Tuesday, November 5, 2013

Bab 16 : My Sweetheart Isteriku

Bab 16

Sejak dari pagi bunyi telefon berdering tidak berhenti-henti. Umairah yang baru mula bekerja selepas mengambil cuti sakit sibuk melayan semua panggilan. Tidak menang tangan rasanya.

“ Mairah, eSMR 2013- 386 have move to UAT by today.” Mr Sydney mengingatkan Umairah. Tiada kata aluan terus terjah, itulah perangai “boss kesayangannya”.

Baru sahaja lima minit berlalu Mr Sydney telefon lagi, mengarah pula, macamlah Umairah tidak tahu tugasannya“Mairah, prepare package, move to production by today.”

Pagi-pagi lagi Mr Sydney sudah mula mengusutkan kepada Umairah. Lepas telefon di email pula. Macamlah Umairah hilangan ingatan. Pelik tapi benar itulah sikap boss Umairah yang kurang percaya kepada staffnya. Walaupun kurang percaya tapi hal-hal yang berkaitan membuat coding semua diserahkan kepada staffnya, belum pernah lagi nampak namanya check in coding di mana-mana TFS(Team Foundation Server). Buat source compare lagilah, jauh panggang dari api, takut ambil tanggungjawab jika hit production problem. Tapi bab mengarah memang nombor satu, cari pasal nombor satu. Kalau system problem sibuk duk menunding jari salahkan developer. Padahal Mr Sydney kan boss wajibnya dia yang control everything and anything, bukan tukang source compare, Ms Mandy, perempuan Cina yang cantik, bergaya dan kecil molek saja yang dipertanggungjawabkan. Setiap kata-kata dan pendapatnya sangat bernas dan berhati-hati. She almost perfect di mata Umairah, kepada dialah Umairah selalu mengadu jika Mr Sydney gila meroyan.

Umairah tekun menyiapkan package version untuk dihantar ke production malam nanti. Tiba-tiba bunyi whatsapp memecah kesunyian. Cepat Umairah mencapai handphone yang terletak di sebelah keyboard. Matanya terbeliak membaca whatsapp.

“Hai..dinda, kanda sudah start kerja, can we lunch together today.”

Laju Umairah menaip keypad membalas“Hai, sorry kanda, dinda busy right now, i try my best to make it. Dinda reconfirm back before 12.15pm. Ok?”

Whatsapp masuk lagi, terlopong Umairah membaca whatsapp Hazrul Haizan “Ok. I really hope can meet you by today... miss you so much.”

Umairah bangun, laju dia melangkah ke tempat Ruby. “Ruby, Hazrul Haizan back. Teman i lunch nanti. Boleh?”. Tidak pasti perasaan apa yang hadir. Kepala yang berserabut dengan perangai bos kini serabut dengan kehadiran kekasih hati. Lelaki yang bakal berdiri di antara Umairah dan Syed Uqail Hakimi.

Ruby mengangguk saja. Mata masih melekat di screen computer. Super busy lah tu.

Telefon di meja Umairah berbunyi lagi. Cepat-cepat Umairah berlari ke tempatnya. “Good Morning, ITD” ucap Umairah lembut.

“Mairah come here!” kedengaran suara Mr Sydney di corong  telefon. Tiada langsung perkataan please, memang kuku besi betul.

“Ok.”dengan pantas Umairah mencapai pen dan notebook, kemudian berlalu ke bilik Mr Sydney.

Belum sempat duduk, Mr Sydney sudah mengaju soalan.“Mairah, slow transaction at branches, monitor and find out what course the slowness. This is Urgent!, I don’t want any financial loss report to us.
 “Orait boss
Assist Eve, on Financial screen, have to settle before this weekend”
“Ok Boss”
“How about Open Account? Did you assist Mr Uqail?”
“Yes, almost done.”
“That all”
“Ok. Thank you boss”                     

 Umairah kembali semula ke cubiclenya. Terpamer muka Umairah yang sangat tension. Mana tidaknya, jika setakat nak tanya soalan macam itu dalam telefon pun boleh. Buang masa dan lemak Umairah berjalan tadi.

