Friday, May 3, 2013

Bab 3 : My Sweetheart Isteriku


Bab 3


Kereta Golf  meluncur laju keluar dari Townhouse Country Heights, Sg Ramal. Rasa bersalah mencengkam diri Umairah. Bangun pagi tadi, dia terkejut melihat dirinya sudah berada di atas katil Syed Uqail Hakimi.

“Mana Uqail…” Mata Umairah melilau mencari kelibat Syed Uqail Hakimi.Umairah ligat berfikir. Di hayunkan langkah menuju ke ruang tamu, kelihatan Syed Uqail Hakimi sedang nyenyak tidur di atas sofa. Ditenung wajah Syed Uqail lama. Meneliti setiap inci wajah insan yang bergelar suami itu.

“Boleh tahan…hidung mancung, bibir merah bak delima, tak merokok agaknya. Eh..bulu mata dia melentik lah…hahaha…orang kata kalau lelaki bulu mata melentik itu kuat merajuk. Kulit mukanya putih bersih, mesti dia seorang yang menjaga kecantikan muka ni…bulu roma dia tersusun cantik…eh..dia ada hati lalat kat atas mulutlah…aaa…laser ni mulut dia, kena jaga…”

Lama meneliti wajah Syed Uqail Hakimi. Jari jemari kemudian bergerak perlahan menyentuh bahu Syed Uqail Hakimi.

“Awak…you…oh you…bangunlah..dah subuh ni..”

Syed Uqail Hakimi bangun dengan senyum terukir di bibir. Mengeliat dan terus menuju ke bilik utama sambil tangannya memegang dan menarik Umairah menyertainya ke dalam bilik. Umairah mengekor suaminya tanpa persoalan.

You nak  mandi dulu, mandilah…kasi i tidur 15minit lagi, nanti you kejutkan i yer…” Badannya disembabkan ke bantal.

Umairah mengangguk malu. “Nak pinjam towel…”

You ambil dalam almari tu..buat macam bilik you sendiri lah yer..”

Suara radio yang dikuatkan oleh Syed Uqail Hakimi mematikan lamunan Umairah terhadap peristiwa yang berlalu beberapa jam yang lalu.

Setiap ada kamu mengapa
jantungku Berdetak lebih kencang
seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darahku
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala
Setiap ada kamu otakku berfikir
Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu
Aku sedang ingin bercinta karena
Mungkin ada kamu di sini aku ingin
Setiap ada kamu mengapa jantung ini
Berdetak lebih kencang Seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darah ini
Mengalir lebih kencang dari hujung kaki ke hujung kepala
Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak Berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang
Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala

“Sayang…I dedicate this song for you..”
Jantung Umairah tiba-tiba bergerak laju seperti genderang mau perang bak lagu yang sedang dimainkan di corong radio. Rama-rama di dalam perut tiba-tiba bekuak laju, Umairah memperlihatkan wajahnya yang terkejut terhadap ungkapan keramat  itu.

Thanks…”sambil tersenyum malu dan mengawal riak muka. Di dalam hati tuhan saja yang tahu. Seramm….

Datin Seri Sharifah Halimah yang memasang teliga mendengar radio, tersenyum, dihatinya mensyukuri dan menyenangi tindakan dan ungkapan Syed Uqail Hakimi.

“Umi…, Kimi, drop umi and Mairah kat Jakel dulu, later after done let me know ok.. Kimi nak jumpa kawan sekejap kat Sogo ”
Datin Seri Sharifah Halimah menyambut tangan yang di hulurkan oleh Syed Uqail Hakimi.
Syed Uqail Hakimi, mencium tangan uminya tanda meminta diri.

Tangannya kemudian dihulur kepada Umairah. Disambut Umairah penuh rasa seram dan di kucupnya berhati-hati, dihati kecil masih ada sekelumit rasa was-was.Syed Uqail Hakimi mencium dahi Umairah dan berbisik ke telinga Umairah “I like…buat macam ni selalu yer sayang..”  Seram…rama-rama tiba-tiba berkocak kencang, tanpa disangka Umairah memegang perut umpama menahan kesakitan di perut yang melampau.

