Saturday, October 19, 2013

Bab 11 : My Sweetheart Isteriku

Bab 11

Mr Sydney, menolak pintu bilik meeting dengan kuat. Bila sudah lambat, mulalah mengelabah. Dipandang Umairah dari atas ke bawah beberapa kali dengan pandangan terkejut apabila melihat keadaan Umairah yang bertampal dengan plaster di kepala. “Umairah...what happened to you? you should take care yourself.”

Umairah tersenyum sinis. Dalam hati penuh dengan perasaan marah. “Ai! Nama pun mc. Ingat aku ni mc suka-suka agaknya. Gilo! agaknya bos aku ni. Cakap memang tak serupa bikin” ngomel Umairah di dalam hati. Perasaan marah dan benci kepada bosnya meluap-luap. Mana tidaknya dalam keadaan dirinya yang cuti sakit masih lagi menyuruh dia datang ke office.

Its already happen Mr Sydney, sometimes we can avoid god’s determination.” Umairah mengingatkan kepada bosnya tentang ketentuan tuhan. Segala yang terjadi telah ditetapkan. Itu sahaja kata-kata yang dapat di fikirkan.

Mr Sydney tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Selalu dia terkena dengan staffnya yang seorang ini. Sikap Umairah yang penyabar dengan segala karenah dan barannya membuatkan di senang berkerja dengan Umairah.“Awak ini memang bagus dalam bab menjawab ini ya. Haiya! Ok..come back to our discussion regarding production issue. Do you find any reason, why user can't verify tumb print using My Card Reader? This is consider big issue.You know..because of this case i kena hantam dengan GM teruk-teruk. This issue can cause of fraud case and also financial impact. Haiya!...i don’t want to pay if we kena ma!.” Panjang Mr Sydney bersyarah. Selalunya ayat yang keluar mengambarkan dia takut kena membayar balik ganti rugi jika bersabit dengan permasalahan.Siapa yang tidak kenal dengan perangai Mr Sydney yang pandai “Tai-chi” dalam bab-bab yang berkaitan dengan production problem.

Umairah menarik nafas dalam sebelum bersuara. Dia harus bertenang dahulu. Berfikir sebelum menyampaikan sesuatu kepada bosnya. Sikap bosnya yang pelik dan selalu bertindak terburu-buru selalu menyesakkan kepalanya. Perlahan-lahan Umairah bersuara “Actually, it because of the driver not compatible with devices. I send out the email to vendor, now pending them to check, i highlighted this issue to you in email. Did u see my email? I already cc to you” sempat lagi Umairah mengenakan bosnya. Hendak mengunakan perkataan “Did u read my email?” Umairah merasa janggal. Almaklumlah dia hanya staff  biasa, kalau cakap lebih-lebih risau jika bosnya akan terasa hati.

Mr Sydney, tersentap dengan jawapan yang Umairah nyatakan. Matanya disepeknya. Menampakan muka cina ala komunisnya.Terserlah dalam kes ini dia tidak meneliti semua email yang dihantar oleh staffnya. Biasanya setiap email yang di hantar akan di cc kepadanya juga. “Ye ke? Haiya! You know lah Umairah, now day’s so many production problem to handle, maybe i miss out”
Kata-kata yang begitu ringkas dan menyakitkan. Kalau staffnya yang memberi jawapan sedemikian mesti dah kena hantam sampai lumat. Tapi almaklumlah bos kan! jadi suka hati dia nak cakap apa-apa pun.

Today, i checked email, still pending vendor reply. They should solve this issue quickly. May be you can chase them Mr Sydney?, you kan terror bab chase people” Umairah ketawa kecil, sambil mengingatkan kepada bosnya tentang tugasan seterusnya. Dalam hati ada makna lain yang tersembunyi.

Kerutan di dahi menunjukkan Mr Sydney sangat tertekan dengan jawapan Umairah. Umairah pula hanya bersikap selamba di hadapan bosnya. Masa untuk memulangkan paku buah keras. Jika selama ini semua tugasan terletak di bahu Umairah sekali sekala teringin juga meminta bantuan bosnya pula melakukan tugasan seterusnya. “Ok. I hope after this no more problem happen related on verify the thumb print.”

Umairah membatu tanpa kata. Hanya kepala diangguk-anggukan. Lama Umairah diam melihat tingkah Mr Sydney yang membelek-belek buku notanya. Di minda Umairah, terfikir segala buku audit tentang problem log yang ingin dibincangkan hari ini dan sangat-sangat penting sampai menyebabkan dia kena menghadirkan diri ke tempat kerja walaupun sedang dalam cuti sakit.

“Umairah, how about Mr Uqail?” Mr Sydney bersuara setelah beberapa minit diam. Umairah yang dari tadi diam melihat aksi Mr Sydney , menyongket bahu, tidak faham dengan soalan yang diajukan.  Ada riak terkejut bila nama suaminya di sebut.

Sorry Mr Sydney, why ya?” dalam kepala masih tidak dapat membayangkan apakah perkaitan Mr Sydney bertanya sedemikian mengenai Syed Uqail Hakimi, risau menerjah ke dalam dada. Tiba-tiba dada resah dengan pertanyaan Mr Sydney. Jelas terbayang di kepala memikirkan perkaitan perkahwinan dia, adakah telah diketahui oleh Mr Sydney. Tersirap darah ke muka putih Umairah, menyebabkan wajah yang putih mulus itu berona merah.

Sedar akan sikap Umairah yang selalu tenang tiba-tiba bertukar menjadi gelisah, Mr Sydney tersenyum senget, matanya disepetkan membuatkan Umairah  bertambah tidak senang duduk.

Cepat Mr Sydney bersuara, sambil memandang wajah Umairah yang merona merah “Open Account screen. You assist him?”

“Yup.” Jawab Umairah pendek. Dalam hati tak putus menyebut Alhamdulillah, syukur kehadirat illahi. Kalau tanya soalan lain tadi mahu saja Umairah pengsan.

Mr Sydney mencapai handphone mendail nombor Syed Uqail Hakimi.“Wait! I call him.” Tangan kirinya melambai-lambai menunjukkan tanda tunggu.

Syed Uqail Hakimi yang tengah sibuk menyiapkan tugasannya segera ke bilik meeting setelah mendapat panggilan dari Mr Sydney. Dari luar cermin kaca yang mengelilingi bilik meeting kelihatan Umairah sedang tunduk memandang buku nota, manakala Mr Sydney sedang asyik dengan handphonenya. Syed Uqail Hakimi menolak daun pintu, pandangan Umairah dan Syed Uqail Hakimi bersatu. Syed Uqail Hakimi melarikan lirikan matanya ke arah Mr Sydney. Mr Sydney memandang Syed Uqail Hakimi dengan pandangan bermakna, seperti tahu pertalian yang terbina di antara Umairah dan dirinya atau itu adalah rasa bersalah yang lahir dari perihal dia menyorokkan kisah Umairah dan dirinya, bila ada orang lain pandang, rasa pandang itu mempunyai makna walaupun sebenarnya padangan itu adalah kosong.

Mr Sydney senyum, ketika melihat pandang Umairah dan Uqail bersatu. Segera Mr Sydney memulakan bicaranya, tidak mahu menlegahkan masa.“Uqail, have seat. Let’s discuss about Open Account. You have to go Campu next week right?”

“Yes, Mr Sydney, do you have something to order?” Laju Syed Uqail Hakimi menjawab, dalam hati tuhan yang tahu bertapa berdebar jangtungnya setiap kali berjumpa dengan isteri.

No..no...Thanks” jawab Mr Sydney sambil tangannya membuat isyarat tak nak, mukanya merona merah, segan dengan Syed Uqail Hakimi.

“How the progress? Did Umairah assist you?” Segera Mr Sydney menukar tajuk, matanya tajam menjeling jam di tangan. Mengejar masa mungkin.

“Yup, almost done. Mr Sydney may be i need her assist over the weekend. Can we let her rest? I mean she still on mc. If i not mistaken still having 2 more days. Is It ok? ” Syed Uqail Hakimi memohon kebenaran kepada Mr Sydney yang kejam dan pentingkan diri sendiri, dalam memohon kebenaran tersebut sempat juga dia mencadangkan cara lain untuk menyiapkan tugasan yang tertunda iaitu siapkan pada hari cuti.

Mr Sydney, senyum lagi, manis macam gula pula rasanya senyuman kali ni“Oklah Mairah.Abang you ni sayang betul kat you”.

Mairah yang mendengar membesarkan matanya tanda terkejut. Degupan jantung makin laju rasa mahu melompat keluar jantung Umairah.

Human sense Mr Sydney” Jawab Syed Uqail Hakimi pendek. Bahunya dijongket sedikit.

“Ok. We  dissmiss. Anything let me know. I don’t want having miss communication issue later. Umairah please hand over My Card Reader issue to Eve. I will call her meeting later. After lunch you can go back and rest. Take care you healthy”, Kata-kata yang janggal pada pendengaran Umairah, selama di berkerja di bawah Mr Sydney, belum pernah lagi Mr Sydney menyuruh teman lain menyelesaikan masalah yang ada, semua harus dilakukan sendiri oleh Umairah tidak kiralah dia banyak kerja, cuti atau mc. Rasa bersyukur menerjah di hati, kerana kata-kata suaminya, sedikit sebanyak membuatkan Mr Sydney boleh bertolenrasi.

Umairah mengangguk. Bangun, lalu berjalan pantas menuju ke pintu untuk keluar. Syed Uqail membuntuti Umairah. “Sweetheart, jom abang hantar balik” Perlahan Syed Uqail Hakimi bersuara. Hanya dia dan isterinya saja yang dengar. Mr Sydney pada ketika itu sudah pun masuk ke bilik meeting yang berada di sebelah bilik yang mereka meeting tadi. Patutlah Mr Sydney asyik memandang jam di tangan, rupanya dia harus menghadiri meeting seterusnya dengan pihak lain.

No need! I boleh balik sendiri. I drive tadi”. Jawab Umairah pendek. Matanya memandang tajam suaminya.

“Abang hantar Sweetheart. You look really tired. Dengar cakap abang boleh? Jangan berdegil.” Syed Uqail Hakimi bertegas membalas renungan tajam Umairah. Rama-rama berkocak laju dalam perut Umairah. Seram!

“Abang kan busy.” Umairah mengendurkan suaranya. Kedengaran sangat merdu di teliga Syed Uqail Hakimi.

Sweetheart...dengar cakap abang boleh? Boleh tak jangan buat abang susah hati. Tolong. Please!”  Syed Uqail Hakimi memperlahankan nada suaranya tapi masih bertegas dengan harapan isterinya mendengar permintaannya.

“Ok.” Jawab Umairah pendek. Di bibir menguntum senyuman. Senyuman yang membawa hati Syed Uqail Hakimi cair.

“Pukul 1 nanti abang tunggu kat basement.” Lagi Syed Uqail Hakimi bersuara sebelum mereka berpecah ke tempat duduk masing-masing. Umairah hanya mengangguk.


Golf  meluncur laju meninggalkan BB Bank. Umairah yang duduk di sebelah Syed Uqail Hakimi hanya diam tidak berkutik memandang jalan yang berada di hadapannya.

This not the way ” Umairah bersuara apabila Syed Uqail Hakimi membuat U-turn.

“ Yup, kita pergi makan dulu. Sweetheart laparkan? Abang dengar kuat betul bunyi perut tu” Jawab Syed Uqail Hakimi tenang, tangan kanannya mengulus lembut perut Umairah. Umairah yang duduk diam dari tadi terkejut dengan tindakan suaminya,seram!.Rama-rama tiba-tiba menari laju. Umairah menepis lembut tangan Syed Uqail Hakimi. Syed Uqail Hakimi segara menyambut tepisan tersebut dengan menggenggam erat jari jemari isterinya dan dibawa ke arah dirinya. Dengan lembut dia mengucup jari-jemari isterinya. Wajah Umairah merona merah. Wajah yang membuat tidur malam Syed Uqail Hakimi tidak lena sejak mereka di ijabkan. Ada rasa bahagia dalam jiwa Umairah dan Syed Uqail Hakimi.

Keluar dari kereta dengan langkah lajunya Syed Uqail Hakimi terus menuju ke pintu kereta di sebelah penumpang. Belum sempat Umairah membuka pintu Syed Uqail Hakimi terlebih dahulu membuka pintu untuk isterinya. Umairah keluar sambil tersenyum. Geli hati dengan sikap suaminya. Setiap hari ada sahaja tindakan yang mencuit hatinya.

Come, my sweetheart, jom kita makan. Ok tak Restoran Shahrin Low?” Tanya Syed Uqail Hakimi kepada isterinya.

“Ok jer. Abang nak belanja, Mairah suka je!” Jawab Umairah sambil tersenyum. Hatinya rasa tenang dan senang dengan perlakuan suaminya. Tadi di office ber you and i, bila sudah keluar dari kawasan tempat kerja bertukar jadi abang. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia rasa ada keserasian antara dia dan suaminya. Terasa mereka seperti ada chemistry. Tapi sejak melihat call dari Ms Desparate hatinya jadi tidak sedap. Mungkinkah ada perasaan jealous terhadap Ms Desperate?.

Lama Umairah terkesima memandang suaminya, sehinggakan pertanyaan Syed Uqail Hakimi tidak di jawab. “Abang order shark fin soup yer? You like shark fin right? Mairah..oh Mairah..” Syed Uqail Hakimi melambai-lambai tangan di depan muka Umairah.Ditepuk bahu Umairah. Umairah terkejut. “Eh!..sorry..abang cakap apa tadi?” Tanya Umairah setelah sedar.

“Abang order shark fin soup yer? You like shark fin right?” Tanya Syed Uqail Hakimi sekali lagi.

Umairah mengangguk sambil mengukir senyum di bibir “Macammana abang tahu”

Cepat Syed Uqail Hakimi menjawab, jari jemarinya menyentuh hujung hidung Umairah“Sebab awak isteri saya. Saya kena tahu apa yang awak suka apa yang awak tidak suka.”

“OOO..ic..emmm...” pendek balas Umairah sambil menundukkan wajahnya yang sudah merona merah. Dalam hati ada  taman, rama-rama mula berkocak riang menyanyikan lagu gembira.

You so cute! I love you!” perlahan Syed Uqail Hakimi berbisik sendirian.

Umairah yang masih menunduk memaling muka ke arah suaminya“Apa? Sorry Mairah tak dengar”

“Tiada  apa-apa makan dulu, supaya cepat sembuh, then boleh tolong abang settle kan project kita” Syed Uqail Hakimi mengeleng kepala, menyembunyikan rasa hati. Rasa hati yang bahagia bersama isteri tersayang. Walaupun perkahwinan atas dasar memenuhi amanat wasiat ayah, Syed Uqail Hakimi pasti sudah tersurat jodohnya dengan Umairah, gadis yang bertahta di hatinya dari zaman kanak-kanak hingga kini.

“Yerlah..ni rasuahlah kan. Bukan betul-betul nak treat kita pun kan” Umairah menunjungkan mulutnya, menyerlahkan kecomelan dirinya. Tiba-tiba timbul perasaan ingin bermanja dengan suami.

No. Cepat makan, jangan cakap banyak. Sweetheart ni kan tak padan dengan sakitnya. Nanti abang gigit muncung tu baru tahu” ketawa Syed Uqail Hakimi melihat gelagat isterinya yang memuncungkan bibir.

Umairah masih lagi mahu bersembang, tanpa menghiraukan amaran suaminya dia bersuara lagi“Abang your’s boss Mr Mari tak marah ke masuk lambat?”

Syed Uqail Hakimi menjawab dengan senyuman di bibir. Didekatkan bibirnya ke bibir Umairah, Umairah mengelak, sedari ramai mata yang sudah mula memandang ke arah mereka berdua “Abang dah inform Mr Mari tadi. Jangan risau you more important than other

“Yelah tu, sweet talker” Laju jari jemari Umairah mencubit manja lengan suaminya. Syed Uqail Hakimi menyerigai menahan sakit.

“Salah ke mengayat isteri” Timbul rasa bahagia dalam hati, sekian lama Syed Uqail Hakimi menanti reaksi Umairah yang ramah dan manja dengannya.Rasa dirinya bahagia bila melihat Umairah bahagia dan gembira.

“Tak salah. Tapi abang dengan semua orang pun mulut manis” Panjang lagi rupanya cerita Umairah terselit perasaan tidak puas hati.

Syed Uqail Hakimi membulatkan mata apabila mendengar kata-kata dari isterinya.Makin kembang mekar perasaan cintanya buat isteri “Oooo.. jadi ni kes jelouslah yer? Sayang juga sweetheart kat abang”

Umairah tersedar yang dia telah menunjukan sedikit perasaan tidak puas hati terhadap suaminya.

“ee...perasaan. Dah lah tu, cepat makan nanti Mr Mari risau pula staff  kesayangan dia tak masuk-masuk office ni.”



No comments:

Post a Comment