Jam di tangan di jeling, hampir pukul 11. Kerja yang siap Cuma dua job spec, satu untuk move new system to UAT region, satu lagi untuk move new functionality to production region. Yang lain sibuk menjawab telefon dan meneliti eJS. Bila whatsapp berbunyi, Umairah biarkan sahaja. Fokus untuk menyiapkan kerja dulu, lepas submit eJS untuk source compare baru lapang dada untuk menjengah whatsapp.

Beberapa minit kemudian Umairah membaca whatsapp dari suaminya. Bertambah serabut di kepala. Hari pertama kerja dah macam-macam dalam kepala. Kalaulah kepala ini boleh cabut, mahu sahaja Umairah cabut. Tapi itu adalah mustahil. Cepat-cepat dia membalas whatsapp , kemudian kembali fokus pada kerja. Silap satu boleh menyebabkan production issue and can course financial lost. Perkara yang paling ditakuti oleh Umairah dan semua rakan sejawatnya.

“Sweetheart, free? Busy? Lunch together?”
“Sorry abang, i got appointment, may be dinner?”
“Ok sweetheart, take care”

Selepas membaca whatsapp,Laju Umairah mendail nombor telefon Hazrul Haizan.

“Assalamualaikum abang”
“Waalaikum salam dinda, on hari ni?”
“Yup, jumpa di Alamanda, Chakri Xpress, ok?”
“Ok sayang. Tak sabar abang nak jumpa, lama betul tak jumpa...rindu sesangat”
“Ok abang, Mairah nak siapkan kerja, nanti kita jumpa ok. Bye. Assalamualaikum”

Laju Umairah berbicara. Hazrul Haizan terpingga-pingga masih banyak lagi perkara yang ingin dibualkan. Belum habis meluahkan rasa yang terbukam di hati Umairah telah mematikan taliannya. Kemudian dia tersenyum sendirian, tiba-tiba teringat zaman remaja ketika sama-sama belajar di universiti. Angau!

10 minit berlalu, Hazrul Haizan masih tidak muncul. Umairah tidak sedap duduk, beberapa kali dia mengubah kedudukan duduknya, timbul perasaan tidak sedap dalam dada. Ruby pula sesekali menjeling jam di tangan. Masa adalah emas dan terlalu kritikal untuk mereka berdua. Risau Mr Sydney akan menghubungi mereka jika ada production issue.

“Assalamualaikum, Dinda sihat?”
“Waalaikum salam. Sihat. Abang?”

Lama Hazrul Haizan memandang Umairah. Rasa macam 1000 tahun tidak berjumpa. Umairah semakin cantik dan bergaya. Terpegun dia melihat kekasihnya itu.

Umairah menunduk malu apabila Hazrul Haizan memandangnya dengan pandangan yang tajam. Tiba-tiba teringat akan Ruby yang duduk di sebelahnya. Teragak-agak Umairah memperkenalkan Ruby.

“Oh, abang ini Ruby, my friend, sorry i lupa nak introduce
“Hi..eh, handbag yang you pesan ada dalam kereta.”ucap Hazrul Haizan seperti lama dah kenal. Padahal selama ini hanya mendengar cerita dari Umairah.
You ingat i?, anyway thanks, sorry susahkan you” ujar Ruby terharu, tidak sangka Hazrul Haizan masih ingat pesanan yang dibuat dahulu untuk beli handbag Marc Jacob. Nak beli di Malaysia mahal, beli di US murah sikit. Ambil kesempatan sementara Hazrul Haizan belajar di sana.

Makan sambil berbual mengenai pengalaman belajar di luar negara membuatkan Ruby teruja. Menjadikan pertemuan antara Hazrul Haizan dan Umairah di dominasi oleh Ruby yang tidak kering gusi bertanya dan bercerita kepada Hazrul Haizan.