Melihat reaksi Umairah, Syed Uqail Hakimi menjadi panic, dirangkul pingang Umairah dan dibawa rapat ke dirinya. Umairah yang meyedari tindakan sepontan , terkejut lalu menolak badan Syed Uqail Hakimi, cuba untuk menjarakkan diri dari suaminya.

“Opppss..i ok…see you later…take care ya..” Tindakan spontan, menarik tangan Datin Seri Sharifah Halimah melangkah ke dalam Jakel. Umairah tersedar akan kesilapan diri yang terlebih ekpresi.Eeeee…. Seram…

“Umi nak beli kain macam mana?” Umairah berbasa-basi dengan umi, semelangkah saja ke dalam Jakel. Padahal dalam hati sedang menanggung malu.

“Emmm..umi nak beli kain untuk dinner dan raya”

Membelik  kain sudah satu jam, tapi masih belum menemui lagi kain yang berkenan di hati, tekak Umairah sudah kering berceloteh memberi idea dan feedback kepada Datin Seri Sharifah Halimah.

“Umi..cantik kain thai silk ni, kerawang warna pink dan base kain warna biru…so sweet.. ”

“Haah…cantik…berkenanlah… umi beli ini untuk Umairah yer..nanti umi bawa Mairah jumpa Tailor umi..kita pergi jahit sama-sama, untuk Kimi beli sekalilah..sedondon..untuk raya…”

Datin Seri Sharifah Halimah, mengarahkan kain tersebut di potong. Hasil tangkapan di Jakel hari ini, sepasang kain untuk Umairah dan Syed Uqail Hakimi dan juga 4 pasang kain untuk Datin Seri Sharifah Halimah.

“Hai, Helli…banyak borong hari ini? “ Perjumpaan yang tidak diduga dengan Datin Zaiton jiran kepada Datin Seri Halimah.

You apa kurangnya Zai, you datang dari rumah ke? Dah habis shopping?”

“hehehe…adalah sikit..Helli.. i nak pergi melawat Datin Noriah..kat IJN..you want to join me?”

“Boleh juga .tadi i datang sini with my son..Kimi…so join you…nanti you drop i kat rumah boleh?...”

“Ok..No Problem

Sibuk melayan kawan karib merangkap jirannya, Datin Seri Sharifah Halimah lupa akan kewujudan Umairah.

“Hem..hem..” Umairah berdehem walaupun tekaknya tidak merasa sakit. Hint kepada mertua tersayang, kewujudannya disisi.

“Ohh…hampir lupa..Umi..kat Mairah..” Datin Seri Sharifah Umairah tersenyum malu.

It’s Ok..umi..nanti Mairah inform Kimi..kirim salam pada Datin Noriah yer..Mairah doakan dia cepat sembuh..umi take care..kereta Umi Mairah hantar esok boleh umi?”

Datin Seri Sharifah Halimah, mengangguk dan memeluk Umairah. Umairah menghulur tangan dan dikujupnya tangan ibu mertuanya.

Take care yer…nanti umi call Kimi” berjalan dengan jarinya diletakkan di teliga  menunjukkan gaya telipon.


Berjalan di tengah kota raya yang berkembang pesat dengan cuaca yang panas, berseorang sangat membosankan, terasa diri Umairah sepi dan kosong. Di dalam fikiran masih tidak berhenti memikirkan tingkah laku Syed Uqail Hakimi terhadapnya.

Tidak berpunyakah dia? Pertanyaan ini selalu berligar-ligar di kepala Umairah. Setiap kali persoalan ini berlegar, hati akan menjadi sayu dan sepi. Umairah tidak percaya bahawa insan sesempurna Syed Uqail Hakimi tidak mempunyai sesiapa dalam hidupnya sebelum mereka dinikahi.

