Saturday, December 28, 2013

Bab 21 : My Sweetheart Isteriku

Bab 21

“Assalamualaikum kak Cinta, boleh tolong ambil Zarra di Pudu Raya, Zarra dah nak sampai dah ni” laju Munirah berkata-kata. Tidak sempat Umairah membalas walaupun hanya salam.
“Waalaikum salam adik ku, Pudu Raya? Panjang adik berceloteh tak sempat akak nak balas” sambung Umairah setelah Munirah berhenti berbicara.
Sorry kak Cinta, macam keretapi pulak yer...sorry..sorry... yer, Zarra dah nak sampai Pudu Raya dah” ujar Munirah sambil ketawa sopan. Kedudukan bas yang dinaiki sudah sampai ke di Tol Jalan Duta.Biasanya bila sampai di Tol Jalan Duta Munirah akan menelefon sesiapa untuk mengambilnya.
It’s ok, dik. Ok akak gerak sekarang. Nanti call akak balik kalau dah sampai.” Pesan Umairah, risau jika apa-apa berlaku kepada adiknya yang seorang itu.
Dari Sungai Ramal, Umairah laju memandu kereta menuju ke pusat bandar, hairan menerjah di fikirkan kerana tiba-tiba sahaja adiknya Munirah datang ke Kuala Lumpur padahal sudah beberapa kali Umairah mengajak Munirah datang ke kediamannya tetapi selalu Munirah menolak dengan alasan tiada orang yang akan menyelesaikan tugasan di pejabat membantu ayahnya. Tapi kali ini, tiada angin, ribut atau hujan, tiba-tiba menghubunginya dan memaklumkan dia dalam perjalanan ke sini. Bunyi deringan telefon menyedarkan Umairah dari angannya. Segera dia mendapatkan handphone yang terletak di sebelah kerusi penumpang.
“Assalamualaikum...”ucap Umairah lembut.
“Akak, Zarra dah sampai”laju Munirah memberitahu.
“Ok, Zarra tunggu akak kat depan Mydin boleh?”pinta Umairah yang masih meneruskan pemanduan.
“Ok kak” sekali lagi laju Munirah menjawab.
“Take Care” ucap Umairah sebelum mematikan talian dan focus kepada pemanduannya.
Kesesakan di Pudu Raya menyumbang kepada kelewatan Umairah tiba di destinasi.Nasib baik ada abang polis trafic ada mengawal lalu lintas. Munirah menekur memandang jalan raya, Umairah yang telah sampai di hadapan Munirah melambai-lambai tangan ke arah adiknya. Melambai tidak jalan, Umairah menurunkan cermin kereta di bahagian penumbang dan menjerit memanggil nama adiknya sambil melambai-lambai tangan ke arah Munirah. Munirah yang hayal memandang warga kota yang mundar mandir di hadapannya memandang ke arah suara yang menyeru namanya. Terukir senyuman di bibir apabila memandang ke arah Umairah. Laju-laju Munirah berjalan mendapatkan kakaknya.
“Menung apa?” tanya Umairah sambil tersenyum kepada adiknya, tangan dihulur dan disambut Munirah. Munirah menyalami tangan kakaknya, kemudian memeluk kakaknya.
Sambil ketawa Munirah menjawab“Bukan menung kak Cinta, ralit tengok gelagat warga kota yang macam-macam gaya.Gaya pelik yang Zarra tak boleh tahan tu, kelakar betul manusia sekarang”
“Baru tahu ke? Manusia akhir zaman ni memang pelik-pelik, jadi....jadilah orang yang biasa-biasa yang tidak menimbulkan attraction pada manusia lain” ujar Umairah seakan memberi ceramah. Munirah hanya mengangguk mengiyakan sahaja kata kakaknya itu.Meraka tersenyap seminit menghayati lagu nyanyian Opick berjudul Rapuh yang berkumandang di radio. Lagu kegemaran Umairah.
“Kak Cinta, nanti pergi Jakarta tolong belikan telekung dan kain sulam untuk Zarra yer” pinta Munirah tiba-tiba membelah kesunyian. Umairah yang sedang focus memandu memandang Munirah yang berada di sebelahnya dengan pandangan yang terkejut.
“Jakarta?!” tanya Umairah terkejut .
“Abang Kimi, cerita pada baba, minggu depan lepas balik dari Cambodia, dia nak bawa akak pergi Jakarta honeymoon...amboi akak senyap-senyap je yer, kenapa tak kasi tahu Zarra?” terang Munirah sambil memulangkan soalan kepada Umairah.
“Abang Kimi call baba? Selalu ke?” tanya Umairah terkejut, tidak menyangka bahawa suaminya memaklumkan hal mereka berdua kepada ibubapanya.
“Apalah akak ni, relaks lah, macam cuak jer, ada apa-apa yang Zarra tak tahu ke?” tanya Munirah kembali tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh kakaknya.
“Adik, akak tanya jawablah...ini adik tanya akak balik dengan soalan buat apa. Cuba cerita selalu ke abang ipar ke sayangan adik tu call baba?” tegas Umairah bertanya kembali kepada Munirah, ada sedikit getaran dalam jiwanya. Di hati kecilnya berharap suaminya tidak bercerita masalah rumah tangga yang dihadapinya sekarang. Kalau tidak malunya hanya tuhan yang tahu.
“Akak ni janganlah serius sangat. Tak de lah selalu, seminggu adalah sekali. Tapi akak janganlah risau suami akak tu tak bercerita pasal hal rumah tangga akak pun. Takut sangat. Ni mesti sebab abang Hazrul dah balik kan?” bebel Munirah kepada kakaknya. Mendengar nama Hazrul disebut oleh adiknya Umairah mengerutkan dahinya, kemudian memandang ke arah Munirah memohon adiknya bercerita dengan selanjutnya. Niat dihati hendak terus balik rumah, tapi Umairah membatalkan niatnya dan mengambil laluan menuju ke KLCC yang berada di jalan Ampang.
“Zarra jumpa abang Hazrul kat office baba, he submitted tender on behalf his father, Dato Harith”
Then...” tanya Umairah ingin mengetahui cerita dengan lebih lanjut.
“Dia tanya pasal akak.” Sambung Munirah memandang wajah Umairah, ingin dia melihat reaksi kakaknya.
“Apa Zarra cerita” tanya Umairah lagi. Cuak! Getaran jiwa mula menyanyikan lagu tak seiraman. Rasa sakit dada sebelah kiri tiba-tiba menerpa.
“Zarra cakap, akak kat Bangi je lah.Kemudian dia cakap, dia belum jumpa akak lagi. Itu je” cerita Munirah sambil tersenyum nakal apabila melihat wajah kakaknya yang berubah tiba-tiba.
“Oooo...Zarra tak cerita yang akak dah kahwin?” tanya Umairah lagi, leka mendengar penjelasan dari adiknya.
“Tak sempat nak cerita sebab baba panggil dia bincang pasal projek baru” jawab Munirah lagi.
“Dia dah tahu akak dah kahwin, baru kejap ini, abang Kimi yang beri tahu, akak tak sempat nak explain kat Hazrul pun dah terkantoi, Tuhan memang maha Adil lah... akak pun tak sure sebenarnya sampai bila akak nak simpan rahsia status diri akak. Nasib baik en suami yang beri tahu”terus terang Umairah. Munirah yang mendengar penjelasan dari kakaknya mempamerkan sedikit rasa terkejut.
Meaning...  what you are trying to say is, abang Kimi introduce you as his wife to abang Hazrul?” tanya Munirah penuh minat ingin mengetahui perihal kakak dan suaminya. Rasa tidak sangka cerita kakaknya sama seperti drama di TV.
“Yup, akak rasa nak pengsan waktu tu, but then akak manage to explain to Hazrul” cerita Umairah lagi penuh perasaan. Rasa sebak menyelubungi dirinya.
“Ok... akak ni kan seharusnya kena terus terang dengan abang Hazrul, bukan keep it as a secret” bebel Munirah kepada kakaknya, menyuarakan rasa ketidak puasan hati terhadap tindakan yang diambil oleh kakaknya.
“Bukan nak rahsia, tapi tak sempat nak explain dah terkantoi” jelas Umairah kepada Munirah, dengan harapan adiknya memahami situasi yang dihadapi ketika ini.
“Abang Kimi tahu ke? Abang Hazrul is someone in your life?” tanya Munirah lagi. Pelbagai persoalan tiba-tiba menerjah ke kotak fikiran setelah mendengar cerita dari kakaknya.
“Akak rasa dia tahu, sebab dia kata nanti dia ambil nombor handphone abang Hazrul kat akak”cerita Umairah lagi penuh kesedihan. Munirah yang mendengar cerita dari kakaknya terkejut, tidak sangka abang iparnya bijak menyatakan sesuatu yang tersirat.
“La yer ke? Meaning abang Kimi tahu abang Hazrul tu someone in your life.” soal Munirah lagi, seperti memahami apa yang dirasai oleh abang iparnya dan kakaknya. Umairah diam berfikir. Pandangannya masih ke arah jalan raya yang terbentang di hadapan mata. Fikirannya melayang ke peristiwa semalam ketika di baru selesai mandi.
Tiba-tiba Umairah bersuara “Eh!...oh ya lah...akak rasa dia baca kad yang abang Hazrul kasi kat akak lah...oh my God! Mesti dia sedih.”
“Kad  apa Kak?”tanya Munirah penuh minat, kisah hidup kakaknya yang begitu menarik untuk didengari.
“Abang Hazrul proposed akak .Dia beri akak kad, asking me to  marry him. Tapi kan abang Kimi tak nampak macam sedih pun. Pandai dia sembunyikan perasaan dia. “ ulas Umairah tenang, tubir matanya masih bergenang dengan air mata. Rasa bersalah makin bertambah di dalam jiwa. Merasai dirinya sangat teruk memperlakukan Syed Uqail Hakimi sedemikian rupa.
No wonder, dia minta tolong Zarra temankan akak, rupanya ada udang di sebalik mee. Akak ni memang cari penyakitlah” bebel Munirah tidak puas hati dengan tindakan kakaknya.
Why me? Akak kahwin sebab baba dan ibu. Hati akak masa itu ada pada abang Hazrul” terang Umairah kepada Munirah dengan harapan Munirah tidak menyalahkan dia dengan segala pekara yang berlaku.
Meaning... hati akak sudah di miliki oleh abang Kimi ke sekarang?Wah! bagus, bila boleh tambah umat Muhammad lagi ni?” gurau Munirah apabila memandang wajah kakaknya yang sedikit tegang.
“Tak de kaitan lah” jawab Umairah, jari jemarinya sudah sampai ke pinggang Munirah untuk digeletek, tapi sempat di tepis oleh Munirah. Mereka ketawa kelakar dengan gelagat masing-masing.
Munirah memandangan wajah Umairah yang sudah merona merah.“Apa pula...mestilah ada kaitan perempuan plus lelaki with feelings should equals to new genaration of  Umairah and Hakimi, ok apa kak Cinta? Nice kan?” usik Munirah. Keningnya diangkat beberapa kali, kemudian ketawa melihat wajah kakaknya yang malu-malu.
“Banyaklah pula nice, i am worried he is hurt because of me” ujar Umairah. Kali ini di berjaya mencuit pinggang Munirah.Munirah menjerit kecil apabila kakaknya melakukan begitu.
“Apalagi kak, misi mengodalah...goda sampai dia lupa yang akak pernah sakitkan hati dia. Zarra tak sabar nak timbang anak sedara ni” terus terang Munirah dengan aksi yang beria-ria berharap anak saudara dari Umairah dan Uqail.
“Apa kaitan pula dengan mengoda?” Umairah buat-buat tak tahu.
“Yerlah, akak dah bazir masa banyak,sakitkan hati dia, ini kali balas budi lah” usik Munirah lagi. Kemudian ketawa berdekah-dekah melihat wajah akaknya kelat dan makin merona merah.
“Hello....budi apa pula ni?” tanya Umairah sambil tangan kirinya mencekak pingang dan tangan kanannya memegang streng kereta.
“Akak ni, tiba-tiba sengal pula. Akak fikir sendiri, kalau Zarra cerita nanti akak malu pula. Dah lah macam Zarra pula yang dah kahwin.”jawab Munirah ingin melihat reaksi kakaknya yang malu apabila menyentuh hal suami isteri.
“Eleh! Perasaan. Akak ni lain kes. Dah lah..lets talk about you ” ujar Umairah ingin menukar tajuk. Pandai pula Munirah menyucuk jarum ingin menhangatkan lagi asmara yang baru bermula diantara dia dan suaminya.
“Eeee...ambil kesempatan nak tukar tajuk pulak, korek cerita orang”ujar Munirah, kemudian mencucuk pinggan Umairah yang sedang memandu.
“Bukan kesempatan, tapi ambil berat...sharing is caring kan?” ujar Umairah sambil tersenyum. Keningnya diangkat beberapa kali.
“Hari ini hari akak, Zarra tak nak cakap tentang Zarra... Zarra nak dengar cerita tentang akak dan suami akak, abang Kimi, jangan nak lari tajuk yer.” Bebel Munirah sambil ketawa kepada kakaknya.
Kereta ASX yang dipandu Umairah membelok masuk ke parking kereta KLCC. Munirah yang terpandang signboard “Parking KLCC” bertanya kepada Umairah.
“Kak Cinta nak pergi KLCC ke?”tanya Munirah pendek, hairan apabila kakaknya membelok kereta ke arah KLCC.
“Yup ” jawab Umairah pendek. Matanya melilau mencari parkir yang kosong.
“Akak nak pergi shopping ker?” tanya Munirah lagi, gaya orang dalam kebingunggan. Mana tidaknya ingatkan mahu terus balik ke rumah, tapi singah pula di sini
“Yup, tiba-tiba rindu pada encik suami, macam nak belikan something untuk dia lah” terang Umairah kepada adiknya sambil tersenyum. Dalam hati ada bunga. Alang-alang lalu di depan KLCC ambil peluang untuk mencari barang untuk suami yang berada di perantauan.
“Amboii...romantiknya” ujar Munirah, matanya bercahaya memandang wajah kakaknya yang gembira. Munirah juga turut gembira melihat kakak yang tercinta bahagia sekarang. Bila terkenang ketika awal perkahwinan kakaknya dahulu yang hampir musnah angkara orang ketiga Munirah rasa bangga dengan perubahan yang berlaku di antara kakaknya dan suami.
“Skill mengoda yang pertama” bisik Umairah sambil tersenyum. Munirah menjungkit bahu tanda geli geliman melihat gelagat kakaknya.
“Eeeeeiii... mengada akak nie”bisik Munirah kembali. Umairah tersenyum kemudian menjelir lidah kepada adiknya.
“Eeeeeiii...akak nilah...macam budak-budak” Munirah mencubit pipi Umairah. Umairah yang sedang memandu mengaduh kecil.
“Akak, tu ada satu kosong” dalam mencubit orang cekap mata Munirah memandang parking yang kosong. Cepat-cepat Umairah memutarkan streng ke arah paking yang kosong.
Usai parking kereta di tempat sepatutnya Umairah menarik handbag pemberian suaminya ke atas bahu. Munirah hanya memandang tindakan kakaknya itu. Sekilas pandang tiba-tiba Munirah bersuara “Kak Cinta, new handbag yer? Coach lagi, memang class lah akak ni”
“Yerlah sangat class nyer, tiada maknanya, Zarra punya mana? Dia punya koleksi lagi hebat kot” balas Umairah, matanya memandang bag tangan adiknya yang berada di atas riba.
“Emmm...akak ni kan, ada je jawapanya, cantik beg akak, Zarra sukalah very nice” ulas Munirah sambil memegang handbag Umairah.
“Handbag ni, en suami yang beli” jawab Umairah pendek. Tidak sempat mengulas lanjut, Munirah menepuk peha kakaknya.
So sweet, bestnya, Zarra nak juga” renggek Munirah manja. Umairah yang geram melihat reaksi adiknya yang sentiasa manja dengannya menarik hidung Munirah. Munirah mengaduh kesakitan. Umairah ketawa melihat telatah adiknya yang disayanginya itu. Rasa bahagia mempunyai adik yang dianggap kawan baiknya.Keluar dari kereta menuju ke pintu lif, sempat Munirah bertanya lagi kepada kakaknya.“Akak nak beli apa?”
“Entah, akak tak sure, akak tahu dia suka minum teh tarik and makan japanise food,emmm” jawap Umairah perlahan, terserlah banyak perkara yang dia tidak tahu pasal suaminya. Rasa sebak tiba-tiba meresap ke dalam jiwa. Terasa sangat dirinya telah membazirkan waktu. Sepatutnya masa yang ada diambil untuk mengenali hati budi masing-masing.
“Lorr, kahwin punya lama itu jer akak tahu, teruknya. Akak ni isteri dia ke apa?” ujar Munirah kepada Umairah. Sedikit kasar tapi bagi Umairah adiknya hanya berlawak dengannya.
The answer is “Apa”” Umairah tersenyum kemudian mencebik bibir.
“Eeee...orang seriuos akak main-main, meaning...???” marah Munirah manja.
“Isteri atas kertas. Kawan serumah only”bisik Umairah sebelum melangkah masuk ke dalam lif yang terbuka di hadapan mata. Nasib mereka baik, lif itu kosong boleh mereka berbual sesuka hati.
Munirah terkejut apabila mendengar pengakuan kakaknya. “Eeee...kejamnya...kot...ibu tahu kena tazkirah lah nampaknya, akak bukan tak tahu ibu macam mana” bebel Munirah mengingatkan Umairah tentang apa yang telah Umairah lakukan adalah sesuatu yang tidak baik.
What to do, lumrah lah” ujar Umairah lagi, ingin membela nasib diri dari terus dipersalahkan oleh adiknya.
Meaning?”ujar Munirah tidak faham. Perlu penjelasan seterusnya dari kakaknya.
Last time,i was not in love with him and so does he” jelas Umairah dengan harapan Munirah akan faham situasi dirinya yang terpaksa berkahwin di sebabkan wasiat.
He loves you a lot kak Cinta, sejak dulu lagi” ujar Munirah perlahan. Sebak rasa hati bila Umairah terus terusan salah faham begini.
He got griendfriend , He already has a girlfriend...i don’t think he love me” perlahan Umairah berterus terang, terasa dirinya sangat sebak bila mengingati peristiwa dulu.
“Kak Amanda?” sebut Munirah, membuatkan Umairah berhentikan langkahnya dari terus berjalan.
Ms Desparate” ujar Umairah dengan nada geram. Munirah tersenyum melihat telatah kakaknya itu.
But he married you, He love you.”jawab Munirah sambil memandang tepat ke anak mata Umairah
“Ala..kita tukar topiklah, akak peninglah cerita kisah hidup akak. Akak cuma nak kasi tahu Zarra, akak dah boleh terima abang Kimi sebagai suami akak sepenuhnya.” Jelas Umairah, menarik nafas lega. Rasa hilang bebenan yang dipikul.
“Ok..Ok..baguslah kalau akak dah boleh terima suami akak. Jangan sia-siakan perkahwinan ini akak. Cari pahala sebanyak mungkin melalui hubungan yang halal ini.”ujar Munirah kepada Umairah. Mereka kembali mengatur langkah menuju ke deretan kedai yang berada di dalam KLCC.
So any suggestion nak beli apa yer?” tanya Umairah bingung. Tidak tahu hadiah apa yang mahu di hadiahkan kepada en suami.
“Beli something yang dekat di hati”cadang Munirah.
“Apa? akak buntu ni. Tak tahu nak beli apa. Nak beli apa yer?” Umairah mengaju soalan kembali kepada Umairah.
“Akak beli jam tangan,ok tak? Every time dia tengok jam, dia sure ingat akak. Ok tak?”jelas Munirah terhadap cadangannya.
Good idea, jom” ajak Umairah sambil menarik tangan Munirah masuk ke kedai jam yang berada tidak jauh darinya.
Usai membeli jam Tissot T Touch untuk Syed Uqail Hakimi, Umairah segera membawa Munirah menuju ke Starbuck , banyak cerita yang mahu diceritakan kepada adiknya yang merangkap sahabatnya juga.Munirah hanya mengikut sahaja rentak kakaknya itu.

Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi di luar Starbuck, Munirah tiba-tiba bersuara kepada kakaknya “kakak Cinta...tahu tak? Bertapa sayangnya abang Kimi kepada akak, siap telefon adik suruh jaga kak Cinta, baguslah suami akak tu. Abang ipar adik yang terbaik.Akak jagalah abang Kimi tu baik-baik”puji Munirah tetang abang iparnya dengan harapan akan bertambah kasih Umairah kepada suaminya. 

4 comments: