Monday, November 25, 2013

Bab 19 : My Sweetheart Isteriku

Bab 19
Mr Mariyappan tersenyum melihat Umairah dan Syed Uqail Hakimi berjalan beriringan. Tangan kiri memegang tangan Umairah, tangan kanan mengheret beg yang berisi baju. Masing-masing mengengam erat tangan seperti tidak mahu berpisah.Keceriaan Syed Uqail Hakimi terserlah di raup wajah. Debaran dada makin tidak sekata apabila setiap kali bersama isteri tercinta, seperti rasa mahu melompat keluar dari tubuh. Tidak dapat dibayangkan bagaimana Syed Uqail Hakimi menghadapi hari-hari mendatang tanpa isteri tercinta. Sepanjang perkahwianan ini serba-serbi keperluan diatur oleh Umairah.

Sweetheart ingat pesan abang, kalau takut duduk seorang pergi rumah umi” pesan Syed Uqail Hakimi, jari jemari Umairah digenggam kuat. Ada getaran yang cuba disembunyi dalam tutur katanya, yang pasti terserlah sikap bertanggungjawab Syed Uqail Hakimi kepada Umairah.

“Baik abang, abang terima kasih untuk segalanya”jawab Umairah, matanya memandang dalam ke arah mata suaminya dengan pandangan yang dalam. Tubir mata sudah mula bergenang. Dikedip mata beberapa kali untuk mengelakan air mata tumbah ke pipi.

“Kenapa pelik saje bunyinya, nak terima kasih apa pula ni” tanya Syed Uqail Hakimi memandang wajah Umairah memohon penjelasan, timbul rasa tidak sedap di dalam hati.

“Terima kasih, sebab bersabar dengan sikap Mairah” jawab Umairah malu, terpancar mukanya yang berubah warna. Ayatnya tergantung, walaupun banyak lagi perkara yang hendak diluahkan.

“Itu tandanya abang sayang sangat pada isteri abang, seribu tahun pun abang sangup tunggu”jelas Syed Uqail Hakimi seperti memahami maksud tersirat yang cuba mahu di sampaikan oleh isterinya.

“Abang ni kan, buat Mairah rasa terharu pula”tersembur ketawa keterharuan dibibir munggil merah bak delima Umairah. Sempat Umairah menampar manja bahu suaminya. Membuatkan jiwa Syed Uqail Hakimi makin bergelora. Satu aura yang mengoda tiba-tiba menerjah ke dalam jiwa.

Sweetheart ni kan, buat abang rasa tak nak berpisah pula” terus terang Syed Uqail Hakimi memandang tajam ke wajah Umairah sambil tersenyum macho.

“Abang, Mr Mari tunggu abang tu, pergilah dekat dia” Umairah cuba mengelak apabila tiba-tiba rasa getaran yang berlainan pada rentak degupan jantungnya. “Oh my! Dia sangat mengoda” bisik Umairah dalam hati. Perlahan-lahan tangannya memeluk lengan Syed Uqail Hakimi, di bawa Syed Uqail Hakimi berjalan beriringan menuju ke arah tempat Mr Mariyappan berdiri.

“Tak apa, nanti seminggu abang kena tinggal dengan dia, dia kasi peluang pada abang untuk berdua-duaan dengan isteri abang lah ni”laju Syed Uqail Hakimi menjawab. Rasa berat hati ingin berpisah dengan isteri. Belum puas rasanya hidup bersama insan yang digelar isteri.

Tangan Umairah masih melengkar dilengan Syed Uqail Hakimi, lambat-lambat Umairah dan Syed Uqail Hakimi melangkah.Ada sahaja gurau senda diantara suami isteri ini. Dunia ini bagaikan mereka yang punya.

Hazrul Haizan yang sedang berjalan sambi memandang ke screen handphone membaca sms. Tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang, dipandang orang tersebut seraya berkata“Opss sorry tak sengaja”.
Mata bertentang mata, jiwa jadi berkeruan. Bergerau darah naik ke kepala, rasa mahu pengsan.

“Tak pa, It’s Ok” jawab Syed Uqail Hakimi memandang Hazrul Haizan yang tiba-tiba diam tidak berkutik memandang Umairah. Syed Uqail Hakimi menepuk bahu Hazrul Haizan, mematikan lamunannya. Mata Hazrul Haizan beralih kepada Syed Uqail Hakimi. Umairah hanya tunduk tidak berkata apa, cuba menyembunyikan rasa bersalah kepada Hazrul Haizan, lelaki yang pernah bertahta di dalam hati. Kisah cinta yang tidak kesampaian.

“Eh, Hazrul Haizan Dato Harith, lama gile aku tak jumpa ko, ko apa khabar? Macammana study? Sambung PHD tak?” tanya Syed Uqail Hakimi bertalu-talu rakan sekolahnya satu masa dahulu. Junior yang paling rapat dengannya di asrama.

Tiada jawapan bagi semua persoalan Syed Uqail Hakimi yang ada hanya pertanyaan, mulut Hazrul Haizan menyuih menunjuk Umairah“ini?”

Tanpa teragak-agak Syed Uqail Hakimi memperkenalkan Umairah“Oh ya, perkenalkan my wife, Sharifah Umairah Hasanah Syed Abbas”. Umairah mengukir senyuman sambil mengangguk tanda hormat. Tidak tahu bagaimana mahu beraksi di hadapan suami dan kekasih. Rasa diri ini sangat hina menduakan suami yang begitu baik kepadanya, dalam masa yang sama perasaan bersalah menghantui jiwa. Umairah berperang dengan perasaan dan rasa keliru dengan perasaan cinta yang ada di sudut hati. Tidak pasti hati dan perasaan cinta dan sayang ini milik siapa.

Sound familiar, macam kenal”ujar Hazrul Haizan, bunyi sinis dipendengaran Umairah. Syed Uqail Hakimi ketawa, menyembunyikan rasa hati yang membukam risau.“Memang kau kenallah, buat-buat tak kenal pula” bisik Syed Uqail Hakimi dalam hati. Masih teringat di dalam fikiran mengenai cincin dan kad proposal Hazrul Haizan kepada isterinya.

Hazrul Haizan terkejut, bagai halilintar membelah dada apabila mendengar perkataan “My wife” dari mulut Syed Uqail Hakimi “How long have you been married?”

Almost 2 months, still new, it’s an arranged marriage” jelas Syed Uqail Hakimi. Sedikit sebanyak dia mahu Hazrul Haizan tahu yang mereka berkahwin atas sesuatu sebab bukan kerana isterinya menkhianati perasaan cinta itu.

You look so sweet, lovely couple”ujar Hazrul Haizan mempamirkan senyuman yang manis, cuba menyembunyikan rasa debaran dan resah dihati. Cuba bersikap profesional. Jika ikutan hati mahu menangis Hazrul Haizan di hadapan Umairah. Tapi apa guna, nasi sudah menjadi bubur, tidak mungkin dia boleh mengundurkan masa.

“Cinta selepas kahwin memang indah...you macam mana? Dah berkahwin?” ujar Syed Uqail Hakimi saja mahu membakar jiwa Hazrul Haizan yang sedang terbakar . Syed Uqail Hakimi memandang Umairah dan Hazrul Haizan kemudian senyum sinis. Dirangkul pingganUmairah, dan ditarik Umairah rapat ke arah tubuhnya. Hazrul Haizan cepat-cepat melarikan matanya memandang tempat lain. Rasa mahu ditarik Umairah ke dalam pelukannya, tapi jika Umairah bukan jodohnya dia harus redha atas ketetapan ini. Jodoh pertemuan itu kerja yang Esa.

“Oh, i belum lagi, masih menunggu jawapan dari kekasih hati, kalau ada jodoh tak kemana”jawab Hazrul Haizan perlahan sambil menahan perasaan yang bergolak di dalam dada. Matanya memandang Umairah seperti memberi satu pengharapan yang belum pasti lagi penghujungnya.

“Isteri kau, kekasih aku... kau tahu tak?” bisik Hazrul Haizan dalam hati yang tengah sakit. Matanya memandang Syed Uqail Hakimi.

“Jodoh ini milik aku dan Umairah. Jangan harap aku akan lepaskan dia, jika dia bukan milik aku, jangan harap dia menjadi milik engkau, jika dia tinggalkan aku, aku akan gantung dia tidak bertali.Langkah mayat aku dahulu.” ngomel Syed Uqail Hakimi, geram pula rasanya bila Hazrul meletakkan pengharapan terhadap isterinya. Syed Uqail Hakimi memandang Umairah, melihat Umairah tundukkan pandangan memandang lantai. Jari jemari Umairah digengam erat Syed Uqail Hakimi, terasa tangan Umairah sejuk macam ais batu. Takut!.
“Abang, Mr Mari dah tunggu tu, dah banyak kali Mairah tengok dia jeling-jeling pada abang” Umairah cuba mengubah tajuk perbualan. Jam di tangan di lihat, tanda masa sudah suntuk, tapi sebenarnya Umairah hanya sekadar melihat, fikirannya melayang entah ke mana, bertambah rasa rungsing memikirkan tentang Syed Uqail Hakimi dan Hazrul Haizan.

“Ok, Hazrul, i jalan dulu, nanti bila-bila kita jumpa lagi, you mengajar di UPM kan? May be we can have lunch together?” ujar Syed Uqail Hakimi, rangkulan tangannya di pinggan Umairah di leraikan. Tangannya dihulurkan kepada  Hazrul Haizan untuk berjabat.Hazrul Haizan mencapai tangan Syed Uqail Hakimi. Lama mereka berjabat, mata bertentangan, mata Syed Uqail Hakimi memandang tajam ke arah Hazrul Haizan. Umairah hanya memerhati, hatinya makin gundah melihat Syed Uqail Hakimi berjabat tangan lama dengan Hazrul Haizan.

“Ok sure, you ambil nombor handphone i” jawab Hazrul Haizan. Syed Uqail Hakimi melepaskan tangan Hazrul Haizan.

i think no need, my wife already have your handphone number, let get it from her” ujar Syed Uqail Hakimi selamba. Umairah terkejut, dia memandang Hazrul Haizan dan Syed Uqail Hakimi silih berganti, tidak sangka suaminya tahu akan hubungnya dengan Hazrul Haizan.

“Ok”

“Orait, see you again ya” ujar Syed Uqail Hakimi sambil menarik tangan Umairah. Umairah mengekor langkah Syed Uqail Hakimi ke arah tempat Mr Mariyappan duduk menunggu mereka. Sempat Umairah menjeling ke arah Hazrul Haizan dengan pandangan mengharap kemaafan. Beberapa langkah sebelum sampai ke tempat Mr Mariyappan, Syed Uqail Hakimi berhenti dengan tiba-tiba. Umairah yang mengekori dari belakang tidak menyangka suaminya akan berhenti, terus terlanggar suaminya.

“Opppss...sorry abang, kenapa abang berhenti tiba-tiba ni? Kasi signal lah” bebel Umairah kepada suaminya, tidak puas hati kerana dia hampir terpeluk suaminya itu dikhalayak ramai. Syed Uqail Hakimi memegang bahu Umairah membawa Umairah di hadapannya.

“It’s ok. Abang cuma nak cakap sesuatu pada sweetheart.” Dipandang wajah Umairah dalam-dalam sambil tangan Umairah digenggam erat. Tangan yang tadi sejuk masih sejuk, belum lagi hilang ketakutan dalam diri isterinya fikir Syed Uqail Hakimi. Muka Umairah merona merah, malu dipandang begitu di hadapan orang ramai, Umairah memandang sekeliling. Risau jika ada orang yang sedang memerhati adegan romantik mereka berdua. Paling berdebar jika Hazrul Haizan masih memerhati mereka. Nasib baik semua orang di sekeliling buat hal masing-masing. Syed Uqail Hakimi, mengulus lembut dagu Umairah. Dipegang dagu Umairah, dengan harapan isterinya memandang tepat ke wajahnya.

“ Jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal, i will miss you my sweetheart, dengar sini abang love you so much...” penyataan yang lembut sambil berbisik, cukup membuatkan jiwa Umairah bergetar bagaikan terkena kejutan elektrik. Mata Syed Uqail Hakimi yang berwarna kelabu itu ditenung dalam-dalam. Umairah menghadiahkan senyuman sambil mengangguk. Tidak tahu ayat apa yang harus diucapkan kepada suaminya itu. Syed Uqail Hakimi melepaskan genggam tangan isterinya, Dirangkul pinggan Umairah, membawa Umairah ke dadanya yang bidang. Lama Syed Uqail Hakimi dan Umairah berpelukan.Hati Syed Uqail Hakimi begitu berat meninggalkan Umairah sendirian. Dalam hati risau jika Hazrul Haizan akan muncul kembali dalam hidup isterinya sepanjang dia berada di Cambodia.Dikucup dahi isterinya sambil berdoa
“Ya Allah.. Ya Rabbul Alamin...Ya Rahman Ya Rahim...Kuatkan hati dan semangatku, Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, Jadikanlah aku suami yang di sayangi isteriku, Sharifah Umairah Hasanah binti Syed Abbas. Amin...Amin ya Rabbaal Alamin”

“Abang, ramai orang ni, malu kat Mr Mari” ujar Umairah menolak tubuh suaminya supaya jauh sedikit dari dirinya, berpeluk depan orang ramai macam rasa tidak sesuai pula dengan adab orang malaysia yang terkenal dengan sikap sopan santun dan pemalunya.

“Nak malu apa. Tu cuba tengok pak cik dan mak cik tu elok je dia peluk, dah tua tu still romantik” bantah Syed Uqail Hakimi sampil mulutnya dimuncungkan dan menyuih kepada sepasang warga emas yang sedang duduk sambil berpelukan berhampiran tempat mereka berdiri.

“Yelah, Mr Uqail” ujar Umairah seraya menarik hidung mancung suaminya, rasa tenteram menyelubungi jiwa setelah dipeluk dan dikucup dahi oleh suaminya sebentar tadi.

Good, Mrs Uqail, take care... prepare you self...abang tunggu sayang tau...” pesan Syed Uqail Hakimi kepada Umairah, dipandang Umairah dari atas hingga ke bawah dengan pandangan yang mengoda, berharap Umairah dapat memahami gelora hati yang melanda dirinya.

“Auummm...” Umairah mengulus lembut bulu roma di tangan suaminya.

“Miowww...” jawab Syed Uqail Hakimi perlahan seakan berbisik. Ketawa Umairah melihat gelagat suaminya itu.

Sweetheart, take care ya. Love you...” perlahan-lahan Umairah melepaskan tangan suaminya, memberi laluan untuk Syed Uqail Hakimi melangkah ke tempat Mr Mariyappan menunggu.

“Abang...take care...love you three, four and infinity...muah”terkeluar juga ayat keramat itu dari mulut Umairah kepada Syed Uqail Hakimi. Mr Mariyappan yang berada tidak jauh dari situ tersenyum sipu, melihat Syed Uqail Hakimi memberhentikan langkahnya kemudian memalingkan kembali badannya menghadap ke arah Umairah. Umairah tersenyum riang melihat gelagat suaminya itu. Dilambai tangan ke arah suaminya. Syed Uqail Hakimi melayangkan flying kiss dan Umairah seolah-olah menyambut flying kiss itu lalu disimpannya ke dalam hati. Syed Uqail Hakimi tersenyum dan menunjukkan tumbs up pada isterinya.

Dari kejauhan Hazrul Haizan memandang Umairah dan Syed Uqail Hakimi, rasa sakitnya hati tuhan sahaja yang tahu, bagaikan hati ini disiat-siat dengan pisau belati. Sampai hati Umairah berlaku curang di belakangnya. Takdir apakah ini? Hazrul Haizan masih tidak percaya yang Umairah telah berkahwin dengan senior di sekolahnya dahulu.

Notification whatsapp dari handphone Umairah berbunyi, segera Umairah membaca whatsapp dari Hazrul Haizan, muka yang tadi ceria kita bertukar menjadi duka, risau jika Hazrul Haizan akan mengapa-apakannya “Kanda nak jumpa dinda  kejap di depan KFC”

“Ok, kejap” laju Umairah menaip dan menekan butang send. Hatinya berdegup laju, takut menghadapi Hazrul Haizan. Tidak tahu apa yang harus dijelaskan.

Setelah Syed Uqail Hakimi memasuki balai perlepas. Umairah beredar ke arah restoran KFC. Perasaan was-was yang menyelubungi jiwa disembunyikan, tidak mahu bersikap gugup untuk memberi penjelasan kepada Hazrul Haizan.

Dari jauh kelihat Hazrul Haizan sedang khusyuk memandang handphone, mungkin sedang baca sesuatu. Perlahan-lahan Umairah pergi ke arah Hazrul Haizan. Bukan Hazrul Haizan tidak perasaan, tindakan Umairah itu, tapi dia sengaja tidak mahu ambil peduli. Bila Umairah sampai sahaja di tepi Hazrul Haizan, terus dia menujukan soalan “Any explaination?”

“I kahwin sebab wasiat ayah Syed Uqail Hakimi”jawab Umairah perlahan. Irama degupan jantung sudah tidak berirama, yang ada perasaan yang sangat takut.

“You tidak menolak, sebab itu you terikat dengan perkahwinan itu” tungkas Hazrul Haizan tajam. Umairah terdiam sejenak. Hazrul Haizan memandang ke arah Umairah, memandang Umairah dengan perasaan yang marah. Rasa cintanya dikhianati.

“I hanya mahu menjadi anak yang baik pada parent i. Itu sahaja.” Jawab Umairah dari sudut hati yang dalam. Kedengaran getaran pada suaranya.

“Alasan yang i betul-betul tidak boleh terima”potong Hazrul Haizan, pandangan matanya yang tajam membuatkan Umairah serba tidak kena. Umairah dan Hazrul Haizan diam seketika.

“I nak you minta cerai dengan dia” perlahan kedengaran di telinga Umairah. Ayat yang sangat menyakitkan hati.

Umairah terkejut tidak sangka perkataan itu di sebut oleh Hazrul Haizan“You gila?”

“Memang i gila, sebab i cintakan you, only you” ujar Hazrul Haizan perlahan, redup matanya memandang Umairah, mengharap Umairah memahami rasa hati yang sangat mengasihi dan mencintai Umairah sepenuh hatinya.

“Berhenti cintai i, i love my husband dan perkahwinan ini” jerit Umairah sedikit tapi masih dikawal, tangannya menekup kedua belah telinga, sangat tertekan dengan butir ayat yang di sebut oleh Hazrul Haizan.

Good, ayat itu yang i nak dengar dari mulut you” ujar Hazrul Haizan tiba-tiba, sangat tegas walaupun kedengaran sinis. Umairah terkejut dengan penyataan itu. Umairah dan Hazrul Haizan saling berpandangan, ditenung mata Hazrul Haizan dalam mencari keikhlasan dalam kata-kata itu.

“Sharifah Umairah Hasannah, i relakan perkahwinan you ini, tapi jika ada sesuatu antara you dan dia jangan pinggirkan i, kanda akan sentiasa berada di belakang dinda. I know him better than you.” perlahan dan sangat lembut kedengaran suara Hazrul Haizan begitu meruntun jiwa Umairah. Ayat apakah yang didengar ini pun Umairah tidak tahu, terasa seperti dalam mimpi atau pun tengah berlakon drama.

“Thanks abang, kerana menerima takdir cinta kita tidak tercapai” ujar Umairah, sebak di dalam dada tidak dapat di bendung lagi, tanpa sedar air mata mengalir laju membasahi pipi. Umairah teresak-esak menahan sebak yang membukam di dada. Hazrul Haizan hanya memandang Umairah dengan pandangan yang hiba. 

“Akan ku bawa kau ke dakapan ku, akan ku hapus air mata mu jika kau adalah isteriku yang sah sayang, tapi cinta kita ditakdirkan hingga di sini sahaja.”bisik Hazrul Haizan di dalam hati. Di biar Umairah menangis sendu sendan di sisinya.

“Abang akan tunggu dinda di pintu syurga, andai kita tidak boleh bersama di dunia, mungkin takdir kita di akhirat” ujar Hazrul Haizan lagi apabila sendu Umairah reda. Mata mereka bersatu. Mata yang penuh dengan kesedihan dan kehibaan. Kekasih dan suami. Seorang sudah pasti halalnya yang satu lagi adalah kisah silam yang mengasyikan bagi Umairah.

“Abang, Mairah hendak abang berhenti berharap, carilah seseorang buat penganti Mairah, tak sanggup Mairah lihat abang macam ini, maafkan Mairah sebab tidak berterus terang dengan abang” ujar Umairah dalam keadaan yang tersedu sedan. Rasa bersalah kepada Hazrul Haizan hanya tuhan sahaja yang tahu. Kanda dan dinda ayat yang selalu digunakan ketika bersms atau berwhatsapp sangat mengasyikan cinta Hazrul Haizan dan Umairah.

“Beri abang masa. Mairah, tolong jangan lari dalam hidup abang, kalau kita bukan lagi kekasih mungkin kita boleh jadi kawan baik” pinta Hazrul Haizan. Umairah terdiam sebentar berfikir ayat yang harus diucapkan.
“Baiklah abang, we are best friend now” ujar Umairah dengan senyum yang terpaksa.

Thanks Mairah” ujar Hazrul Haizan sambil tersenyum, terpancar wajah yang ceria di wajah Hazrul Haizan. Satu permulaan yang baru dalam hubungan persahabatan.


2 comments:

  1. Arranged marriage.. Bukan married arrangement... Sowi ye akaks betoikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus akak betulkan..senang sikit saya nak edit nanti...kalau ada nampak salah mana-mana kasi tahu je.. nanti during editing saya betulkan...jgn segan comment..terharu saya...hehehehe

      Delete