Sunday, October 6, 2013

Bab 6 : My Sweetheart Isteriku

Bab 6

Syed Uqail Hakimi bersiap untuk ke tempat kerja. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Usai solat subuh tadi dia menyambung tidur kembali. Bila sedar jam di dinding sudah menunjukkan pukul pukul 7.30 pagi. Pintu utama dibuka, tiba-tiba teringat akan isterinya. Syed Uqail Hakimi memusingkan badan dan melajukan langkah menuju ke bilik Umairah. Dia menolak pintu bilik Umairah apabila mendapati pintu itu tidak tutup rapat. Dipandang sekeliling bilik itu, kemas. Penghuninya sudah pergi kerja mindanya berkata. Gara-gara menonton wayang semalam dia merasa mengantuk dan susah untuk bangun dari tidur sehingga tidak sedar yang isterinya sudah pergi kerja. Penat semalam masih bersisa.Rasa tekak yang perit, membuat Syed Uqail Hakimi melangkah ke dapur.  Teko air di atas meja menarik perhatian Syed Uqail Hakimi. Di tepi teko itu terletak sekuntum bunga ros berwarna lavender bersama sekeping nota.

“Ini macam bunga yang aku kasi kat dia..erm” Gomel Syed Uqail Hakimi. Dia mencapai kepingan nota kecil dan dibacanya.
Abang, Maafkan Mairah,
Mairah tak mampu jadi isteri yang sempurna dalam hidup abang,
Jemputlah minum air Teh bujang ni.
Nanti bila senang Mairah google macammana nak buat Teh Tarik paling best di dunnia ini untuk abang
Isterimu.

Tergelak Syed Uqail Hakimi membacanya. “Wah..isteriku sudah pandai pakai posto” Dalam hati ada taman. Usai meneguk air teh yang suam-suam kuku tersebut dia terus melangkah ke tempat kerja. Terasa hari yang dilalui sangat ceria dan bersemangat.

“Mairah, come to my place now..” Pagi-pagi lagi lagi Mr Sydney sudah memberi arahan, menunjukan taringnya sebagai bos.

“Ok bosss…” Usai meletak gagang telipon Umairah segara mencapai buku nota dan pen. Dihayunkan langkah dengan laju menuju ke cubicle tempat duduk Mr Sydney.

Dari jauh kelihatan Mr Sydney sedang rancak berbincang sesuatu dengan Syed Uqail Hakimi. Umairah memperlahankan langkahnya. Nampak kelibat Umairah yang masih jauh, cepat-cepat Mr Sydney melambai-lambai tangan kepada Umairah. Terpaksa Umairah mempercepatkan langkahnya.

“Hai, Mairah, do you know each other?” Mr Sydney, memulakan perbualan. Umairah memandang Syed Uqail Hakimi, begitu juga dengan Syed Uqail Hakimi. Mata bertentangan, Syed Uqail Hakimi memberi senyuman kepada Umairah, dengan pantas Umairah melarikan lirikan matanya ke arah Mr Sydney.

No” pendek jawapan Umairah. Terkandung ketegasan dalam jawapanya.

How, come? You at ITD must know each other” Bangkang Mr Sydney dengan jengkelnya. Terpamer muka cina ala-ala komunis. Seram!

“Well, let straight to the point. Mairah this is Uqail from Campu Bank team. Please assist him on open account screen.  He will develop new open account screen for Campu Bank. Migration project have to complete before end of this year.” Panjang lebar Mr Sydney menerangkan, manakala Umairah dan Syed Uqail Hakimi mengangguk faham.

Syed Uqail Hakimi menekur memandang wajah putih kemerah-merahan itu. Panjang Umairah menerangkan mengenai Open Account Screen bagi bank di Malaysia. Ruby dan Evelyn yang berada tidak jauh dari situ senyum sesama sendiri. Kisah di Mines masih belum berkesempatan bertanya kepada Umairah. Semalam selepas menonton cerita Iron Man 3, Umairah memaklumkan kepada Ruby dan Evelyn bahawa Syed Uqail Hakimi menghantarnya pulang. Ruby menjerit riang mendapat tahu perihal itu. Begitu juga Evelyn. Mereka berharap ada bibit cinta antara Umairah dan Syed Uqail Hakimi.

Sejam berlalu, tekak Umairah terasa perit, sepanjang penerangan banyak juga suaminya bertanya tentang existing flow open account screen yang wujud di Malaysia.

“Abang, Mairah nak pergi refill air, abang review dulu coding ni yer..” Lembut tutur Umairah.

“Abang? Kalau macam ini berterusan wah, gembiranya rasa hati” Usik Syed Uqail Hakimi.

“Uppss…sorrysorry..tersalah panggil” Cepat-cepat Umairah menutup mulut. Tersasul pula, macam dah biasa dengan panggilan nama itu. Wajah merona merah di kala itu, malu dengan kata-kata panggilan kepada suaminya.

Syed Uqail Hakimi ketawa berdekah-dekah, geli hati dengan gelagat isterinya.

Sementara menunggu Umairah mengambil air, Syed Uqail Hakimi kembali melihat coding. Kemudian cuba mengsimulasikannya mengunakan BDS System yang ada di pc Umairah. Tanpa sedar jam di pc sudah menunjukkan ke angka 12 pm. Waktu makan tengah hari sudah tiba.

Usai refill air dari tingkat satu, Umairah kembali ke tempat duduknya. Syed Uqail Hakimi, Ruby dan Evelyn masih belum berganjak dari  tempat duduk mereka,kerana menunggu dia untuk keluar makan tengah hari.
“Mairah, jom keluar makan” Ruby bersuara sebaik sahaja Umairah melintasi cubicle nya.
“Boleh juga, sekejap, I ambil wallet dulu” Cepat Umairah melangkah ke tempatnya.
Suaminya masih menggunakan pc. Umairah menjeling sekejap ke pc, melihat perihal apakah yang suaminya lakukan.
“I nak keluar makan, boleh tak kita sambung after lunch? Perut I dah berbunyi” Umairah memaklumkan kepada Syed Uqail Hakimi, berharap suaminya memahami.
“Jom, I belanja you” Syed Uqail Hakimi pantas merebut peluang.

Evelyn dan Ruby yang berada di tepi cubicle Umairah tersenyum dan serentak menjawab “Belanja we all jugak….” Ruby dan Evelyn pandang sesama sendiri kemudian ketawa bersama, merasa kelakar dengan aksi sepontan mereka.
“Ok, no problem” laju Syed Uqail Hakimi menjawab sambil menutup screen pc Umairah.
Umairah yang berada di sisi Syed Uqail Hakimi membisu, mukanya menunjukan reaksi tidak puas hati dengan tindakan untuk makan tengah hari bersama hari ini.

Syed Uqail Hakimi membawa mereka bertiga makan tengah hari ke kawasan pasar juadah yang bertempat bersebelahan dengan Universiti Tenaga Nasional atas pemintaan Ruby dan Evelyn yang ingin makan cendol dan rojak mamak. Keadaan yang sesak dengan kenderaan menyebabkan Syed Uqail Hakimi memakir kereta jauh dari tempat pasar juadah. Mereka turun dari kereta dan menyeberang jalan raya yang besar itu untuk sampai ke pondok yang menjual cendol dan rojak mamak. Umairah berjalan perlahan-lahan, manakala Ruby dan Evelyn jauh meninggalkan Syed Uqail Hakimi dan Umairah di belakang. Syed Uqail menekur padang ke arah muka putih kemerahan isterinya, kelihatan renik-renik peluh mula kelihatan di dahi isterinya.

Sweetheart, ok ke? Abang nampak muka Sweetheart pucat ni, abang hantar ke klinik lepas ni yer? ” Syed Uqail menyuarakan kebimbanganya melihat wajah Umairah bertukar pucat.

“Mairah ok, cuma pening je, mungkin semalam kurang tidur kot” jawap Umairah acuh. Tidak mahu suaminya berasa risau.

Sweetheart…watch out..” Jerit Syed Uqail Hakimi sambil menarik lengan Umairah rapat ke tubuhnya apabila sebuah van tiba-tiba mengundur,  ketika  Umairah sedang berjalan di belakang van tersebut.
Umairah yang terkejut mengurut dadanya sambil menyeru nama Allah. Terkesima dia memandang Syed Uqail Hakimi. Lama pandangan mereka bersatu.

“Mairah, are you ok?” Evelyn yang sudah berada di bawah pondok, segera berlari mendapatkan Umairah dan Syed Uqail Hakimi.

“Opppss..” Umairah segera meleraikan pegangan tangan Syed Uqail Hakimi.

“Yup.. jom makan” Perlahan-lahan Umairah berlalu menuju ke pondok juadah tersebut.

Ruby yang melihat dari jauh terpinga-pinga. Keadaan Ruby yang duduk membelakangkan panorama jalan raya membuatkan dia tidak tahu apa yang terjadi.

“Mairah, Ok ke?” Evelyn yang berjalan beiringan sekali lagi bertanya kepada Umairah.

“Yup.. I ok.. jom makan” Umairah mengangguk perlahan. Sekali lagi Umairah mengajak Evelyn makan.

Umairah merasa tidak selesa di bahagian perutnya. Tekaknya mula merasa mual. Tapi bila makananan sampai dia terus menyuap cendul ke dalam mulut. Syed Uqail Hakimi hanya memerhati gelagat isterinya yang kelihatan gelisah itu. Selepas tiga kali suapan Umairah mula memperlahankan suapannya. Tindakanya itu diperhati juga oleh Ruby.

“Mairah, lepas makan ni kita pergi klinik teruslah yer.” Ruby bersuara.

“I ok, tak pe, kerja kat office tu melambak, I pun belum habis explain about open account screen kat Mr Uqail” Jawab Umairah lemah.

Rojak yang dipesan Umairah tidak habis di makan. Hanya tiga suapan sahaja yang mampu di telah olehnya. Ruby dan Evelyn memang sangat lapar, cendol dan rojak di makan sampai licin. Syed Uqail membayar harga makanan. Manakala Ruby dan Evelyn berjalan beiringan dengan Umairah menuju ke tempat parking kereta.

Goladak di perut tidak dapat di tahan oleh Umairah. Sampai sahaja di tempat paking kereta Umairah belari menuju ke longkang berhampiran. Semua makanan yang dimakan tadi dimuntahkan ke dalam longkang. Dia menarik nafas panjang sambil menekan perutnya. Terasa perutnya senak.

“Kenapa dengan aku ni? Salah makan ke?” Gumam Umairah bersendirian.

Ruby dan Evelyn yang berada di belakang Umairah mengusap-usap belakang Umairah. Syed Uqail Hakimi berada di sisi Umairah pandang dengan penuh kerisauan. Air mineral yang tersimpan di bonet kereta dikeluarkan dan dihulur kepada Umairah. Umairah mencapai air tersebut dan membersihkan mulutnya.

“Masuk dalam kereta itu cepat, abang hantar ke klinik” Syed Uqail Hakimi tidak tahan menanggung kerisauan terhadap situasi isterinya sekarang. Ruby dan Evelyn perlahan-lahan memegang Umairah dan mengiringi Umairah masuk ke dalam kereta.

“Eve, Ruby I hantar you all kat guard house, nanti you inform Mr Sydney and Mr Mari that I brought Mairah to klinik, nanti dah settle semua I call my boss and her boss” Kata Syed Uqail Hakimi yang sedang risau dengan keadaan isterinya.

Umairah yang duduk di bahagian belakang memejamkan mata sambil memicit-micit kepala. Sesekali wajah Umairah ditenung melalui cermin. Jelas kelihatan wajah isterinya itu pucat.
Usai menghantar Ruby dan Evelyn di guard house Syed Uqail Hakimi segera mengejarkan Umairah ke Klinik Salak yang berdekatan yang BB Bank.

Sweetheart baring dulu. Nanti sampai klinik abang kejutkan”

 Umairah tidak membalas kata-kata suaminya. Di ambil bantal kecil untuk dibuat alas kepala, kemudian merebahkan diri di bahagian seat belakang. Syed Uqail Hakimi memandang dari cermin melihat gerak-geri Umairah.

Lama Syed Uqail Hakimi menekur padang ke arah Umairah. Terbit rasa kesian kepada isterinya itu. “Ya Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada isteriku, Amin” Doa Syed Uqail Hakimi di dalam hati.
Sampai di pakir klinik, perlahan-lahan Syed Uqail Hakimi membawa jari-jemarinya mendekati wajah Umairah. Dia cepat-cepat menanggalkan pin tudung Umairah. Terasa jari-jemarinya semakin gatal. Dia kemudian cepat-cepat menanggalkan pula tudung serta skaf yang dipakai Umairah. “Tidur mati ke isteriku ini?” Gomel Syed Uqail sambil tersenyum nakal. Perlahan-lahan jarinya melurut lembut rambut isterinya itu. Kali kedua Syed Uqail Hakimi melihat rambut isterinya itu. Dikucup dahi isterinya itu. Raup wajah yang pucat itu sedikit sebanyak merunsingkan hatinya.

Syed Uqail Hakimi menyeluk poket seluarnya, diambil handphone lalu menekan nama Dr Yuslina.

“Yus.. I ada kat luar klinik ni, my wife sakit, tadi dia muntah-muntah, I rasa dia pening, sebab I nampak dia picit-picit kepalanya.” Panjang Syed Uqail Hakimi menerangkan kepada Dr Yuslina yang merupakan sahabat sekolahnya dahulu. Dr Yuslina mendengar dengan teliti. Tapi penyataan Syed Uqail Hakimi mengenai “my wife”, sedikit mengejutkan dia. Dr Yuslina segera keluar dari bilik di kliniknya menuju ke tempat parking kereta yang berada di sebelah klinik tersebut.

“Assalamualaikum…Kimi…” Dr Yuslina memberi salam sambil menjenguk kepala ke dalam kereta.

“Yus…my wife…” spontan Syed Uqail Hakimi menjawab dengan perasaan terkejut.

“I check dulu. You tolong angkat baju dia, I nak dengar pergerakan usus dia” Dr Yuslina mengarah. Syed Uqail menelan air liur. Kemudian dia tersenyum senget, mempamerkan wajah serba salah. Belum pernah lagi dia menyentuh Umairah. Perlahan-lahan Syed Uqail menyelak baju kurung Umairah. Dr Yuslina meletakkan teleskop ke perut Umairah.

“Kimi, I tekan sikit perut wife you” Dr Yuslina memohon kebenaran.

Syed Uqail Hakimi mengangguk memberi kebenaran

Dr Yuslina meletaknya tangannya di perut Umairah, di tekuk perut Umairah beberapa kali. Perlahan-lahan kelopak mata Umairah bergerak.

“Dah sedar dah ni, your wife” Dr Yuslina memberitahu Syed Uqail Hakimi.

Umairah yang terkejut, segera duduk tegak. Di raba rambut yang sudah tidak bertudung.

“Err.. mana tudung i?” Mata Umairah memandang Dr Yuslina.

“Kimi..your wife dah start demam ni, I kasi ubat demam, muntah dan sakit kepala, Kimi you ikut I ambil ubat” Dr Yuslina memandang Umairah kemudian mengalih pandangan kepada Syed Uqail Hakimi.
Umairah tercegang melihat Dr Yuslina dan suaminya. Matanya melilau mencari tudung.

“Ok, Dr…, Sweetheart baring dulu, abang ambil ubat kejap” Sekali lagi dahi Umairah dikucup. Seram!. Tiba-tiba terasa ada rama-rama sedang berkocak di dalam perut.

“Errmm…suka hati dia je nak cium aku..ambil kesempatan lah tu…Haaah..dia buka tudung aku..kurang ajar betul, kejap-kejap..di selak baju aku…memang kurang ajar ini…aaahhh geramnyer…sedihnya ” Umairah mengomel sendiri, matanya mengekor bayang suaminya yang berlalu berjalan beriringan bersama Dr Yuslina sehingga bayang itu masuk ke dalam klinik. Umairah kembali merebahkan badannya di atas tempat duduk belakang. Pening kepalanya makin menjadi.

“Jom kita bincang kejap dalam bilik I” Dr Yuslina mengajak Syed Uqail Hakimi ke bilik rawatan setelah dia menyerahkan description ubat kepada farmasi.

Syed Uqail Hakimi mengikut langkah Dr Yuslina ke dalam biliknya.  “Jemput duduk” Dr Yuslina seperti biasa melayan baik kepada pesakitnya. Tetapi di hadapanya bukan sahaja pesakit tetapi kawan sekolahnya, juga kawan baik suaminya.

Your wife? Bila you kahwin? Amanda?” Pendek soalannya tapi panjang ceritanya.

“Yup, my wife, i dah kahwin almost two weeks, Izzat tak inform you ke Yus? Oh ya, you pergi oversea waktu I nikah. I tak buat reception kat sini, I buat kat Cameron, she is my mom and arwah father best friend’s daughter. About Amanda, I tak fikir lagi nak kasi tahu dia, dan bagaimana nak bagi tahu dia. Lagi pun she not around about two months right? Biarlah masa yang menentukannya.” Panjang Syed Uqail bercerita kepada Dr Yuslina yang merupakan isteri kepada sahabat baiknya juga.

“You boleh terima dia as your wife?” Tanya Dr Yuslina lagi.

Actually, I love her since my childhood, but just me, not her, she lost her memory that also my fault” Keluh Syed Uqail Hakimi.

“Waktu umi suruh I kahwin, I rasa confius juga, tapi kenangkan wasiat arwah ayah, I kahwin jugak” Sambung Syed Uqail Hakimi bercerita.

Cerita Syed Uqail Hakimi semakin menarik perhatian Dr Yuslina. “What do you mean?”

“Dulu waktu I kecil, waktu zaman sekolah dulu lah, I memang rapat dengan Umairah, waktu cuti sekolah mesti ayah I dan umi akan hantar I ke rumah family Umairah, I memang rapat dengan keluarga Umairah, kejadian terjadi bila I, Umairah dan adik dia, Zarra bermain di kawasan perumahan pekerja. Dekat belakang rumah tu ada pokok besar, atas pokok besar tu ada pondok, pondok tu perkerja ladang yang bina khas untuk Umairah dan Zarra bermain. Suatu hari tu, I tengah main masak-masak dengan Umairah dan Zarra. Hujan lebat, I nasihat kat Umairah dan Zarra supaya balik sebelum hujan semakin lebat. Sedang sibuk menuruni tangga tiba-tiba dahan pokok tu patah, nak di jadikan cerita, I dan Zarra dah turun, Cuma Mairah yang tinggal dalam pondok tu. Di sebabkan pondok itu menghimpap Umairah menjadikan dia hilang ingatan. So semua peristiwa sebelum kejadian itu, dia lupa so I pun dia lupa..macam tulah serba sedikit ceritanya.” Panjang Syed Uqail Hakimi bercerita kepada Dr Yuslina.

Dr Yuslina mendengar dengan penuh minat, sambil mengangguk-nganggukan kepala. Dia diam sekejap selepas mendengar cerita Syed Uqail Hakimi.  “May be I boleh tolongkan you selesaikan masalah ingatan dia yang dulu?” Dr Yuslina menawarkan diri.

“Emmm…I kena bincang dulu dengan my parent in law, because after that case I don’t know next story , I enter boarding school, ayah and umi did’t tell me our update me about Umairah.” Sekali lagi Syed Uqail Hakimi menjelaskan kepada Dr Yuslina.

“If that case, it’s ok, any time if you need my help just inform, my pleasure to help you” Pantas Dr Yuslina memberitahu Syed Uqail Hakimi.

Jam di tangan di kerling Syed Uqail Hakimi. Dia bingkas bangun, tidak perasan jam berlalu dengan pantas. “I got to go, send my regards to Izzat, thanks ya Yus”.

“Yus, hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan” Sempat lagi Syed Uqail Hakimi bermadah kepada Dr Yuslina. Dia berlalu dengan senyuman di bibir.

Dr Yuslina mengangguk tanda faham akan kata-kata yang diungkapkan oleh sahabatnya.
Ubat untuk Umairah diambil di kaunter farmasi, form untuk mendapatkan rawatan juga diisi Syed Uqail Hakimi. Dengan tergocoh-gocoh dia segera keluar dari klinik menuju ke tempat parking kereta. Kelihatan Umairah masih lagi terbaring sambil memegang tudungnya. Tanpa berlengah Syed Uqail Hakimi terus memandu kereta membelah cuaca yang panas terik.



3 comments:

  1. ohhh...ade cerita di sebalik perangai sara...cian nyer kat sara yg hilang memori silam....makin menarik dek writer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D..selamat membaca kak..terima kasih sbb sudi mengikuti perkembangan cerita ini.

      Delete
  2. Satu persoalan terjawab dan ada lagi misteri ...betul kn?

    ReplyDelete