Berjalan sendirian selama setengah jam, akhir sampai juga ke Sogo. Bosan menerjah lagi di hati ini, melihat semua orang yang ke Sogo berpasangan Umairah jadi semangkin sepi tidak bertuan.

Menyusuri Compartment Women yang menempatkan pelbagai macam bentuk beg, Umairah teringat akan janji-janji Syed Uqail Hakimi yang berjanji akan membelikan beg coach untuknya.

Sedang asyik membelik-belik beg Braun Buffel tiba-tiba mata Umairah teralih kepada sepasang pasangan yang kelihatan sangat mesra sekali sedang menunggu giliran di kaunter bayaran.

Seorang wanita yang perpakaian sangat mengiurkan, mempunyai lenggokan yang mengoda sedang memaut erat lengan Syed Uqail Hakimi manakala Syed Uqail Hakimi merangkul erat pinggang wanita itu.

Hati Umairah menjadi sebak. Umairah melangkah mengekori Syed Uqail Hakimi. Memerhati tindak tanduk Syed Uqail Hakimi.

Sweet Talker…kasavona” Hatinya menyumpah, di teliga kedengaran lagu Sweet Talker oleh Carly Rae Jepsen. Memang kena dengan situasi..eeeee geramnya…aaauuummmm…dalam hati rasa mahu cakar-cakar sahaja muka Syed Uqail Hakimi. Pandai pula Sogo ini memperdengarkan lagu itu seumpama memahami apa yang Umairah rasa.

Digagahi juga untuk terus mengekori Syed Uqail Hakimi. Kelihatan wanita pengoda tersebut menarik tangan Syed Uqail Hakimi ke meja makan di Secret Recipe.

Pelayan datang menyerahkan menu book kepada Syed Uqail Hakimi, Dia meneliti menu book yang baru dihantar oleh pelayan. Asyik meneliti, Umairah melajukan langkah ke arah meja yang berada di belakang Syed Uqail Hakimi. Dia duduk tenang dan terus melambaikan tangan kepada pelayan. Tanpa melihat menu, Umairah segera mengoder Juice Apple dan Raspberry Cheese Cake. Di tika ini, hatinya hanya tuhan yang tahu.

Terlerai juga jawapan yang selalu berlegar di fikiran Umairah “Tidak berpunyakah dia”, Allah menunjukkan jawapan kepada Umairah siapakah Syed Uqail Hakimi. Walaupun belum pasti siapakah perempuan itu, tapi dari pandangan pertama, mereka seperti sepasang pasangan yang sangat romantik dan akrab.

Sama ada ia adalah benar atau tidak, apa yang terlihat di depan mata adalah Syed Uqail Hakimi, suami yang dinikahi oleh Umairah selama 8 hari bersama seorang wanita yang sangat cantik dan mengoda.

“Emmm…aku rasa cantik lagi aku…hahahaha” bicara suara hati Umairah, bila dengar rengekkan halus bersama ketawa manja wanita pengoda yang terlalu suka mengulus bulu roma di tangan Syed Uqail Hakimi.

“Emmm…jealous kah aku…huhuhuhu..”satu persoalan tiba-tiba menyergah apabila melihat wanita pengoda itu membenamkan bibirnya di pipi Syed Uqail Hakimi. Dengup jantung Umairah bergerak dengan pantas seperti degerang mahu perang.

“Eeeiii berani dia…suami ku tu…huhuhuhu…emmm suami..ohhh tidak…betulkah dia suamiku…Mr Kasanova..Miss Desparate..kenapa dia kiss suamiku di tempat public…ohhh..tidak..rasa sakit jantung..” Umairah mengomel seorang sambil makan dengan laju. Debaran di dada terasa sangat laju dan sakit seperti ada jarum sedang menyucuk-nyucuk.
Umairah menghabiskan tegukan air yang terakhir seperti tidak mempunyai rasa, yang ada rasa pahit.