Usai menikmati makan tengah hari di restaurant thai itu, Hazrul Haizan mengajak Umairah untuk ke parking kereta, kerana dia ingin memberi sesuatu kepada Umairah. Ruby tersengih melihat muka Umairah yang merona merah. Satu kelemahan yang ketara dalam diri Umairah iaitu muka akan blussing bila malu.

Ruby masih tersengih-sengih berjalan beiringan di sebelah Umairah. Begang pula Umairah melihat reaksi Ruby yang seakan mengejeknya. Hazrul Haizan mendahului Umairah dan Ruby di hadapan. Sehingga Hazrul Haizan berhenti di belakang bonet kereta BMW X1 berwarna putih. Ruby tercegang, keningnya terangkat sebelah. Kemudian matanya digenyit kepada Umairah sambil senyum kambing. Ulat bulu sudah naik daun, kelabu mata bila tahu Hazrul Haizan kaya. First impression, bila tengok orang naik kereta mewah, mulalah hati berkata orang itu kaya.
Bonet kereta dibuka, Hazrul Haizan mengeluarkan 5 paper bag, 4 diserahkan kepada Umairah, satu lagi kepada Ruby.

“Dinda, ni semua abang belikan untuk dinda, abang tahu dinda suka handbag, tu yang abang beli ni, balik nanti dinda tengoklah yer”
“Banyaknya.” terkejut Umairah apabila  Hazrul menyerahkan 4 paper bag kepadanya.
“Semua barang ke sukaan dinda, Coach, Marc Jacob, Prada, Gucci pun ada...”
“Abang ni susah-susah je, rasa bersalah pula, mahal ni, abang kira then whatsapp nombor account nanti Mairah transfer.”ujar Umairah. Tidak sedap hati dengan pemberian Hazrul Haizan.
“You tak nak bagi i lah, Mairah, orang nak bagi free ambik je lah” Ruby mencelah, saja nak melihat Umairah gabra.
“You kan suka ambil kesempatan” marah Umairah. Giginya diketap.
“Ok, esok kita jumpa lagi” Hazrul Haizan yang berdiri di sebelah Umairah hanya tersenyum melihat dua sahabat itu bertekak.
“In Sha Allah” jawab Umairah sambil tersenyum ada bunga dalam taman.
“Take care sayang”
“You to, take care” jawab Umairah sambil melambai bye-bye kepada Hazrul Haizan.

“Gile! Kaya pakwe you ni Mairah” Ujar Ruby, setelah kereta Hazrul Haizan beredar dari parking kereta.

 “Ha! You tercegatlah kat situ, i nak balik office” Umairah berlalu meninggalkan Ruby yang masih berdiri memerhati kereta Hazrul Haizan berlalu pergi.

“Hey! Tunggulah, i nak bereye mo pun tak boleh ke? Handsome gile macam Farid Kamil tu.” Ruby berlari-lari anak menuju ke arah Umairah. Umairah melangkah laju, malas melayan gedik Ruby.

“Yang sorang macam Aaron Aziz, yang satu lagi macam Farid Kamil, hebat juga you ni kan.” Ruby membebel, Umairah buat tidak tahu, malas melayan, sebab takut tak terlayan.

“Meh, aku tengok, bag apa yang di beli untuk you” pinta Ruby sambil senyum kambing.
“Eeee..tak malu” Umairah mengusik. Ruby memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

“Eeee...buruklah...ok, you nak tengok bukalah, memang tak malulah you ni” jeling Umairah kepada Ruby. Kerete ASX melunjur laju.

Apa lagi, green light sudah dapat, cepat-cepat Ruby membuka satu daripada empat paper bag tadi. “Wow!, cantiknya beg Coach ni, warna merah lagi, i buka yer nak tengok compartment, Hoyoo! Madision Carrie in Croc Embossed Leather you, ada kad lah, i buka ya?”
Umairah mengangguk.

Marry Me! Umairah”ucap Ruby setelah membaca kad yang ada di dalam beg. Senyumannya meleret hingga ke telinga. Matanya dibulatkan, menunjukan dia begitu teruja, terperanjat dan terharu dengan ayat yang dilihat sebentar tadi.

“Oh no, he proposed you.Eh! got something...can i open?” tanya Ruby, Umairah mengangguk tanda setuju.

God, it’s ring... so sweet... gilerlah! Bertuahnya you” ungkap Ruby dalam kegedikkan, dia begitu teruja dan gembira bagi pihak Umairah.

Umairah pula tidak beriaksi apa-apa, terkedu tidak terkata  Cuma diam dan terus memandu. Dahinya dikerut. Sesekali matanya menjeling ke arah Ruby. Apa yang pasti dia tidak tahu untuk bertindak. Perlu berfikir panjang dahulu sebelum keputusan di buat. Dari menunjukan reaksi yang positif  adalah lebih baik dia diam dahulu. Tidak mahu Ruby tersalah sangka.

Usai parking kereta di basement handphone Umairah menyanyi riang. Terpapar nama “Boss” di screen handphone. Laju Umairah menjawab. “Yes Boss, anything i can help you?”
“Eh! Where are you?” seperti biasa tiada kata aluan terus terjah.
Office, at my place” kelentong Umairah. Pada hal Umairah sedang naik tangga ke tingkat dua. Dengan penuh professional dia menahan nafas mengah dari didengari oleh Mr Sydney.

You come now at windows team , still having slow transaction” tegas Mr Sydney mengarah, tidak tahu nak solve macam manalah tu, kecoh satu kampong telefon sana sini.

“Ok” jawab Umairah pendek. Dalam hati menyumpah seranah Mr Sydney yang terror mengarah. Nak buat macam mana title pun “Manager”.

Terus Umairah ke tempat Mandy, mendapatkan maklumat yang boleh dipakai untuk investigate issue ini.

“Mandy, i got called from boss, branch having slow transaction, got special rollout yesterday?” tanya Umairah kepada Mandy.
“New screen, i check back the MA Header”jawap Mandy tanpa berfikir, memang cekap dan pantas.
Ok, i go down to windows team
“Ruby,please help to check which transaction is slow, branches will start calling
“Charl, let’s go to windows team

Hendak handle sendiri tidak mungkinlah, cara terbaik minta tolong team member. Tanpa mereka lambatlah solve masalah ini, perkara yang paling penting ialah kerjasama.

Di Windows Team, Charl dan Umairah sibuk trouble shoot masalah yang timbul. Jawapan yang ditemui ialah MA Header is wrong. Is supposed be MAAI instead of MAAE.
One character can give a lot of impact. Rasa nak menangis Umairah apabila boss bising-bising macamlah dunia nak kiamat. Oleh kerana insiden ini Umairah dan Mandy dipanggil menghadap Mr Sydney. Apa lagi kena ceramah free dua jam. Ayat-ayat pentingkan diri sendiri asyik disebutnya. Sepanjang meeting Umairah hanya menekur memandang notebook, malas nak pandang muka boss yang pentingkan diri sendiri dan asyik nak jaga “bontot dia aje”. Ayat ugut yang paling yang paling best ialah “if i suck from here, i will drag both of you together.” Rasa berpeluh dahi Umairah mendengar kata-kata kesat dari Mr Sydney walaupun duduk di dalam bilik berhawa dingin. Mandy pula menunjukan muka tidak perasaan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri, hidup harus diteruskan. Malas nak layan Mr Sydney yang pentingkan diri sendiri.

Habis meeting sambung kerja lagi, staff lain sudah start beredar dari office bila jam menunjukan pukul 5.45 petang. Umairah baru terkiyal-kiyal meneliti eJS bahagian approval list, selagi belum approve tidak boleh move package to production atau UAT region. Nasib baik semua pihak sudah approve, senang kerja Umairah untuk menghantar instruction email kepada pihak operation untuk melaksanakan tugasan seterusnya.

Kesibukan di pejabat dan kepenatan yang melanda membuatkan Umairah terlupa statusnya sebagai isteri. Ruby sekali-sekala memandang Umairah yang masih tekun bekerja. Telefon Umairah berdering lagi. Lambat-lambat dia menjawab. Belum sempat memberi kata aluan Ruby menyergah Umairah.

“Uit..best staff jom mengeteh, penatlah.. nanti lepas maghrib kita sambung kerja balik lah”
Umairah memandang Ruby sambil tersenyum kambing, gagang telefon masih di telinga.

Best lah sangatkan, i almost get heart attack tau, layan boss you tu” sergah Umairah. Matanya dibulatkan kepada Ruby. Ruby ketawa terkekeh-kekeh dengan sopan.

“Relaxlah, jom ngeteh dulu nanti sambung kerja balik, jomlah”
“Ok, jap, anything save dulu, i have to help Eve to settle new financial screen, where are she ya? Onleave ?”
“Haah onleave, settle family matters. Adik dia Dylan convert to islam
“Oh ya! Jom...jom...cerita menarik ni...” teruja Umairah. Cepat-cepat meletak gagang telefon, lalu melangkah ke cubicle Ruby.

Rasa tenang buat kerja bila tidak orang yang mengacau. Memang sesuailah dengan waktu yang mencecah pukul 10.00 malam. Office sudah clear, yang tinggal hanya Umairah dan Ruby. Umairah laju menekan papan kekunci, menekan aksara-aksara membentuk ayat dan logic menyelesaikan financial screen yang diarah Mr Sydney untuk diselesaikan sebelum hujung minggu ini.

“Mairah, balik... almost 11pm, tak akan nak berkampung kat sini kot, balik relax, baca balik kad yang Hazrul kasi tadi, think carefully and make a good decision” ujar Ruby tersengih macam kerang busuk. Dia betul-betul teruja dengan lamaran Hazrul Haizan kepada Umairah.

“Yelah, jom balik, nanti i fikirkan”jawab Umairah tenang tanpa memikirkan status diri. Penat tak terkata, jika ada bantal dan tilam depan mata dah lama landing tidur mati.

“Eh! Mana pula handphone i? Ruby you Nampak tak? Patutlah senyap dan tenang je dunia ni, my handphone gone...” Umairah mengodek laci mejanya, mencari handphone yang entah mana diletaknya.

May be in your car.Last place tadi dalam kereta, tak akan kat kedai mamak kot, sebab i tak nampak you bring handphone along masa kat kedai mamak”ujar Ruby memberi pandangan, mukanya yang sememeh sangat letih membuatkan Umairah tersenyum. Best friend ever!

“Ok...ok...let’s go, i dah tak boleh tengok muka you, mata dah macam panda...” ketawa Ruby mendengar Umairah menyindirnya.

“Muka i, muka you tu dah pucat macam hantu...lain kali datang office make up tebal sikit yer..” usik Ruby pula. Umairah mengerut dahi terkejut mendengar perkataan “hantu”.

“Oiii... choiii...malam ni kot, janganlah sebut nama tu, you ni kan, seram i tau...i kan solat tadi malam-malam siapa nak tengok kita punya muka” jawab Umairah, kedengaran ketaran pada suaranya.

“Uppsss...jom...jom...i tak boleh tahan dah ni...beremang ni” tergocoh-gocoh Ruby bersiap untuk meninggalkan office.


Umairah dan Ruby berlari anak menuju ke pintu, Ruby menekan tutup semua suis lampu, manakala Umairah menjaga pintu security supaya tidak tertutup. Jika tertutup, terkuncilah mereka berdua di situ.

No comments:

Post a Comment