lena tidur. Memandang wajah mulus Umairah, hati Syed Uqail  terasa  berdebar-debar. Dengan reaksi sepontan dia mengangkat Umairah ke katil di biliknya di sebelah. Di letaknya Umairah dengan hati-hati, perlahan-lahan, ternyata isterinya tidur mati. Langsung tidak menguit bila Syed Uqail Hakimi mengangkatnya. Setelah meletak Umairah di atas katil, Syed Uqail Hakimi melabuhkan badannya ke sebelah Umairah. Lama menenung wajah isterinya. Tanpa sedar, tindakan luar kawalan Syed Uqail Hakimi merapatkan bibirnya ke bibir Umairah. Di cium bibir mulus bak delima itu. Umairah tiba-tiba mengalihkan kedudukan mukanya. Degupan jatung Syed Uqail Hakimi makin kencang. Dia cuba menahan diri dari melakukan sesuatu yang luar dari kawalan diri. Walau ia halal, tapi dia hormat dengan isterinya. Lama merenung wajah isterinya, kemudian Syed Uqail Hakimi bangun dari baringan dan melangkah menuruni anak tangga ingin menuju ke bawah menemui bapa mertuanya.

“Aaaaaaaaaaaaaaa………” Umairah menjerit panjang apabila menyedari dirinya sudah berada di biliknya. Terkejut yang bukan kepalang. Syed Uqail Hakimi yang sedang menuruni anak tangga berpatah kembali menuju ke biliknya kembali. Syed Abbas yang sedang di ruang bacaan juga dengan sepontan berlari anak mengikuti menantunya.

“Kenapa sweetheart? ” Tanya Syed Uqail Hakimi melihat Umairah masih lagi dalam keadaan terpingga-pingga.

“Macammana i ada kat sini” Umairah memandang suaminya mengharap jawapan.

“Abang angkat sweetheart, tak baik tidur dalam bilik orang” Syed Uqail tersenyum menjawab pertanyaan Umairah.

Umairah mengelengkan kepala,Syed Abbas yang ada di depan pintu sudah ketawa terbahak-bahak mendengar perbualan anaknya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Melabuhkan punggung di sebelah Umairah.

“Boleh baba berbicara” Puitis bunyi Syed Abbas memulakan bicara. Tangannya diletakkan di atas peha anak dan menantunya.

Umairah dan Syed Uqail Hakimi mengangguk serentak seirama. Syed Abbas tersenyum lagi. Dia memulakan bicara “Maafkan baba, dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga kamu berdua, bukan apa takut dikhuatiri mendatangkan keburukan, tapi izinkan baba berkata sesuatu kepada kamu berdua.”

Umairah dan Syed Uqail Hakimi mengangguk lagi. Syed Abbas meneruskan lagi nasihatnya “Baba tahu, kamu mungkin ada kesulitan untuk bersama, tapi berilah peluang pada diri kamu untuk mengenali sesama kamu. Kalau ada masalah duduk berbincang bersama-sama jangan pendamkan kemudian lari balik kampung, baba tak nak perkahwinan yang terbina ini putus di tengah jalan. Kamu mampu bahagia. Kamu letakan ego kamu ke tepi. Baba nak kamu betulkan niat kamu berkahwin kerana apa. Kimi, baba minta kamu didiklah Cinta menjadi isteri yang baik. Isteri yang baik juga terletak pada didikan kamu. Cinta, baba minta kamu hormat suami kamu, patuh pada segala suruhannya kecuali yang melangar syariat. Boleh janji dengan baba?  ”

Umairah dan Syed Uqail Hakimi mengangguk lagi. Patuh pada kata-kata Syed Abbas. “Kimi, teman Cinta makan,dah nak masuk Asar dah ni, masuk angin nanti perut tu” Syed Abbas bangun dan berlalu meninggalkan anak dan menantunya sendirian di dalam bilik.

Lama mereka berdua mendiamkan diri selepas Syed Abbas keluar dari bilik. Syed Uqail Hakimi merenung isterinya yang tunduk memandang lantai. Di bawa jari jemarinya mendekati jari jemari isterinya. Dipaut dan digengam erat jari jemari tersebut.

“Jom, sweetheart, abang temankan sweetheart makan.” Syed Uqail bangun berhati-hati, tangannya masih mengengam erat jari jemari Umairah, ditarik tangan Umairah lembut. Umairah mengekori langkah suaminya. Pandangannya masih menunduk memandang lantai. Peristiwa yang memalukan sebentar tadi masih dalam ingatan.
Laju Syed Uqail Hakimi mencedok makanan untuk isterinya. Kemudian meletakkannya di hadapan Umairah. “Makanlah sweetheart. Ke nak abang suapkan?” Syed Uqail Hakimi cuba menghiburkan hati Umairah yang masih lagi menunduk diam seribu bahasa.

“Kalau macam ni, meh lah abang suap.” Syed Uqail mencubit ikan bakar, kemudian di cicahnya dengan sambal belacan dan diletaknya bersama sedikit nasi. Disuapnya dengan hati-hati ke mulut isterinya. Umairah masih membatu tidak memberi reaksi.

“Marah abang lagi” Syed Uqail bertanya perlahan.

Lama diam. Tangan Syed Uqail masih mengenggam nasi untuk disuap ke mulut isterinya. Pelahan-lahan mulut Umairah terbuka kecil. Syed Uqail Hakimi menyuapkan nasi ke dalam mulut isterinya. Butir-butir jernih jatuh setitis demi setitis ke bibir gebu Umairah.  Syed Uqail Hakimi terkejut. “Dahlah tu, abang salah, maafkan abang, tak baik makan sambil menangis nanti apa pula pandangan ibu dan baba”

Syed Uqail Hakimi teruskan suapannya ke mulut Umairah. Rasa bahagia terasa keseluruh jiwa. “Berilah abang ruang di hati sweetheart.” Syed Uqail Hakimi tersenyum mengharapkan reaksi positif dari isterinya. Umairah masih mendiamkan diri. Dengan perlahan Umairah mengambil lauk dan nasi disuapkan pula kepada suaminya. Syed Uqail Hakimi mengunyah nasi sambil tersenyum. Ada sinar bahagia di mata Umairah.