Umairah melambai tangan kepada pelayan dan menyerahkan note RM20. Matanya terbeliak, terkejut memandang Syed Uqail Hakimi yang memeluk wanita pengoda sambil bibirnya mendekati teliga wanita pengoda berbisik sesuatu. Tergangga mulut Umairah di tutup cepat, mata Syed Uqail Hakimi dan Umairah bersatu. Air mata tiba-tiba bergenang, langkah di hayun laju. Hati terasa dihiris pisau yang tajam. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Duit baki di biar, dia berlalu dengan hati yang berbukam pilu di hiris pisau dan rasa jijik menerkam jiwa.

Melangkah segera ke perhentian teksi. Air di mata menjurai laju. Kepala Umairah tidak memahami mengapa air mata mengalir laju padahal hatinya pilu melihat kemesraan suami yang dinikahi atas kehendak keluarga sedang bercumbu dengan seseorang di khalayak ramai.

Teksi melucur laju meninggalkan Sogo yang penuh kenangan luka. Di radio kedengaran lagu Rapuh nyanyian penyanyi Indonesia terkenal Opick. Fikiran Umairah melayang jauh melayan perasaan hampa, sedih, sepi tak bertuan.

Handphone di dalam poket seluar Syed Uqail Hakimi bernyanyi merdu memanggil tuannya menjawap panggilan. “Umi…” terkeluar sepatah perkataan di bibir Syed Uqail. Amanda melepaskan rangkulan tangannya dari pinggan Syed Uqail Hakimi.

“Assalamualaikum umi..umi dah siap bershopping ke? ”
“Umi at IJN with Datin Zaiton, melawat Datin Noriah, Mairah tak call Kimi? Tadi dia cakap nak jumpa Kimi kat Sogo..”

Berubah muka Kimi, mendengar apa yang diperkatakan oleh Uminya. Bermaksud pandangan yang bertemu tadi adalah Umairah, isterinya.

“Oh…my god…damn…”
“Eh..nape ni…cakap macam tu kat umi. Did you meet Mairah…?” Tanya Datin Seri Halimah mengesan sesuatu perkara yang tidak baik berlaku.

“Umi…nanti Kimi call balik..i have something to settle..” Tangan Syed Uqail Hakimi berpeluh. Hatinya gundah-gulana, seperti rasa halilintar membelah dada. Satu perasaan yang tidak di fahami olehnya.

Nombor Umairah didial, jawapan sepi, masuk voicemail. Menambahkan rasa tidak sedap di hati.

“Amanda..i got to go… Urgent

Amanda melontarkan pandangan tidak puas hati. Merengus perlahan, belum puas bersama dengan Syed Uqail Hakimi.

So short…I will miss you darling..”
I really got to go…bye” Langkah Syed Uqail Hakimi laju meninggalkan Amanda terpingga-pingga menuju ke parking kereta.




Setiba sahaja di rumah, Umairah segera menelipon Ruby.
“Hi.. Ruby..i really need your help…”

“Hiii… what kind of help..?” Ruby menjawap dengan seribu persoalan di fikiran. Umairah jarang meminta tolong darinya terutama di waktu cuti.

Can you pick up me at No 1, Jalan 1, Saujana Impian Golf Country Resort?” Umairah segera memberi alamat kepada Ruby, kereta ibu mertuanya sudah dihantar, kunci diserahkan kepada orang gajinya. Sayu hati mengenangkan ibu mertuanya yang baik. Tapi bila dikenang tindakan Syed Uqail Hakimi, akal Umairah tidak dapat menerima perbuatan insan yang beragama islam itu mempunyai perangai memalukan.

“Ok..on da way..10 minit i sampai..”

“Cepatnya…you kat mana..?” belum sempat bertanya talian sudah diputuskan.

Ruby yang berada di Tesco yang berdekatan dengan Saujana Impian Golf Country Resort segera memecut kereta menuju ke alamat yang dinyatakan oleh Umairah.

“ Assalamualaikum…umi…Mairah dah hantar kereta umi, Kunci dah Mairah kasi pada bibik” lemah dan sayu kedengaran suara Umairah di corong handphone.

“Waalaikum Salam, are u ok dear?…Mairah jumpa Kimi tadi pukul berapa?” Datin Seri Sharifah Halimah yang mengesan sesuatu cuba bertanya kepada Umairah.

“Umi…Datin Noriah macam mana?” Jawapan Umairah cuba mengelak.

She getting better…are both of you ok?” Getaran suara yang resah kedengaran dicorong handphone, cuba kembali pada persoalan yang utama.

We are ok umi…don’t worry…umi take care..Mairah ada hal nak buat ni…Assalamualaikum…”Talian diputuskan.

Datin Seri Sharifah Halimah, terpingga-pingga di sebelah Datin Zaiton. Mengesan sesuatu buruk akan berlaku. Segera dia berdoa di dalam hati semoga perkara buruk tidak menimpa kehidupan anak dan menantunya.

Rasa bersalah mencengkam jiwa Umairah dengan tindakan yang dilakukan sebentar tadi. Niat di hati ingin menyembunyikan dan tidak mahu memperbesarkan hal yang dianggap remeh-temeh bagi Umairah.

“Kenapa hati aku sakit yer…sakit ker?” Persoalan demi persoalan muncul di fikiran Umairah. Masih lagi cuba menganalisa hatinya.

Kereta Ruby sudah ada dihadapan pekarangan rumah Datin Seri Sharifah Halimah. Umairah menyegerakan langkah,membuka pintu kereta dan melabuhkan pungungnya di sebelah Ruby.

Ruby tersenyum dan mengerutkan dahinya mengesan resah hati Umairah.

You ok ke?...something happen??…please share…I don’t want you stress..you look so tension….”

"Yup... i got problem...Ruby tolong hantar i balik rumah..i nak ambil kereta then i tumpang lepak rumah you yer..after subuh i chaoouuusss...boleh??

"No prob...i boring jugak ni. Lepas subuh.you nak ke mana?"

"I nak balik kampung dalam 2 hari. Selasa malam, i balik kl balik. Rabu I masuk kerja balik"

"Better u inform Mr T first. Let him know about your eSMR status ."

"I think should be no harm. All eSMR in UAT already, i sms him later"

Ruby mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang di perkata oleh Umairah. Cuma persoalan yang belum terlerai, mengapa Umairah bertindak ingin pulang ke kampung.

Kereta Ruby meluncur laju membelah kegelapan malam. Di parking kerete Townhouse Country Heights, Sg Ramal,  kereta Syed Uqail Hakimi sudah berada di parking menandakan Syed Uqail Hakimi sudah berada di rumah.

Umairah menyuruh Ruby memperlahankan kereta setelah masuk sahaja ke kawasan Sg Ramal Height.

"You berhentikan i kat sini. i jalan ambik kereta i."

Ruby, memberhentikan kereta.Umairah berlari anak, perlahan-lahan mendapatkan keretanya. Umairah cuba untuk bertindakan seperlahan dan sesenyap mungkin. Dia mendongak untuk mengintai rumahnya, lampu cerah menandakan Syed Uqail Hakimi ada di ruang tamu. Tiba-tiba lampu dipadam. Umairah terkejut.Dia mempercepatkan langkahnya, segera menghidupkan kereta dan berlalu dari kawasan parking kereta.

Syed Uqail Hakimi, terperasan kelibat kereta Umairah berlalu dari parking. Cuba mengejar tapi hampa.

Handphone Umairah menyanyi riang, memanggil-manggil tuan embunya supaya meangkatnya, tidak seperti hati Umairah yang gundah gulana. Masih terasa sakit di hati, di kepala masih tergambar aksi haram antara Syed Uqail Hakimi dan Ms Desperate.



1 comment: