Saturday, November 16, 2013

Bab 18 : My Sweetheart Isteriku

Bab 18

Kerja yang bertambun membuatkan Umairah leka dalam menyiapkan tugasannya. Misi hari ini adalah menyiapkan kerja dan segera dan balik rumah awal. Kononnya ingin mengambil hati suami sebelum Syed Uqail Hakimi bertolak ke Champu esok. Dalam leka menyiapkan tugasan tiba-tiba bunyi notice whatsapp. Umairah memandang handphone yang berada di sebelah keyboard. Lambat-lambat dicapai. Berkerut dahi Umairah sambil membaca whatsapp tersebut. Kes dengan Hazrul Haizan masih belum selesai, selagi tidak berterus terang mengenai status diri, selagi itulah Hazrul Haizan akan memburunya.

“Dinda, lunch together yer, Madam Kwan Alamanda. Ok jumpa pukul 12.15 pm? J
“Ok, no problem, as usuall i bawa Ruby tau”jawab Umairah. Dalam fikiran masih berfikir waktu terbaik untuk berterus terang kepada Hazrul Haizan.

Hazrul Haizan termenung membaca whatsapp dari Umairah, semakin lama, semakin lain perangai Umairah. Dulu Umairah seorang yang periang, peramah, manja dan ada sahaja telatah yang membuatkan hatinya bergetar, tapi sejak akhir-akhir ini response dari Umairah sangat hambar, seperti ada sesuatu yang disorok dari pengetahuannya. Hal lamaran untuk kahwin beberapa hari lepas juga tiada balasan dari Umairah. Sepatutnya Umairah lah yang paling gembira, selama ini itulah perkara yang dinanti-nanti oleh mereka berdua. Kisah cinta Umairah dan Hazrul Haizan masih lagi segar di ingatan. Belajar di universiti dan jurusan yang sama. Banyak perkara yang mereka lakukan bersama, sehingga di akhir semesta Hazrul Haizan dapat tawaran menjadi Tutor di Universiti Putra Malaysia dan selepas setahun bekerja, Hazrul Haizan melanjutkan pelajaran di University Of Miami, United State.

Perjumpaan di Alamanda untuk kali kedua, selepas Hazrul Haizan kembali ke Malaysia. Tidak banyak yang dibualkan, yang banyak berceloteh adalah Ruby. Kalau tiada Ruby mahu mati kutu Umairah dibuatnya.

Usai berjumpa dengan Izzat di Restoran Johnny’s di Alamanda, Syed Uqail Hakimi segera pulang ke pejabatnya di Bangi. Tidak disangka matanya terpandang kelibat Umairah setelah membayar parking di mesin yang tersedia tidak jauh dari kedai emas Tomei. Dilihat Umairah sedang khusyuk bersembang dengan seorang jejaka di hadapan dengan kedai emas itu. Tiba-tiba rasa cemburu bersarang di hati, terasa seperti hati Syed Uqail Hakimi dicucuk-cucuk dengan pisau. Cepat-cepat Syed Uqail Hakimi melangkah laju menuju ke parking kereta. Tidak tahan melihat ke mesraan isterinya itu bersama lelaki lain.

Umairah dan Hazrul Haizan sedang sibuk bercerita, tiba-tiba Ruby mencelah, memohon kebenaran “Mairah, i nak pergi toilet sekejap”
Umairah memandang Ruby, kemudian mengganguk sambil tersenyum “Pergi cepat.”
Dialih pandangan ke arah Hazrul Haizan yang tidak jemu memandangnya “Ok. abang kita tunggu di sini jer lah yer”. Sekali sekala gelagat Ruby membuatkan hati Umairah terhibur. Hazrul Haizan mengangguk, kemudian menyambung ceritanya.

“Dinda, maafkan abang ingin bertanya” kata-kata yang keluar dari mulut Hazrul Haizan membuatkan Umairah menjadi kaku, tidak pasti bagaimana ingin bereaksi. Perkataan “tanya” yang disebut Hazrul Haizan mengandungi maksud yang dalam. Ada getaran di hati Umairah bila Hazrul Haizan bertanya sedemikian.

Umairah mengangguk, matanya tajam memandang Hazrul Haizan yang berada di hadapannya.

“Bagaimana? Sudikan Dinda menjadi suri hidup abang?”soalan yang menambah resah Umairah. Umairah hanya memandang muka Hazrul Haizan, tidak tahu ingin menberi jawapan apa, apa yang disangka kini benar-benar terjadi.

“Dinda...abang tanya ni” tanya Hazrul Haizan sekali lagi. Umairah menundukkan muka ke lantai, perlahan dia berkata “Beri Mairah masa untuk Mairah berfikir” jawapan yang membuatkan degupan jantung Hazrul Haizan semakin laju, seperti selepas berlari.

“Dinda, jika sepanjang ke tiadaaan abang di sisi dinda telah membuka pintu hati dinda terbuka pada orang lain, abang redha. Cuma abang perlukan ke jujuran pada cinta hati abang. Itu sahaja.” Kata-kata Hazrul Haizan bagaikan menikam hati dan tubuh badan Umiarah. Bergenang air mata ditubir mata diseka Umairah cepat-cepat dengan jari.

Kenapa begitu mulia hati seorang Hazrul Haizan. Bisik Umairah di dalam hati. “Abang...” baru Umairah ingin bersuara, Ruby sudah tercegat di tepi Umairah. Tangannya memaut lengan Umairah.

“Kenapa nampak stress sangat perbincangan ini”tanya Ruby tidak sayang mulut, Umairah ketawa melihat riak muka Ruby yang menunjukkan penuh tanda tanya, manakala Hazrul Haizan hanya senyum tawar. Masing-masing ingin menyembunyikan rasa hati.

You ni kan, memang kacau daun lah, jom balik, lambat dah ni, nanti Mr Sydney cari pula” ujar Umairah seraya menarik lengan Ruby. Lega rasa hati bila tiba-tiba Ruby muncul, kurang rasa debaran di hati.

Hazrul Haizan, mengekor langkah Umairah dan Ruby, kemudian berhenti di mesin bayaran parking. Dipandang Umairah dengan tajam, cuba menganalisa tingkah laku Umairah yang telah banyak berubah. “Abang, Mairah balik dulu, nanti kita jumpa lagi, banyak perkara yang Mairah perlu kongsi dengan abang” terus terang Umairah kepada Hazrul Haizan.

Hazrul Haizan memandang Umairah seraya berkata “Abang akan tunggu masa itu, jika dinda dah bersedia nak bercerita dengan abang cakap sahaja, abang sudi mendengar cerita dari sayang”. Ruby yang mendengar bait-bait kata Hazrul Haizan senyum kambing. Umairah memandang mata Hazrul Haizan mencari keiklhlasan kata-kata yang disebut oleh Hazrul Haizan.

“Baik abang, Mairah balik dulu, Assalamualaikum” kedengaran sayu ucap Umairah. Hazrul Haizan mengangguk sambil memandang Umairah dan Ruby yang berlalu meninggalkannya.

Usai selesai segala tugasan, perlahan-lahan Umairah menutup suis monitornya. Dipandang kiri dan kanan, memastikan kelibat Mr Sydney tiada di situ. Dengan hati-hati Umairah berjalan menuju ke pintu keluar, Mandy dan Ruby mengekor dari belakang.

Faster...faster before Mr Sydney catch us...” ujar Ruby, kakinya laju menuruni anak tangga setinggi tiga tingkat itu. Asyik menuruni anak tangga, tiba-tiba mereka bertiga bertembung dengan Mr Sydney di tingkat dua, panjang jodoh mereka bertiga. Mr Sydney memanggil Umairah, Mandy dan Ruby bertanya pasal status eSMR sebelum membenarkan mereka bertiga pulang. Umairah dan Mandy menahan ketawa melihat muka Ruby yang terkejut beruk ketika bertembung dengan Mr Sydney. Nasib badan mempunyai boss yang bossi. Kemana saja mesti ada halangannya. Kalau boleh dia mahu pekerja di bawahnya bekerja 24 jam untuknya.

Usai memberhentikan kereta ASX , Umairah segera mendapatkan Syed Uqail Hakimi yang masih lagi berada di dalam keretanya. “Assalamualaikum...boleh tumpang duduk” bisik Umairah setelah dibuka pintu kereta di bahagian pemandu. Syed Uqail Hakimi menjawab salam isterinya di dalam hati. Dipandang wajah isterinya dengan pandangan yang tajam. “Boleh!”  ditarik Umairah rapat ke arah dirinya. Umairah melabuhkan punggungnya ke atas peha Syed Uqail Hakimi.

“Abang, malulah, jiran nampak”bisik Umairah memandang muka suaminya yang kelihatan sangat lain. Muka yang manis kini bertukar menjadi garang.

“Miow..miow”ujar Umairah perlahan, sambil menyapu muka suaminya dengan kedua belah tapak tangannya. Syed Uqail Hakimi memejamkan mata merelakan setiap perbuatan isterinya. Dadanya mula memainkan irama tidak senada. “Godaan apakah ini?” bisik Syed Uqail Hakimi di dalam hati.

“Aummmm....”tiba-tiba Syed Uqail Hakimi membuka mata dan mengaum di depan muka Umairah yang hanya beberapa inci dari mukanya. Ganas!. Seram Umairah dibuatnya. Melihat wajah Umairah yang merona merah, Syed Uqail Hakimi ketawa terbahak-bahak. Rasa lucu bergurau begitu dengan Umairah. Umairah yang geram dengan sikap suaminya mencubit lengan Syed Uqail Hakimi kemudian bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.Syed Uqail Hakimi hanya memandang Umairah dari ekor mata. Rasa bahagia menjalar ke seluruh salur darah.

Mengucupi ubun-ubun isteri sudah menjadi kewajiban Syed Uqail Hakimi selepas tamat solat berjemaah. Dipandang wajah Umairah dalam dengan pandangan yang sayu dan redup.
Sweetheart keluar dengan siapa tadi?” pertanyaan yang membuatkan Umairah terkedu tidak tahu ingin bereaksi bagaimana. Dari tadi Syed Uqail Hakimi memendam rasa, rasa lega bila terluah pertanyaan itu.

“Dengan Ruby”jawap Umairah. Matanya memandang wajah suaminya, berharap suaminya dapat menerima jawapan yang diberi. Degupan jatuh Umairah menjadi tidak tentu hala.

Really, siapa lelaki itu?”tanya Syed Uqail Hakimi masih memandang Umairah yang melarikan matanya memandang ke lantai.

“Lelaki mana pula ni?”tanya Umairah kembali, ingin lari tajuk. Perut dah kecut, rama-rama di perut Umairah pengsan mendengar pertanyaan dari Syed Uqail Hakimi.

“Jangan ingat abang tak nampak, abang belum buta lagi”jelas Syed Uqail Hakimi, sinis bunyi di pendengaran Umairah, jari jemarinya memegang dagu Umairah, berharap Umairah memandang matanya apabila menjawab soalan yang di ajukan.

“Abang nilah, nak marah-marah pula kenapa? jealous” tanya Umairah kembali, lari tajuk. Ada getaran pada suara Umairah.

Yes i am. You are my wife, the only my wife, memang abang jealous, sebab abang sayangkan Sweetheart. Sweetheart please respect abang as your housband. If you want go anyway outside office and home, let me know. Fullstop”jelas Syed Uqail Hakimi tegas. Matanya merenung tajam ke dalam mata Umairah. Berharap isterinya memahami perasaan yang dirasai olehnya sekarang.

“Errr...abang ni kan spoil mood  Mairah nak bermanjalah... baru nak baik-baik dengan abang dah abang macam ni”ujar Umairah, ingin mengurangkan rasa tegang, perlahan-lahan Umairah merebahkan diri, meletakkan kepalanya di atas riba Syed Uqail Hakimi. Terkejut Syed Uqail Hakimi melihat reaksi isterinya, dilayan sahaja perangai positif isterinya. Mata tahukan rezeki dia malam ini.

“Macam mana? Macam mana? Sayang bini oiii.. nampak dengan lelaki lain marahlah..jealous, kalau kasi tahu tak pelah, ini entah siapa-siapa entah...kalau kena kidnap ke? Macam mana? Abang yang gigit jari tau.Bukan senang nak kahwin sebab wasiat tau. Nasib baik ayah kasi wasiat kahwin dengan Umairah, kalau tidak kepunan abang” Jari jemari Syed Uqail Hakimi laju mencuit hidung mancung Umairah. Wajah Umairah merona merah bertambah dengan hidungnya juga merah bekas tarikan suaminya.

“Abang ni tak habis-habis dengan kepunannyer, memang gatal lah”pantas jari jemari Umairah menarik hidung Syed Uqail Hakimi.

“Aiii... memanglah abang gatal, dengan isteri abang kot, karang abang gatal dengan Ms Desperate karang, ada orang lari balik kampung” seloroh Syed Uqail Hakimi sambil membelai rambut Umairah setelah Umairah membuka telekungnya. Di bibir terukir senyuman yang sangat manis. Kebahagiaan di saat ini seperti terukir di wajahnya.

“Eeeeiiii.. abang ni kan, memang saja buat Mairah sakit hati”laju Umairah mencubit peha suaminya. Syed Uqail Hakimi mengaduh manja.

Hey, Mrs Uqail, abang ni lagi sakit tahan nafsu yang satu ni. Setiap kali jumpa sweetheart abang nampak...” terus terang Syed Uqail Hakimi kepada Umairah yang masih baring di atas ribanya. Jari jemari Umairah mengulus lembut bulu roma di lengan suaminya.

“Abang nampak apa? Abang jangan nak mengada” cepat Umairah menyambung. Tidak sanggup mendengar ayat selebihnya dari mulut Syed Uqail Hakimi.

“Memey kena ngadolah mek..oiii...abang nak goda isteri abang ni” bertukar dialeg kelatan tiba-tiba dari mulut Syed Uqail Hakimi. Umairah ketawa terbahak-bahak.

“Isteri abang memey dah tergoda, tapi tunggu syarat lah yer...jangan gopoh sangat, debor ni... sabar sikit deh... boleh tak?” sambung Umairah dengan dialek Kelantan broken nyer. Matanya memandang tajam ke dalam mata suaminya. Berharap suaminya memahami maksud hati.

“Sudi katakan sudi, tidak ku ternanti-nanti...”bisik Syed Uqail Hakimi ke telinga Umairah. Seraya mencium ubun-ubun isterinya.Rentak jantung bertukar lagu. Seram!.

“Mr Uqail, saya memang sayang awak dunia dan akhirat”perlahan ucap Umairah, tapi jelas di pendengaran Syed Uqail Hakimi. Makin lebar senyuman di bibir, dalam hati penuh bunga-bunga cinta, macam tidak percaya si isteri menyucapkan kata keramat itu. Bermakna dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Syed Uqail Hakimi mengkelipkan matanya beberapa kali “Apa? Apa? Sekali lagi, macam tak berapa dengar” bisik Syed Uqail Hakimi ke telinga Umairah. Beremang naik bulu roma Umairah. Seram!

Tiba-tiba sahaja Umairah bangun dan duduk di hadapan Syed Uqail Hakimi. “Auuummmm....” di cakar manja lengan Syed Uqail Hakimi. Kemudian melentukkan kepalanya ke bahu Syed Uqail Hakimi.

“Amboi ganas tu, mioowww...”patah Syed Uqail Hakimi, saja mengusik isteri tersayang. Jantungnya betul-betul rasa mahu meletop, tidak tahan digoda isteri sendiri.

Umairah masih mengulus lembut bulu roma Syed Uqail Hakimi“Abang nikan, lawak lah” perlahan Umairah berbisik. Mahu bermanja dengan suami sebelum Syed Uqail Hakimi berangkat esok pagi.

“Yelah, kenalah hiburkan hati isteri yang asyik monyok je asyik kena marah dengan Mr Sydney jer, nanti terkenan pula.” Ulas Syed Uqail Hakimi memandang isterinya. Dicium lagi ubun-ubun isterinya. Harum bau rambut isterinya begitu membuai belaian asmaranya. Perlahan-lahan dia merangkul pinggan Umairah erat.

Bisik Umairah, kedengaran getaran dalam nadanya “Nak terkenan apanyer”

“Terkenanlah...apa-apalah” Di gengam erat jari jemari Umairah. Sejuk. “La hai, macam berani , rupanya penakut. Sejuk macam ais batu tangannya”bisik Syed Uqail Hakimi. Dia menyimpan rasa tawa di hati. Tidak mahu pesona asmaranya terganggu. Lama Syed Uqail Hakimi mengosok tangan Umairah menyalurkan haba. Kesian dekat isteri yang seram sejuk. Takut!.

Kedengaran suara Umairah membelah kesunyian “Abang, esok Mairah cuti. Mairah hantar abang pergi airport ye”

“La... kenapa susah-susah, tapi abang suka, terima kasih sayang” sekali lagi ubun-ubun Umairah dicium. Geram!

Tiba-tiba Syed Uqail Hakimi melepaskan rangkulan pada pinggan Umairah. Dia bangun menuju ke hujung katil, di ambil teady bear yang besar hampir tinggi dengan Umairah, kemudian dihulurkan kepada Umairah. “Nah, teman ganti abang, sepanjang ketiadaan abang, jika rindu peluklah... yer” Umairah menyambut dengan malu-malu, bertambah rasa bahang di pipi.

“Wow! Besarnya. Thanks”senyum lebar di bibir Umairah. Kemudian berlalu keluar dari bilik Syed Uqail Hakimi.

“Nak kemana tu?”tanya Syed Uqail Hakimi hairan melihat Umairah keluar dari bilik utama itu.

Umairah memandang suaminya hairan.”Abang, Mairah balik bilik Mairah lah, Mairah nak mandi bersihkan diri sebelum Isyak. Tadi sampai rumah kan dah azan. Terima kasih yer” kemudian berlalu ke biliknya.

Sweetheart, nak abang temankan” Syed Uqail Hakimi memandang Umairah dengan seribu pengharapan, Umairah buat tidak tahu.

“Eeeeii gatal” berlari Umairah masuk ke dalam biliknya.

Jerit Syed Uqail Hakimi dari ruang tamu“Gatal dengan isteri dapat pahala...ingat tu... dapat pahala...” tersembur ketawanya melihat isterinya yang selalu saja dengan alasan yang pelbagai.

Lama menunggu Umairah bersiap di ruang sofa, Syed Uqail Hakimi melangkah ke bilik Umairah. Dikuak perlahan-lahan pintu bilik Umairah yang tidak berkunci. Mengintai dari muka pintu, Umairah tidak ada di dalam bilik. Kedengaran bunyi panjuran air dari dalam bilik mandi. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik isterinya itu. Diduduk di birai katil Umairah. Matanya terpandang sekeping kad yang berada di atas meja solek. Laju tangan Syed Uqail Hakimi mencapai kad tersebut lalu dibaca. “Huh! Finally he is back, jangan harap aku akan lepaskan isteriku...no way man...langkah mayat ku dulu” bisik Syed Uqail Hakimi geram. Tangannya digengam erat menahan perasaan yang marah. Kad tersebut diletak kembali ke tempat asalnya. Lalu Syed Uqail Hakimi melangkah kembali ke katil Umairah. Di tarik comforter, memboloskan diri ke dalam comforter. Dicapai teady bear dan dipeluknya. Ganti, nak peluk isteri tak dapat, peluklah teady bear.

Usai membersihkan diri,  Umairah segera ke kerusi yang berada di hadapan meja solek, Baru mencapai baju yang telah tersedia di atas kerusi. “Miow...miow...” kedengaran bunyi kucing di dalam biliknya. Dicari sekeliling bilikinya, tiada. Umairah membongkok, mencari di bawah katil pula. Juga tidak kelihatan sebarang kucing. Syed Uqail Hakimi menahan ketawa. Tidak tahan melihat gelagat isterinya di sebalik comforter, akhirnya Syed Uqail Hakimi tertawa terbahak-bahak.

“Ahhh...stress nya, abang, boleh tak jangan usik Umairah macam tu.”bentak Umairah, giginya diketap. Geram dengan perangai nakal suaminya itu.

“Mairah rasa nak bela kucinglah”tungkasnya lagi, matanya merenung tajam Syed Uqail Hakimi. Mulutnya memuncung, betul-betul bengang yang teramat dengan perangai si suami.

“Buat apa nak bela kucing, abangkan ada... belailah abang, nanti abang jealous pula dengan kucing tu”Syed Uqail Hakimi senyum mengoda, dia bangun dari katil, berjalan catwalk perlahan-lahan menuju ke arah Umairah.

“Eeee...abang ni kan, beremang bulu roma Mairah.Seram tau...” Umairah merundur ke belakang dan terus masuk ke dalam bilik air. Cepat-cepat dia menutup pintu bilik air. Mukanya sudah berasa panas, malu dengan diri yang hanya berkemban sahaja.

“Ye lah sweetheart... miowwww” masih belum puas mengusik isteri yang asyik jual mahal.

Sweetheart, cepatlah siap...abang tunggu dalam kereta tau, perut abang dah lapar sangat ni”jerit Syed Uqail Hakimi, sambil melangkah keluar dari bilik Umairah. Umairah di dalam bilik air berdoa panjang, supaya suaminya berhenti menganggunya, sifat nakal suaminya kadang-kadang tidak dapat dijangka oleh Umairah membuatkan dia sentiasa berdebar ketika bersama dengan suaminya.

Makan malam yang begitu indah buat Umairah dan Syed Uqail Hakimi, ringkas tapi tidak kering gusi melihat telatah mamak yang sudi mengajar Umairah membuat teh tarik kegemaran suaminya.
“Ane...kasi ajar isteri saya, itu cara buat teh tarik” Syed Uqail Hakimi bersungguh-sungguh berharap pada mamak yang selalu buat air ketika dia bertandang ke kedai itu.
“Boss, habis tutuplah kedai saya kalau istri encik, buat teh tarik” jawap mamak sambil memandang Umairah. Dilempar senyuman pada Umairah. Umairah membalasnya seikhlas hati.
“Ala...Ane, kasian sama sayalah...ini isteri cantik mau buat teh tarik, nanti malam kalu Ane tak ajar , saya kena tidur luar tau” Syed Uqail Hakimi memandang Umairah, keningnya diangkat, matanya digenyit.
 “Aduh, sakitnya, ketam ke apa ni?” ketawa Umairah melihat gelagat suaminya yang membodek mamak untuk mengajar buat teh tarik.
“Baiklah encik boss, sebab istri encik cantik... saya ajar lah, nanti sudah ajar jangan encik boss tak datang kedai saya pula” setuju mamak. Ditunjuk satu persatu cara membuat teh tarik kepada Umairah, berserta dengan gayanya sekali. Umairah tersenyum riang.
“Ane...jasamu akan ku kenang...” Umairah ketawa, kelakar melihat gelagat suami dan mamak. Malam yang menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan, belajar buat teh tarik secara praktikal dengan mamak restoran depan rumah.

Semakin menarik kehidupan Umairah dan Syed Uqail Hakimi sebagai suami dan isteri. Hari esok masih menjadi tanda tanya kepada Umairah, begitu juga Syed Uqail Hakimi. Terasa malam yang panjang, esok akan menjelang kisah cinta yang tidak tahu pengakhirannya. Kisah cinta, Umairah, Syed Uqail Hakimi, Hazrul Haizan dan Amanda.

Tidur lena Syed Uqail Hakimi terganggu dengan ketukan pintu bilik yang bertalu-talu. Terpisat-pisat dia bangun membuka pintu. Umairah menerkam suaminya sebaik sahaja pintu dikuak, dipeluk suaminya erat, rasa sesak nafas Syed Uqail Hakimi apabila dipeluk sebegitu. Syed Uqail Hakimi terkesima sebentar, merelakan tindak tanduk isteinya.

“Abang, Ok? ada luka tak? Mairah nampak abang kena tembak, banyak darah keluar dari perut” panjang Umairah bercerita, matanya melilau memeriksa badan suaminya.

“Sweetheart, abang ok. Tiada apa-apa berlaku. Jangan cemas sangat. Mari abang hantarkan ke bilik.”tenang Syed Uqail Hakimi menutur kata, dipeluk isterinya di sisi. Perlahan-lahan membawa Umairah berjalan keluar dari biliknya.

“Mairah nak tidur sini, di sisi abang, Mairah takut Hazrul apa-apakan abang.”terkejut Syed Uqail Hakimi mendengar pengakuan Umairah. Terbit rasa cemburu di dalam hati. Peritnya bagai ditusuk duri sembilu.

“Baiklah.” Syed Uqail Hakimi beriringan bersama Umairah berjalan kembali ke biliknya.

“Tidur sayang” rambut Umairah dilurut perlahan-lahan. Dikucup ubun-ubun Umairah di dalam hati berdoa agar hubungan suami isteri yang terbina ini akan kekal hingga ke syurga. Umairah mengiringkan badan memeluk tubuh suaminya erat. Umairah berdoa agar dia diberi kesempatan untuknya hidup dengan Syed Uqail Hakimi hingga ke syurga.


Sweetheart, semoga ini permulaan kita untuk bersatu...Amin”bisik Syed Uqail Hakimi di telinga Umairah. Umairah lena dalam pelukkannya.

1 comment: