Monday, October 21, 2013

Bab 12 : My Sweetheart Isteriku

Bab 12

Cuaca senja yang mendamaikan dan menyejukkan hati Umairah. Kisah tengah hari tadi masih segar terpahat di kepala. Sikap Syed Uqail Hakimi yang melayani dirinya dengan baik menarik hatinya untuk lebih mengenali hati budi suaminya itu. Umairah mengakui ada sedikit rasa tidak puas hati dengan kehadiran Ms Desparate. Tapi dia masih tidak boleh berterus terang dengan suaminya. Memberi masa untuk dirinya dan Syed Uqail Hakimi memperbetulkan apa yang telah berlaku sebelum mereka diijab adalah perkara yang perlu dilakukan.

Lama Umairah memandang ke keluar jendela. Kehadiran Syed Uqail di belakangnya tidak disedari. Perlahan-lahan Syed Uqail Hakimi menghampiri Umairah, dipeluk Umairah dari belakang. Umairah yang sedang khusyuk mengamati panorama senja terkejut dan tidak semena-mena Syed Uqail Hakimi terkena flying kick dengan siku Umairah, tidak sempat Syed Uqail Hakimi mengelak terkena batang hidungnya yang mancung.

“Auuwwwcchhh…sakitnya” jerit Syed Uqail kecil.

Umairah yang tersedar, menepuk dahi, dengan gopoh gapah dia mendapatkan Syed Uqail Hakimi yang memegang hidung. Ditarik ke bawah jari jemari Syed Uqail Hakimi, jari jemarinya pula mengambil tempat mengusap-usap lembut hidung suaminya. Di bibir tidak putus meminta maaf kepada suami.

“Abang, sorry Mairah tak sengaja. Sorry abang..”

Syed Uqail Hakimi dengan pantas menarik balik hidung manjung Umairah. “Nah! Ambil balik” disulam dengan ketawa Syed Uqail Hakimi terbahak-bahak apabila melihat muka Umairah merona merah. Dia kemudian lari dari Umairah, berlaku kejar-kejaran antara Umairah dan suaminya. Umairah berjaya mencapai pinggang Syed Uqail Hakimi. Ditarik Syed Uqail Hakimi rapat ke badannya. Syed Uqail Hakimi memalingkan badannya mengadap Umairah dipandang mata Umairah dengan pandangan yang tajam. Umairah menekur memandang lantai, tidak mampu membalas pandangan suaminya yang umpama helang yang laparkan makanan. Perlahan-lahan Umairah melepaskan pautan pinggan suaminya.

“Kenapa lepaskan? Abang selesa sweetheart peluk abang macam ini.Bukan senang sweetheart nak peluk abang..”

Umairah mengundurkan langkahnya ke belakang, Syed Uqail Hakimi menturuti langkah itu, matanya masih memandang tajam ke arah Umairah. Degupan jantungnya yang berdebar bagaikan jatungnya sudah melayang keluar. Umairah melangkah mengundur ke belakang tanpa henti, perasaan seram menyelubungi diri apabila melihat pandangan Syed Uqail Hakimi masih memandangnya tanpa berkedip. Hinggakan Umairah terjatuh di atas sofa.

“Abang…sorry..Mairah tak bermaksud” bergetar suara Umairah. Takut jika suaminya memperlakukan apa-apa kepada dirinya.

Syed Uqail Hakimi tertawa terbahak-bahak. Membawa bibirnya ke teliga Umairah, dia berbisik ke teliga Umairah perlahan dan penuh mesra“Tahu takut, dah maghrib ni? Sweetheart boleh solat tak? Jom berjemaah.Dapat juga pahala berjemaah.”

Beremang bulu roma Umairah dengan tindakan suaminya.
“Boleh, sekejap Mairah ambil wuduk”
Cepat dia bangun dari sofa, menuju ke biliknya.

Sejadah sudah sedia terbentang di belakang Syed Uqail Hakimi. Umairah melangkah laju mengambil tempat. Bacaan solat suaminya menbuaikan rasa khusyuk ketika menghadap Illahi. Usai memberi salam Syed Uqail Hakimi mengangkat tangan berdoa. Umairah juga mengikut.

BISMILLAHIRRO'HMANIRRO'HIM

Yaa Rabbiii…
Jadikanlah isteriku isteri yang taat menjalankan perintah-Mu, dan tegas meninggalkan larangan-Mu. Jadikanlah dia (Sharifah Umairah Hasanah) isteri yang taat kepadaku dalam perjalanan mengapai redha-Mu. Jauhkanlah dia (Sharifah Umairah Hasanah) dari sifat-sifat buruk dan jahat, dari sifat ujub dan khianat, dari sifat zalim dan fasik, dan sifat-sifat yang mendatangkan murka-Mu. Jadikanlah diam(Sharifah Umairah Hasanah) isteri solehah, sebaik-baik perhiasan dunia bagiku. Jadikanlah dia  (Sharifah Umairah Hasanah) sahabat terbaikku dalam mengarungi hidup dan kehidupan ini. Jadikanlah dia sahabat terbaikku dalam menuntut ilmu. Menjadi guruku. Menjadi muridku. Menjadi teman belajarku. Menjadi rakan sejawatku dalam berlumba-lumba di jalan kebaikan.

Yaa Rabbiii…
Jadikanlah aku imam bagi keluargaku. Imam yang adil dan mengajak kepada jalan yang Engkau redhai. Bimbinglah aku dalam memimpin. Tegurlah aku dikala lalai dari tanggung jawabku, dengan teguran Rahman dan Rahim-Mu. Jauhkanlah aku dari sifat-sifat buruk dan jahat, zalim dan fasik, dari sifat ujub dan khianat, dan dari segala sifat yang mendatangkan mudharat dan murka-Mu. Kuatkanlah keimananku, sebagai obor penerang bagi keluargaku dalam mengarungi gelapnya kehidupan akhir zaman ini. Bimbinglah kami,yaa Robbal ‘aalamiiin…

Yaa Rabbiii…
Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Baik yang kami sedari mahupun yang tidak kami sedari. Ampunilah dosa Ibu dan Bapa kami. Ampunilah dosa saudara-saudara kami. Ampunilah dosa kerabat-kerabat kami. Ampunilah dosa sahabat-sahabat kami. Ampunilah dosa guru-guru kami. Ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal.

Yaa Rabbiii…
Kurniakanlah kami keturunan yang soleh dan solehah. Anak-anak yang taat menjalankan perintah-Mu dan tegas meninggalkan larangan-Mu. Anak-anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya. Kurniakanlah kami keturunan yang akan teguh memperjuangkan tegaknya Din-Mu di bumi ciptaan-Mu ini.

Yaa, Rabbiii…
Kurniakanlah kami keturunan yang menggenggam erat sunnah Rasul-Mu. Memperjuangkan kembalinya kehidupan Islam di persada bumi ini. Generasi yang siap mengorbankan segala yang ada padanya untuk mempertahankan aqidahnya, memperjuangkan al-Haq dan mengingkari al-bathil.

Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa ‘adzaaban naar…
Washollollohu ‘alaa sayyiidinaa Muhammad wa ‘alaa aalihi ajma’iiin
Walhamdulillahi robbil ‘aalamiiin…”

Sayu Umairah mendengar dan mengaminkan doa suaminya. Air jenih bergenang ditubir matanya. Cuba menahan agar air mata tidak jatuh. Syed Uqail Hakimi memusingkan badan mengadap Umairah. Dihulurkan tangannya, Umairah pantas menyambut tangan suaminya, dikucup tangan suaminya itu lama, menitis jua air matanya membasahi belakang tangan Syed Uqail Hakimi.
“Maafkan Mairah sebab tidak mampu jadi isteri yang sempurna untuk abang”

Syed Uqail Hakimi mengucup dahi Umairah lama. Terasa kehangatan bibir suaminya itu melekat di dahi, sehangat rasa yang menerjah dirinya. “Sweetheart adalah hadiah yang paling bermakna Allah ciptakan untuk abang, abang akan tunggu sweetheart. Dah lah tu, jangan bersedih. Jom jalan nak?” lembut jari jemari Syed Uqail Hakimi mengusap air mata Umairah yang berjujuran di pipi.

Terukir senyum di bibir Umairah. “ Abang ni kan ada sahaja ideanya. Oklah”

“Macam tulah isteri abang, abang tak nak tenggok sweetheart menangis lagi, Pilu tau hati abang ni, macam pisau menghiris-hiris hati abang, sakit tau” panjang Syed Uqail Hakimi membebel, jari jemarinya erat mengenggam jari jemari Umairah.

Umairah tersenyum lagi, rasa bahagia menerjah lagi. Tenang apabila bersama suaminya.

Sweetheart, kita solat isyak, nanti lepas solat kita bertolak.” ajak Syed Uqail Hakimi. Lantas mereka bangun bersama mengambil wu’duk.

Usai solat Syed Uqail Hakimi, menuju ke almarinya mencapai bungkusan dan diserahkan kepada Umairah. Umairah menyambutnya dengan senyuman. Dalam fikiran memikirkan apa lagi kejutan yang akan Syed Uqail Hakimi lakukan kepadanya.

Bunyi whatapps kedengaran, cepat-cepat Umairah mencapai handphonenya. Dibaca whatapps itu dengan senyuman di bibir sambil kepalanya mengeleng-geleng.

Sweetheart, abang nak buat permintaan. Boleh tak pakai baju yang abang baru beri tadi”

“Kenapalah suamiku ini..eee..macam-macamlah pula, seram aku!”ngomel Umairah sendirian. Tangannya sedang sibuk membuka bungkusan.

“Wow! Cantik dress ni, tapi seksilah seganlah..nak kena pakai ke?” ngomel Umairah lagi sendirian sambil meletakkan baju tersebut di badannya. Dipandang ke cermin, terserlah kejelitaaannya. Eeee…perasaan kata hatinya lagi.

Lama  Syed Uqail Hakimi menunggu isterinya, sambil menonton TV. Rasa gelisah di hati apabila whatapps nya tidak dibalas oleh Umairah. Dia melihat kembali ke arah skrin handphonenya, manalah tahukan whatapps nya kepada Umairah dibalas tapi dia yang tidak perasaan.

“Abang..” pendek tapi begitu lunak di pendengaran Syed Uqail Hakimi.

“Yer.. Sweetheart” Badannya mengalih posisi. Menghadap Umairah yang berada di belakangnya. Terkesima Syed Uqail Hakimi melihat Umairah memakai dress pemberiannya. Sedikit ketat di bahagian dada, tetapi cukup sempurna di matanya.

“Abang..” Umairah memanggil lagi suaminya, melihat reaksi Syed Uqail Hakimi memandangannya tanpa berkedip mata. Di bawa tangan menutupi bahagian dada yang terdedah. Kalau ikutkan hati tidak mahu dia memakai baju tersebut. Kerana permintaan suaminya, dituruti juga dalam ke terpaksaan. Dengan melambai tangan di hadapan wajah suaminya juga tidak menguit, Umairah menepuk bahu suaminya.

“Bidadari abang kah itu?” terpantul kata-kata dari mulut Syed Uqail Hakimi. Umairah tersenyum sipu, wajahnya merona merah menahan malu. Cardigan merah di sarung untuk menutup auratnya dari mata insan yang bukan muhrim baginya. Tudung Lycra yang berwarna hitam di capai dari meja sudut lalu disarungnya. Lepas balik dari office tadi dia letakkan tudung di situ.

“Abang, jom, Mairah dah siap ni” Sekali lagi Umairah menyentuh bahu Syed Uqail Hakimi.

Syed Uqail Hakimi yang masih terkesima memandang isterinya menarik lengan Umairah rapat ke dirinya.  Umairah menunjukan reaksi tidak selesa. Perlahan-lahan Syed Uqail Hakimi melepaskan pautannya.

“It’s Ok abang, Mairah boleh jalan sendiri” jelas Umairah sambil tunduk memandang lantai. Mukanya masih merona merah.

“Sorry, abang..abang..emmm..emmm” tergagap-gagap Syed Uqail Hakimi menjawab.

Sweetheart..you look so pretty.. make my heart stopping breath..”  Ujar Syed Uqail Hakimi jujur.

Umairah mencubit lengan suaminya dengan harapan Syed Uqail Hakimi kembali ke alam nyata. Puji lebih-lebih nanti lain pula jadinya. Takut ada makna lain yang tersirat. Seram!

Dalam kereta Umairah diam seribu bahasa. Syed Uqail Hakimi juga senyap tidak berkata apa-apa. Sesekali ekor mata Syed Uqail Hakimi menjeling ke arah Umairah si pencuri hati. Hati yang telah di curi sekian lamanya.

“Abang nak pergi mana ni? Gelap jalan ni?” rasa kurang sedap menerjah diri, beremang bulu roma di saat melalui jalan bukit langat.

“Ssssss..adalah…dah nak sampai pun” Syed Uqail Hakimi meletakkan jari telunjuk ke bibir Umairah.

Berberapa minit berlalu Syed Uqail Hakimi memberhentikan kereta di bahu jalan mengadap pandorama Kuala Lumpur yang indah pada malam hari “Ok, dah sampai, jom keluar, kita makan angin kejap”

Umairah diam tanpa kata, khusyuk melihat keindahan Kuala Lumpur kota bercahaya. “Cantik…” sepatah ayat keluar dari mulut Umairah.

“Yer sayang, jom keluar” Sakat Syed Uqail Hakimi. Pintu kereta telah dibuka, menjemput Umairah keluar dari perut kereta. Tangannya di hulurkan kepada Umairah. Umairah menyambut tangan suaminya untuk keluar dari perut kereta. Terpegun Umairah melihat keindahan ibu kota dari atas Bukit Langgat. Syed Uqail Hakimi terpaku melihat keindahan ciptaan tuhan yang berada di hadapannya. Sharifah Umairah Hasanah ciptaan yang terindah buat dirinya.

Sweetheart, Umi call tanya kenapa lama tak jenguk dia kat rumah, kita lawat dia hari sabtu ni boleh?” Syed Uqail Hakimi bersuara memecah kesunyian malam.

Umairah memalingkan pandanganya ke wajah suaminya, dalam kegelapan malam di masih dapat melihat wajah tampan suaminya itu “Boleh sangat. Mairah rindu sangat kat Umi”

Syed Uqail Hakimi tersenyum, menyambung kata-katanya
“Kak Aisy pun dah balik dari outstation, ada benda dia nak bincang dengan kita pasal company.”

Umairah makin teruja apabila suaminya menyebut nama kakak iparnya. “Oh ya. Yes, best nya. Boleh jumpa Adam dan Ayu, rindunya kat mereka”

Masih terbayang diruang mata, sikap manja Adam dan Ayu anak kakak iparnya. Walaupun usia perkahwinan Umairah dan Syed Uqail Hakimi belum sampai sebulan tapi kelatah anak buah suaminya yang sangat ramah membuatkan Umairah senang dengan mereka. Gelaran Mak Su yang dipanggil oleh mereka masih terngiang-ngiang di teliga.

“Tulah, anak orang rindu, bilalah kita boleh dapat anak sendiri” Bisik Syed Uqail Hakimi.

Umairah yang dengar samar-samar bertanya kepada suaminya, dirapatkan bibirnya ke telinga suaminya“What! Tak clear lah.Apa yang abang bisikkan tu”

Beremang Syed Uqail Hakimi, di tambah dengan deru suara angin membuatkan resah nafasnya semakin sesak. Syed Uqaill Hakimi mengalih topik perbualan cuba melawan perasaan hatinya yang makin hangat membara mendambarkan cinta dan kasih dari seorang yang bergelar isteri.

“Tak da apa-apa.Sweetheart appoinment dengar Dr Daniel on Friday kan? 3.30pm?”
Tanya Syed Uqail Hakimi kepada isterinya yang sedang memeluk tubuh. Sejuk mungkin. Melihat Umairah yang berpeluk tubuh, Syed Uqail Hakimi merapatkan badannya ke badan Umairah. Bahu bersentuhan, mereka masih mengadap permandangan indah Kuala Lumpur. Dalam diam tanya Syed Uqail Hakimi memeluk bahu Umairah dengan niat ingin menyalurkan haba ke hangatan kepada isterinya.

“Yer, kenapa abang?” Perlahan jawab Umairah. Dia mendekatan badannya ke arah suaminya seperti rela dipeluk.

“Abang ambil half day teman Sweetheart” Bisik Syed Uqail Hakimi ke teliga Umairah yang ditutupi tudung. Seram!, rama-rama yang senyap berehat kini mengepak kembali menyebukan perut Umairah. Umairah memegang perutnya, dengan harapan rama-rama dalam perutnya akan kembali tenang.

Umairah menjual mahal “Tak pe lah, Mairah boleh pergi sendiri”. Sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan suaminya yang di ketahui olehnya banyak kerja.

Really!, abang nak teman juga, you my wife, isteri abang. Tanggungjawab abang jaga Sweetheart. Tanggungjawab abang bawa Sweetheart jumpa Dr.” Tegas Syed Uqail Hakimi dalam suara yang masih dikawal.

Umairah ketawa melihat gelagat suaminya yang romantik tiba-tiba bersikap serius“Abang ni serius sangat kenapa?” tanya Umairah kepada suaminya yang sudah menjauhi diri dari dirinya.

“Nop, abang cakap perkara yang benar.Tanggungjawab abang untuk jaga isteri abang yang cantik ini” Syed Uqail Hakimi memalingkan mukanya kepada isterinya, membelakangi ke indahan Kuala Lumpur, dicuit hidung Umairah yang manjung.

Malu-malu Umairah membalas, mukanya mula hangat “eleh, ini puji ada makna ke? Ikhlas?”

Syed Uqail memberi soalan kembali kepada Umairah “Sweetheart rasa?” sambil ketawa girang. Kedengaran ada getar pada kata-kata isterinya sebentar tadi.

“Abang jangan mengatal yer.” Umairah berlari menjauhkan diri dari suaminya, seram mendengar ayat-ayat cinta dari suaminya.

Sweetheart..abang belum habis cakap lagi” Syed Uqail Hakimi yang menyandar di kereta melambai-lambai ke arah isterinya sambil menyeringai.

“Mairah tak nak cakap dengan abang dah. Abang gatal..nakal...” jerit Umairah kecil. Syed Uqail Hakimi berjalan ke arah Umairah. Umairah membatukan diri, tidak boleh lari lagi dari suaminya. Syed Uqail Hakimi telah menawan isterinya dari bergerak. Kawasan yang terhad dan di tepi jalan raya membuat Umairah tidak dapat pergi jauh.

Syed Uqail Hakimi berbisik di teliga Umairah lagi“lorrr..salah ke abang gatal dengan isteri?Tak salah kan?” tangan Syed Uqail Hakimi sudah melikar ke pingang Umairah, tidak mahu Umairah pergi dari pelukkannya.

“Tak nak..tak nak..” Umairah mengeluh. Digeleng-geleng kepalanya. Jarinya sempat mencubit lengan suaminya.

Syed Uqail Hakimi yang semakin geram dengan telatah manja isterinya terus mencempung Umairah masuk ke dalam kereta. Umairah menjerit kecil apabila dirinya dicempung begitu, kembali rasa seram.

“Abang nak buat apa ni?” Umairah bersuara. Dirinya kini sudah berada di dalam kereta.

“Abang sakit perut, lapar. Jom pergi makan.” Jawab Syed Uqail Hakimi manja.

Gugur rama-rama yang berkocak laju di dalam perut Umairah. Umairah tersenyum sipu. Malu!. Rasa damai kembali menyelubungi diri. Suaminya itu benar-benar buat dia hilang nyawa. Setiap kali bersama Syed Uqail Hakimi ada rasa bahagia menjalar ke setiap pembuluh darahnya. Umairah berdoa di dalam hati semoga bahagia ini akan terus meyelubungi kehidupan dia dan suaminya.



1 comment: