Tuesday, October 8, 2013

Bab 8 : My Sweetheart Isteriku

Bab 8

“Kepala isteri encik koyak sikit. Saya kena jahit koyak di kepala isteri encik, tapi sebelum itu saya kena buang sedikit rambut dia, sila tandatangan jika encik setuju” Terang Dr Daniel kepada Syed Uqail Hakimi sambil menghulurkan sehelai kertas kuning. Syed Uqail Hakimi menyambut kertas tersebut. Tanpa berfikir panjang, dia segera menurunkan tandatangan dan diserahkan kembali kepada Dr Daniel yang menunggunya. Ada getar di hati. Rasa bersalah, berdosa dan menyesal menyelubungi diri.

Dipandang wajah Umairah yang mulus, putih gebu itu, wajah yang membuat lelaki terpaku pada pandang pertamanya. Sayu menerjah rasa hati. “Maafkan abang, abang tak sengaja..Ya Allah selamatkan isteriku Ya Allah…kurniakanlah kesejahteraan kepadanya, limpahkan kasih sayang yang kekal abadi kepada kami sebagai sepasang suami isteri Amin..” Doa Syed Uqail Hakimi di dalam hati.

Procedure untuk menjalankan minor surgery telah pun disediakan oleh nurse yang bertugas sebagai pembantu Dr Daniel. Katil Umairah ditolak masuk ke bilik bedah, Syed Uqail Hakimi mengekori langkah nurse hingga ke pintu bilik bedah.

“Encik tak boleh masuk yer…” halang nurse yang bernamaAminah, seperti yang tertera di tag nama apabila Syed Uqail Hakimi ingin melangkah masuk menemani isterinya ke dalam bilik bedah.  Syed Uqail Hakimi berhenti melangkah, direnung wajah nurse tersebut dengan wajah penuh harapan, berharap agar nurse tersebut membenarkannya masuk. Tindakannya hampa, nurse masih juga teguh dengan peraturan pembedahan walaupun ia adalah minor surgery. Syed Uqail Hakimi mengeluh panjang. Jiwanya tertekan dengan segala yang berlaku pada hari ini. Pintu bilik bedah ditutup rapat. Syed Uqail Hakimi berlalu menuju ke sofa yang ada di hujung bilik bedah. Dilabuhkan punggungnya, fikirannya melayang ke peristiwa pagi tadi, sekeping nota yang di tinggalkan isterinya bersama bunga Ros.“Dia sedang mencuba menjadi isteriku…”ngomel Syed Uqail Hakimi bersendirian. “Kenapa aku tidak habis-habis melukakan dia…Ya Allah kejamnya aku” Bisik Syed Uqail sendirian sambil meraup mukanya.

 “Assalamualaikum, Izzat aku kat KPJ ni, kalau kau dah habis kerja ko singgah KPJ Kajang kejap, aku ada hal nak bincang” Syed Uqail Hakimi menghantar whatsapps kepada sahabatnya Izzat. Tempat dia selalu mengadu, terutama sekali berkaitan Amanda. Tapi sejak berkahwin ini dia banyak berbicara tentang isterinya, Umairah.

"Orait..nanti aku pecut sana" balas Izzat pendek. Dalam fikiran Izzat timbul rasa pelik mengenai perjumpaan yang akan berlangsung di hospital.

Sejam berlalu, Syed Uqail.Hakimi masih menunggu di luar bilik bedah.Fikirannya melayang kepada umi, ibu dan baba. Masih belum pasti sama ada mahu di khabarkan atau tidak kejadian yang menimpa Umairah. Dia tidak pasti samada mahu bercakap benar atau menciptaan alasan untuk menutup aib diri. Jika dia tidak bersikap nakal, tidaklah kejadiaan seperti ini berlaku. Terbayang tindakannya yang terhadap Umairah.

 Telefon bimbit Syed Uqail Hakimi berbunyi. Terpapar nama Izzat di  skrin handphone. Syed Uqail Hakimi segera menjawab “Assalamualaikum, Kimi kat mana, aku dah sampai ni?”

“Aku kat tingkat 3, depan bilik operation

Syed Uqail Hakimi tidak senang duduk, Tidak sabar menunggu Umairah keluar dari bilik bedah. Tiba-tiba pintu bilik bedah terbuka. Syed Uqail Hakimi segera mendapatkan Dr Daniel.

“Bagaimana keadaan wife saya Dr?”

She fine. She need rest, so I give mc for 5 days, if got problem bring her back to here. After 5 days bring her back to here, I nak periksa balik luka dia kalau luka dah sembuh, I akan buka jahitan di kepala dia”

“Berapa banyak jahitan Dr?”

“Tak banyak Cuma 6 jahitan dan dia masih tak sedarkan diri. Let’s her rest, done give her pressure

“Ok.Thanks Dr”

Usai berbicara dengan Dr Daniel, nurse yang bertugas menolak katil Umairah ke bilik pesakit. Syed Uqail Hakimi mengiringi Umairah menuju ke biliknya, digenggam erat jari jemari Umairah.
Izzat yang baru keluar dari lif segera mendapatkan Syed Uqail Hakimi, apabila melihat kelibat Syed Uqail Hakimi yang sedang bersama nurse menolak katil.

Dr Yuslina pula berhenti di luar lif apabila terserempak dengan Dr Daniel. Rakan sekuliah ketika di universiti.
Izzat menyentuh bahu Syed Uqail Hakimi. Segera Syed Uqail Hakimi berpaling untuk melihat gerangan yang memegang bahunya. Izzat yang berdiri di belakang Syed Uqail Hakimi tersenyum kepada kawannya. Perlahan-lahan Syed Uqail Hakimi melepaskan jari-jemari Umairah lalu ditarik Izzat ke satu sudut yang menempatkan sofa.

“Kenapa dengan wife ko kimi?” Tanya Izzat terkejut melihat keadaan Umairah sebentar tadi.

Accident, salah aku, aku usik kaki dia waktu dia tidur, mana aku tahu dia geli. Then dia terbangun dan terkejut tengok aku ada kat kaki dia. Apalagi jatuh katillah, kena bucu meja tepi katil tu. Tu yang kena jahit kepala dia. Malu aku…emm…aku tak pasti apa pengakhiran perkahwinan aku dengan dia.” Panjang Syed Uqail Hakimi bercerita dengan nada keluh dan resah,terselit rasa bersalah.

“Ko ni pun satu. Nak bergurau pun kenal lah dulu isteri ko. Ni bergurau tak tentu pasal. Tu namanya cari pasal.”

“Mana aku tahu… benda nak jadi.”

“Bagilah masa sikit untuk diri ko and Umairah mengenali hati masing-masing. Ko tak gi honeymoon lagikan..? apa kata ko bawa dia gi honeymoon, boleh juga ko dan dia kenal hati budi masing-masing.”

“Bagus juga idea ko tu. Nanti aku fikirkan.”

“Aku nak cakap ni ko jangan marah tau. Bertemu jodoh dengan orang yang ko cintai mungkin satu kebetulan..tapi mencintai siapa jodoh ko adalah satu kewajipan….Kimi..kewajipan untuk ko mencintai dia, dan kewajipan dia mencintai ko as husband. Sebagai suami pandai-pandailah ko curi hati dia untuk mencintai ko seadanya dan seikhlasnya..belajar bergurau dengan dia..jangan ko lupa tanggungjawab ko pada dia. Jangan putus asa….jangan gelojoh..ko gelojoh sangat ni…aku tahulah dia wife ko..tapi ko kena hormat juga perasaan dia..aku rasa baik ko jadi kawan dia dulu..biar kenal hati budi masing-masing dulu..”

Syed Uqail Hakimi khusyuk mendengar nasihat dari sahabatnya sambil mengangguk-ngangguk.

“Panjang ceramah ko. In Sha Allah..akan aku cuba mengikuti nasihat dan tips yang ko beri itu..ko lah sahabat aku dunia dan akhirat.”

“Panjangnya bersembang, I nak visit Umairah..jom temankan i” Dr Yuslina mengajak Izzat  dan Syed Uqail Hakimi melawat Umairah.

“Oooo..yelah..i hampir terlupa…husband you ni kalau kasi nasihat kalah ustaz sampai wife I pun lupa…jom..jom..” Syed Uqail Hakimi bangun dari sofa, kemudian berjalan menuju ke bilik yang menempatkan isterinya.

“Sweetheart dah sedar?..lihat ni siapa datang…Izzat dan Dr Yus”

Umairah melarikan pandangan matanya ke arah Izzat dan Dr Yuslina. Sambil berkata
“Terima kasih..sudi melawat saya..” walaupun sakit senyuman kepada tetamu tidak lupa diberi.

“Macammana keadaan Umairah?” Tanya Dr Yuslina sambil mengengam jari-jemari Umairah.

“Alhamdulillah…dah ok sikit Dr. Ada sikit rasa berdenyut kalau tersalah gerak”

“Ala..Umairah ni..tak payah ber Dr..Dr dengan akak..panggil kak Yus jer. Jangan malu-malu…kalau ada masalah jangan malu-malu untuk hubungi akak..kalau Kimi buli Mairah..inform akak..tahu lah akak kerjakan”

Syed Uqail Hakimi dan Izzat ketawa mendengar gomelan Yuslina. Umairah juga kelihatan senang hati dengan kehadiran sahabat suaminya.

“Mairah…Kimi…I got to go..nanti membebel pula mem kecil kat rumah itu bila daddy and mummy lambat balik rumah”

Izzat berjabat tangan dengan Syed Uqail Hakimi, begitu juga Yuslina dan Umairah.

Thanks ya…sudi datang” Lembut tutur Umairah. Yuslina membalasnya dengan senyuman dan beredar dari bilik itu. Tinggallah Syed Uqail Hakimi dan Umairah berdua di dalam bilik itu.

Lama Syed Uqail Hakimi memandang Umairah. Di teliti wajah ayu itu dalam-dalam. Wajah yang bisa menimbulkan perasaan gelora lelakinya. Umairah jadi tidak berkeruan apabila suaminya memandangnya tanpa berkedip. Jari-jemari Umairah di genggam dan dibawa ke bibir lalu dikucup dengan penuh perasaan.

Sweetheart..maafkan abang…abang tak sengaja..”  Jari-jemari masih lagi dibibirnya.

Umairah hanya mendiamkan diri. Air mata tiba-tiba mengalir. Segera Syed Uqail Hakimi menyekanya.

“Janganlah menangis…abang tak sengaja..betul-betul tak sengaja..mana abang tahu Sweetheart sensitive kat bahagian itu..sorry yer sayang”

Umairah mengangguk lemah. Kepalanya kembali berdenyut.

“Abang…izinkan Mairah berehat” Lemah tutur kata Umairah. Matanya dipejam rapat. Syed Uqail Hakimi mengangguk lalu mengusap dan membelai rambut isterinya.

“Rehatlah sayang…abang ada kat sini…” dikucup dahi isterinya.






1 comment:

  1. kesian kimi...perbuatan bertentangan dengan niat..niat lain...jadi yang lain pulak...sampai kena minor operate plak umairah...mujur tak hilang ingatan...kalau tak lagi la merana si kimi....:)

    ReplyDelete