Wednesday, May 1, 2013

Bab 2: My Sweetheart Isteriku


Bab 2

 "Sedap makan malam ini...pandai menantu umi masak." Puji Datin Seri Sharifah Halimah kepada menantunya. Wah kembang, kuncup hidung Umairah.Syed Uqail Hakimi menunjuk tumbs up kepada Umairah. Merah muka Umairah menahan malu. Selama seminggu menjadi isteri kepada Syed Uqail Hakimi bin Syed Hamidi belum pernah Umairah turun ke dapur untuk masak. Setiap hari tamat sahaja waktu kerja, Umairah akan melepak di UP 10 bersama Ruby, sambil menikmati makan malam. Ruby adalah kawan rapatnya selama tiga tahun dia berkerja di BB Bank. Teman yang sentiasa setia mendengar luahan perasaan Umairah.

 "Mairah...Kimi..bila nak pergi honey moon ni?..ambil la cuti..luangkan masa untuk kenal hati budi masing- masing.

Umairah yang sedang khusyuk menonton televison terkejut mendengar kata-kata yang diucapkan oleh ibu mertuanya. Cepat dia memalingkan mukanya kepada Datin Seri Sharifah Halimah sambil tersenyum, kemudian mengalihkan pandangan kepada Syed Uqail Hakimi.

“Tak plan lagi lah umi, kami belum ada masa terluang, nanti Kimi discuss dengan Mairah ..” Jawab Syed Uqail Hakimi kepada Datin Seri Sharifah Halimah. Matanya tepat memandang wajah Umairah. Lama pandang mereka bersatu.

“Aaaiiii...main mata pula bebudak ni...umi suruh pergi honey moon..bukan main mata depan umi..” Datin Seri Sharifah Halimah mengusik anak dan menantunya sambil tertawa kecil. Dalam hati, timbul rasa syukur di atas suratan yang di tetapkan oleh Allah.

Umairah segera mengalihkan pandangan dan bangun sambil berkata “umi nak air panas, Mairah nak buat air ni...”

“Teh Tarik satu...” Syed Uqail Hakimi meyahut pertanyaan Umairah sambil matanya di kenyitkan.

Sambil mengerutkan dahi, Umairah berlalu ke dapur. Mukanya sudah merona merah.
Masih segar dalam ingatan Datin Seri Sharifah Halimah, mengenai pesan terakhir dalam wasiat suaminya, Dato Seri Syed Hamidi supaya Syed Uqail Hakimi dinikahkan dengan Sharifah Umairah Hasanah binti Syed Abbas bila genap umur Syed Hakimi melangkau 27 tahun. Sebulan yang lalu, 8 haribulan Januari genaplah umur Syed Uqail Hakimi melangkau 27 tahun. Sangat susah bagi Syed Uqail Hakimi untuk menunaikan amanat yang ditinggalkan oleh bapanya.Pening juga Syed Uqail Hakimi membuat keputusan tetapi demi uminya yang tercinta dia turutkan kehendak uminya. Di dunia ini dia hanya ada umi dan kakak kesayangannya, Sharifah Nur Aisy Aqila, setelah kembalinya ayahanda kesayangannya ke alam barzakh.

Syed Abbas adalah sahabat baik Datin Seri Sharifah Halimah dan Dato Seri Syed Hamidi. Banyak kisah suka dan duka yang di lalui bersama oleh mereka sewaktu menuntut di Universiti dahulu. Syed Hamidi pernah terhutang budi kepada Syed Abbas, bapa Umairah.
Peristiwa berlaku apabila ibubapa Syed Hamidi meningal di dalam kemalangan jalan raya dan yang malangnya semua harta peninggalan ibubapa Syed Hamidi di bolot oleh pakciknya sendiri, tanpa sedikit pun rasa bersalah kepada Syed Hamidi. Datuk Umairah, Syed Moktar yang membantu membiaya pelajaran Syed Hamidi di Universiti, setelah Syed Abbas bersungguh-sungguh menyakinkan ayahnya terhadap peristiwa hitam yang berlaku. Pada Syed Moktar lah Syed Hamidi menumpang kasih seorang ayah.Syed Moktar yang menganggap Syed Hamidi sebagai anaknya jugalah yang telah satukan Datin Seri Sharifah Halimah dan Dato Seri Syed Hamidi sebagai suami isteri.

Ketika kelahiran Umairah kedunia ini, Datin Seri Sharifah Halimah dan Dato Seri Syed Hamidi, telah mengikat janji untuk mengambil Umairah sebagai menantunya bila genap umur Syed Uqail Hakimi 27 tahun.

“Umi ini airnya, jemputlah minum, air bujang je...” Umairah menyentuh lembut bahu mertuanya, menamatkan lamunan panjangnya terhadap kisah silam.

“Emmm...air untuk i tak de ke...teh tarik?” Syed Uqail Hakimi bersuara apabila dulang air yang dibawa oleh Umairah hanya ada air teh o sahaja.

“Nak teh tarik... nanti i order kat mamak seberang jalan tu nak...? i tak pandai la buat teh tarik...lagi pun i cari susu tak de pun dalam kitchen cabinet you...” jawab Umairah bersahaja yang mengundang tanda tanya di minda Datin Seri Sharifah Halimah.

“Kimi, Mairah...umi tidur sini lah malam ni, esok sabtukan cuti? umi mengantuk sangatlah..nanti esok, Mairah teman umi cari barang yer... kak Aisy sms umi..dia ikut abang Hasrul outstation ke Sabah.”

Syed Uqail Hakimi yang sedang menikmati teh o, tiba-tiba tersembur air yang diminumnya. Segera dia memandang Umairah mengharap Umairah mengerti apa yang bermain di mindanya sekarang.

"Mairah...cuba buka tudung tu..dengan umi pun nak malu ke?" Datin Seri Sharifah Halimah bersuara, rungsing melihat sikap menantunya yang bertudung walaupun di dalam rumah.
"Emmm....emmm..." jantung Umairah berdegup pantas.Lidahnya kelu tidak dapat berfikir alasan yang sesuai untuk diberi kepada Datin Seri Sharifah Halimah.

Syed Uqail Hakimi yang sedang khusyuk menonton television memalingkan muka ke arah Umairah.Dia juga kelu tak terkata.Sepanjang perkahwinan ini belum lagi dia terlihat aurat Umairah. Pandai betul Umairah menjaga aurat detik hatinya.

"Umi tidur dalam bilik tengah ni yer Kimi? "

"Ha..ok umi..." sahut Syed Uqail Hakimi sambil senyum memandang Umairah.Umairah bangun dan segera mengekor mertuanya. Dia menenung Syed Uqail Hakimi sambil di ungkit bahu...dan mulutnya  berbisik sesuatu.

Syed Uqail Hakimi juga mengunkit bahu, mengajuk tindakan yang Umairah lakukan.

"Aaa....kantoilah aku hari ini."gomel Umairah dalam hati.

"Umi...Mairah teman umi tidur yer malam ini" bisik Umairah kepada Datin Seri Sharifah Halimah. Niat di hati ingin menjaga rahsia di antara dia dan Syed Uqail Hakimi. Selama perkahwinan ini mereka adalah rakan serumah. Walaupun rakan serumah dan rakan sekerja mereka jarang berjumpa. Di tempat kerja Syed Uqail Hakimi sibuk dengan tugasannya menyiapkan migration projek untuk sistem bank di Campu. Selepas subuh dia sudah keluar ke tempat kerja dan pulang lewat malam. Biasanya Umairah sudah tidur baru Syed Uqail Hakimi akan pulang ke rumah.Umairah pula sibuk dengan tugasan harian untuk menyokong perisian bagi bank tempatan. Kehendak pengguna yang sentiasa mahukan pembaharuan untuk memenuhi kehendak semasa menyebabkan dia selalu sibuk dan tiada masa untuk dirinya juga.

It’s ok..Umi boleh tidur sendiri...seorang...Mairah tu..pergi tidur dengan Kimi, nanti apa kata Kimi...” jawab Datin Seri Sharifah Halimah sambil tersenyum. Kemudian dia menolak daun pintu rapat.

“Oh..my God...aku tidur dengan dia...ooohhh tidak...” Menjerit hati Umairah,dia meraubkan kedua tanganya ke muka. Dadanya penuh debaran. Mukanya menunjukan dia sangat stress.
Syed Uqail Hakimi sudah tersengih melihat muka Umairah yang masam bercuka. Dahinya dikerut menampakkan Umairah sangat stress.

“Emmm...emmm...sedihnya..” bisik Umairah perlahan kepada dirinya sendiri. Bibirnya di cebikkan.

Mata Syed Uqail Hakimi masih menyorot ke susuk tubuh Umairah. Dipandang Umairah ke atas hingga ke bawah berulangkali. Umairah berjalan berlambat-lambat sambil menundukkan kepalanya kembali duduk di sofa. Kemudian mendongakkan kepala memandang semula screen TV. Fikiran melayang kosong memikirkan nasib diri dan pengakhiran hidupnya yang bergelar isteri tidak rela buat insan yang bernama Syed Uqail Hakimi bin Syed Hamidi.

“Relakah dia menjadi suamiku..huhuhu..relakah aku menjadi isterinya atau hanya sekadar memenuhi tuntutan kedua ibubapa ku dan ibubapa dia...emmm...sudah berpunyakah dia...jika ia...terlukakah hati perempuan itu...tahukah perempuan itu yang aku telah merampas kekasihnya..aaa...aku kah yang merampas...oh tidak...bilakah aku boleh mengakhiri segala permasalahan ini...adakah ini adalah permulaan hidupku...kepada permasalah yang lebih besar...bagaimana Haizan...yeeelahhh...Haizan....aaaahhh..kenapa malam ini..macam-macam persoalan timbul..ibu..baba...kenapa Mairah kena lalui semua ini.....berapa ramaikah yang akan merana dan bersedih di atas perkahwinan ini...aku pun sedih juga...di mana mahu ku campakkan hati ini...”

Lamunan Umairah terhenti dan berpaling kepada bunyi telepon di tepi meja. Syed Uqail Hakimi sudah mencapai telepon dan segara menjawab sambil kakinya melangkah laju ke bilik utama. Umairah memerhati langkah Syed Uqail Hakimi dengan pandangan yang kosong.
Sejam berlalu, Syed Uqail Hakimi masih tidak menunjukan diri setelah hilang di sebalik dinding bilik utama. Umairah masih berteleku memandang screen TV. Matanya sangat mengantuk di tambah dengan badannya yang sangat penat. Biasanya jam 10.30 malam dia sudah di ulit mimpi di atas katil di biliknya.

Jam di dinding dipandang. Matanya sudah tidak boleh ditahan lagi. Kepalanya juga sudah terasa sangat berat. Umairah menyorotkan pelahan-lahan badannya ke atas sofa. Akhirnya dia lena diulit mimpi di tika jam tepat menunjukan pukul 12.30 malam.

Syed Uqail Hakimi memandang wajah mulus Umairah,ditatap terus-terusan tanpa berkedip matanya. Tiba-tiba jatungnya berdegup dengan kencang. Rasa seperti jantung mahu tercabut. Perutnya rasa seperti tidak selesa, seperti ada rama-rama yang sedang terbang mencari ruang untuk lepaskan diri. Dia terus menenung wajah Umairah diperhatikan dengan teliti. Ada dua tahi lalat, satu di tepi pipi sebelah kiri dan satu lagi di tepi bibir sebelah kiri juga. Kemudian Syed Uqail Hakimi tersenyum sendiri. Puas merenung wajah putih gebu itu kemudian jari-jemarinya tanpa sedar mengusap lembut pipi Umairah kemudian ke bibir nipis Umairah. Sekali lagi dia mengukirkan senyum nakal. Lalu dia mengendong Umairah masuk ke bilik utama, tempat dia beradu.

Umairah yang kepenatan tidak sedar akan tindakan yang dilakukan oleh Syed Uqail Hakimi. Syed Uqail Hakimi meletakkan Umairah di atas katil. Dipandang dan diamati wajah isterinya itu. Kemudian dia menarik comforter lalu ditutupi badan Umairah. Rasa berdebaran di dada semakin kuat.

“Ahhhh…apakah perasaan ini…? Cintakah? Nafsukah?” Bisik hati kecilnya. Hatinya berperang.

Pelahan-lahan dia menarik tudung yang masih menutupi kepala dan rambut Umairah. Tindakan nya terhenti bila Umairah mengalihkan badannya. Terkasima sebentar. Syed Uqail Hakimi meraupkan kedua telapak tangan ke wajahnya sambil beristifar. Lalu dia segera masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.


Selepas tamat menunaikan solat sunat, Syed Uqail Hakimi menangkat tangan dan berdoa.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku…aku terlalu alpha dengan segala nikmatMu…
Ya, Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, sesuatu yang aku tidak tahu Ya Allah,
Ya, Allah seandainya Engkau mengetahui bahawa dia (Sharifah  Umairah Hasanah binti Syed Abbas) adalah terbaik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah dia bagiku..dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya, dan seandainya Engkau mengetahui bahawa dia (Sharifah Umairah Hasanah binti Syed Abbas) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya…dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun, kemudian redhailah aku denganya… Amin…Ya Rabal A’lamin” Kemudian dia meraup kedua telapak tangan kemukanya. Seketika dia berteleku di atas tikar sejadah beristifar dan bertasbih hingga dia merasakan ketenangan di dalam hati.

Syed Uqail Hakimi bangun mengemas tikar sejadah, diletakkan kembali ke tempat asal sejadah tersebut , kemudian dia kembali duduk di atas kerusi sebelah katil, direnung lama wajah Umairah, sebuah ciuman dihadiahkan untuk kali kedua di ubun-ubun Umairah. Sekali lagi Syed Uqail Hakimi berdoa.

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya…isteriku..Sharifah Umairah Hasanah binti Syed Abbas, sepertimana Engkau lembutkan besi"

Kali pertama dahulu, selepas akad nikah, dia tidak sempat berdoa ketika mencium ubun-ubun Umairah. Perasaan yang ada ketika itu adalah serabut memikirkan tindakan  yang diambil. Syed Uqail Hakimi tidak pasti tindakan yang diambilnya adalah betul atau tidak. Walaupun satu tempat kerja dia dan Umairah tidak pernah bertegur sapa hanya sekadar membalas senyum bila selisih.

Syed Uqail Hakimi bangun mencapai bantal di sebelah Umairah lalu keluar untuk tidur di sofa.

1 comment: