Saturday, November 2, 2013

Bab 14 : My Sweetheart Isteriku

Bab 14

Memandang signboard “Pusat Bandar” Umairah menjadi hairan. Dari tadi dia diam tidak bersuara. Hanya diam mendengar suaminya meluahkan rasa hati. Bagi Umairah dia belum bersedia untuk mengulas dan menyuarakan rasa hatinya. Dia berdoa agar suaminya mampu bersabar dengan karenah dia yang masih serba salah dengan status diri.

“ Abang nak pergi mana ni? Ini jalan ke pusat bandar” Umairah bersuara setelah lama diam. Dipandang wajah suaminya yang sentiasa tenang. Walaupun Umairah tidak membalas rasa cinta kepadanya, Syed Uqail Hakimi tetap tenang.

Syed Uqail Hakimi memandang Umairah sekilas, kemudian memandang kembali jalanraya. Jalanraya yang sesak. Sesesak rasa dadanya yang mengharap Umairah dapat menerima rasa cinta yang sama. Rasa cinta yang halal sebagai suami isteri. Berharap Umairah tidak meminta perkara yang amat dia takutinya, cerai!. Masih terbayang di ingatan peristiwa awal perkahwinan mereka, selepas sebulan usia perkahwinan mereka jika tidak ruang di hati mereka berdua, Umairah berharap agar perkahwinan ini dibubarkan. Perkara yang di takuti oleh seorang yang bergelar isteri tetapi tidak untuk Umairah. Syed Uqail Hakimi yang terlebih risau.

“Haah, Umi ajak dinner at Jogoya, then night at JW Marriott , so kita pergi shopping dulu, ke sweetheart nak tidur dengan baju nie..? ke..hem..hem..” perlahan Syed Uqail Hakimi menjawab, sempat mengusik isterinya.

Umairah membulatkan mata, terkejut dengan perjelasan yang baru didengari“Apa hem..hem..? abang ni kan..memang nakal kan..suka betul usik Mairah”

Syed Uqail Hakimi tertawa, mendengar getaran suara Umairah, cepat Syed Uqail Hakimi menjawab“Abang serius ni, umi, kak Aisy yang ajak tadi. Ye ker, abang sikit pun tak usik Mairah. Cuit pun tidak tau...suci murni lagi”

“Dahlah tak nak cakap dengan abang” Umairah menarik muka, memuncungkan mulutnya. Comel! Syed Uqail Hakimi mengintai dari ekor matanya.

Sweetheart kita zohor dulu, dah nak masuk waktu asar dah. Lepas asar kita bertolak. Tak jauh lagi pun dah nak sampai.” Ajak Syed Uqail Hakimi, apabila sampai di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.”

Umairah mengangguk, cepat dia melangkah keluar dari kereta menuju ke dalam masjid . Masih terkesan dengan kata-kata suaminya tadi. Walaupun dalam nada bergurau Umairah sedar  akan kekurangan diri. Dari hari pertama hingga ke hari ini dia belum lagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dalam erti kata yang sebenar. Banyak perkara lagi harus di selesaikan. Berterus terang kepada Hazrul Haizan adalah perkara yang harus dilakukan. Tapi Umairah masih mencari kekuatan untuk menceritakan perkara sebenar kepada Hazrul Haizan. Tidak sabar menunggu kepulangan kekasih yang tidak kesampaian.


Usai solat Umairah masih mendiamkan diri, sisa geram dengan gurauan Syed Uqail Hakimi masih di hati. Melihat Umairah diam tidak berbicara hati suami rasa gundah gulana. Syed Uqail Hakimi mengulurkan tangan untuk bersalam dengan Umairah, Umairah tidak menyambut, dia buat-buat tak nampak, pada hal tangan Syed Uqail Hakimi ada di hadapan mata.

“Dah lah tu, sweetheart, abang minta maaf jika gurauan abang melukakan hati sayang” Di tarik muka Umairah memandang matanya. Pandangan mengharap kemaafan dari isteri tersayang.

“Mairah, maafkan, abang. Abang, Mairah sedar, Mairah tidak menjalankan tanggungjawab Mairah, Mairah belum bersedia, maafkan Mairah. Tolong beri Mairah sedikit masa untuk Mairah selesaikan perkara-perkara yang belum selesai” Bergetar suara Umairah. Air mata Umairah bercucuran keluar. Dia betul-betul tersentuh dan rasa bersalah. Perasaan cinta dan kasihnya kepada suaminya yang sedang berputik harus di sembunyikan sehingga dia berterus terang dengan Hazrul Haizan.

“Dah lah tu, janganlah sedih, abang akan tunggu sweetheart walaupun 100 tahun, sebab abang really love you.” Ditarik hidung Umairah lembut. Kemudian jari jemarinya mengusap lembut air mata yang bersisa di pipi isterinya. Umairah tunduk dan merelakan tindakan suaminya.

“Jom...Pavilion..” bisik Syed Uqail Hakimi perlahan, matanya memandang mata Umairah. Abang sayang awak sangat, dari dulu hingga kini dan selamanya. Bisik hati Syed Uqail Hakimi.

Pujuk Syed Uqail Hakimi, dengan harapan mood Umairah akan kembali ceria“Kak Aisy belanja makan malam di Jogoya. Malam ini kita stay di JW Marriott , abang teman sweetheart beli barang. Abang pun ada barang nak beli.”

“Jogoya! Yes! Bestnye, lama Mairah tak makan kat situ. Yum..yum..laparnya...Mairah nak makan dim sumlah.. wah bestnya...baiknya kak Aisy.” tiba-tiba sahaja mood Umairah bertukar ceria bila mendengar perkataan Jogoya. Syed Uqail Hakimi menyerigai melihat telatah isterinya yang tadi sedih tiba-tiba menjadi ceria. Rasa bersyukur kehadirat Illahi melihat Umairah ceria kembali, ke ceriaan dan ke gembiraan Umairah adalah ke gembiraan dia juga.

Syed Uqail Hakimi menghidupkan kereta berlalu meninggalkan pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur menuju ke JW Marriott Hotel yang terletak di tengah ibu negara. Keadaan lalulintas yang sesak membuatkan perjalanan ke sana mengambil masa yang lama. Umairah yang dari tadi diam tidak berkata kini sibuk berbincang mengenai hidangan di Jogoya, nampak minatnya yang mendalam terhadap makanan jepun. Syed Uqail Hakimi gembira melayan cerita isterinya itu. Tidak di sangka mereka suka makan di tempat yang sama. Satu kebetulan hasil belanja dari kak Aisy. Keadaan jalan Bukit Bintang yang sesak dengan pengunjung yang berbilang bangsa memyebabkan Syed Uqail Hakimi mengambil keputusan untuk terus parking kereta di basement JW Marriott Hotel. Di pimpin tangan Umairah keluar ke lobby hotel.

Sweetheart, jom..Pavilion” Ajak Syed Uqail Hakimi sambil berjalan mengenggam erat jari jemari isterinya menuju ke pintu keluar. Umairah hanya mengikut tanpa kata. Terpegun dengan kecantikan hotel JW Marriott yang bertaraf lima bintang. Pertama kali dia melangkah ke hotel tersebut.

Sampai di pintu Pavilion yang berhadapan dengan Star Hill, Syed Uqail Hakimi menarik Umairah ke butik Coach. “Masuk dalam jom.Abang still own sweetheart Coach handbang right?”

Umairah diam terkesima memandang suaminya, dengan pandangan tidak percaya.“Wow! Macam tak percaya abang treat me. Coach kot! Expensive!, Mairah selalu beli online US waktu sale je, rasa membazir pula.”

I’m yours husband, almost one month abang promised sweetheart handbang right?” Muka Syed Uqail Hakimi merasa panas, segan dengan reaksi Umairah.

Muka Umairah yang merona merah, menahan malu dan terkejut, perlahan dia berbisik, tapi masih kedengaran bisikannya di teliga suami“Mairah joked saje.”

Jawab Syed Uqail Hakimi menarik tangan Umairah masuk ke dalam Butik Coach“It’s ok sweetheart, abang ikhlas nak belikan untuk wife abang.”

“Ok. Thanks very much” Umairah berjalan membuntuti suaminya masuk ke dalam butik Coach. Terukir senyuman kebahagiaan di bibir Umairah. Yelah siapa yang tidak gembira bila suami belanja kan?. Rama-rama berkuak gembira di dalam perut Umairah. Terasa gelinya.

Leka melayan karenah isteri yang ceria memilih handbag. Sesekali Syed Uqail Hakimi memandang handphonenya. Hati yang riang bertukar menjadi gundah apabila membaca whatsapp dari Amanda.“Sayang, almost one month you never contact i, i called  you never pick up, why?” lama Syed Uqail Hakimi menekur memandang screen handphonenya. Tidak pasti ayat apa harus dibalas.

“Abang, ok tak?” tanya Umairah sambil mengayakan di hadapan suaminya.

Yes, very nice. Sesuai sangat. Jom abang bayar.” reaksi Syed Uqail Hakimi terkejut, lalu bangun dari tempat duduknya di hadapan rak beg.

Selepas membayar beg Coach yang pilih Umairah, Syed Uqail Hakimi mengajak Umairah membeli barang keperluan lain untuk mereka bermalam di hotel. Perasaan seram yang menjalar dalam diri Umairah di sembunyikan diam-diam. Dia cuba berlagak tenang, padahal dalam hati hanya tuhan yang tahu bertapa takutnya dia bermalam berdua-duaan dengan insan yang bergelar suami dalam bukan erti kata yang sebenar.

“Salam Kimi. Umi dan kak Aisy dah ada dalam Jogoya ni. Jumpa sini yer.”
“Ok kak Aisy. Nanti lepas solat Maghrib, kita jumpa” Jawap Syed Uqail Hakimi takala kakaknya memberitahu kehadiranya di restoran.

Sweetheart ada apa-apa nak beli lagi tak? Umi dan kak Aisy dah tunggu di Jogoya”tanya Syed Uqail Hakimi. Dipandang Umairah dengan pandangan yang tajam. Seram!

“Tak de apa dah abang.let’s go..solat” jawap Umairah sambil tunduk. Tidak mampu membalas pandangan mata suaminya. Hari semakin meredup makin rasa seram!. Debaran dada juga semakin kuat debarannya.

Sampai sahaja ke dalam restauran, Umairah mempercepatkan langkah menuju ke arah meja yang menempatkan kakar ipar dan ibu mertuanya.
“Umi, kak Aisy apa khabar?”
“Baik. Mairah apa khabar?” jawab kakak ipar dan ibu mertuanya serentak.
“Abang Hasrul tak ikut ke?” tanya Umairah apabila melihat kelibat birasnya tiada.
“Tak, abang stay di KK, banyak lagi perkara yang tak settle, Ayu.. Adam... mari salam mak su, pak su ni”terang kakak iparnya seraya mengajak anak-anaknya menyalami tangan Umairah dan Syed Uqail Hakimi.

“Mak su, mak su ingat Adam lagi tak?” laju Adam meluru ke arah Umairah, dipeluk pingan Umairah yang sedang duduk di sebelah Syed Uqail Hakimi.

“Ingat, mana boleh mak su tak ingat, Adam kan handsome.” Jawab Umairah mengusik, didukung Adam duduk di atas ribanya.

“Handsome macam pak su kan? Mak su pun cantik, Adam tengok mak su makin cantik lah.”puji Adam. Umairah tersenyum malu memandang muka suaminya. Syed Uqail Hakim tertawa riang melihat gelagat anak saudaranya.

“Amboi! Pandai bodek mak su yer, Adam nak makan apa? Jom ikut pak su pilih makanan”segera Syed Uqail Hakimi mendokong Adam dan berlalu dari meja makan.

“Mairah, dah berisi?” tanya kakak ipar Umairah. Soalan cepu emas. Bersama pun belum macammana nak ada isi. Debaran dada Umairah makin kuat, seperti mahu terkeluar jantung.

“Belum rezeki lagi kak Aisy”jawab Umairah perlahan. Mukanya yang merona merah makin merah apabila kakak iparnya bertanya soalan sensitif kepadanya.

“Ha! Cepat-cepatlah, akak tak sabar nak tunggu anak saudara ni, umi pun samakan umi?” usik Sharifah Nur Aisy Aqila. Umairah senyum tersipu malu.

Datin Seri Sharifah Halimah, tersenyum melihat gelagat Umairah yang malu-malu. Seraya berkata “Tak pe Mairah, take your time, umi mampu sabar.Jangan gopoh-gopoh”

Sharifah Nur Aisy Aqila sambung bersembang.“Mairah kerja ok?Kimi layan Mairah baik?”

“Alhamdulillah, semua ok kak Aisy” jawab Umairah malu-malu, matanya mencari kelibat suaminya.

“Bila nak bercuti bulan madu ni?”soal Sharifah Nur Aisy Aqila membuat Umairah kelu, Umairah diam seketika mencari ayat terbaik untuk menjawab.

Tak sure kak Aisy, abang Kimi busy, akhir minggu depan kena pergi Champu seminggu, lepas tu kena pergi Jakarta pula. Banyak juga tanggungjawab abang.”jawab Umairah tenang.

“Jakarta? Mairah ikutlah, kak Aisy sponsor nak?”laju ayat keluar dari mulut kakak ipar Umairah. Bunyi teruja apabila mendapat tahu bahawa adiknya akan ke Jakarta.

“Kak Aisy kena bincang dengan abang Kimi lah kak Aisy, Mairah tak boleh buat keputusan.”jawab Umairah serba salah.

“Kimi? kak Aisy cakap sure dia on punya, ok nanti kak Aisy inform Kimi” balas Sharifah Nur Aisy Aqila dengan perasaan teruja melihat adiknya bahagia.

“Kak Aisy, di office no body know, Mairah dan Kimi housband and wife.”akhirnya Umairah terpaksa berterus terang kepada kakak iparnya. Nasib baik ibu mertuanya sedang melayan Ayu memilih makanan.

“Kimi ada cerita pada kak Aisy. Mairah kerja dengan umi lah. Kak Aisy dan abang Hasrul kena handle company di KK, for time being, Mairah tolong umi handle company di KL.Mairah jangan terasa hati pula, It’s ok kalau Mairah tak nak. Kak Aisy ada juga bincang dengan Kimi, tapi dia suruh kak Aisy cakap sendiri dengan Mairah.”terang Sharifah Nur Aisy Aqila panjang kepada adik iparnya berharap Umairah akan setuju dengan tawarannya.

“Nanti Mairah fikirkan kan kak Aisy.Yelah kesian juga umi kerja seorang-orang sepatutnya dah tiba masanya umi berehat.” Ujar Umairah. Rasa bersalah menyelubungi diri.

“Sweetheart makan apa? Tak ambil lagi makanan? Share dengan abang?” tanya Syed Uqail Hakimi apabila sampai di meja makan. Dihulur pingan yang penuh dengan dim sum kepada Umairah.

“Emm..tak apa abang... eh! nampak menarik, Mairah pergi ambil makanan dululah kak Aisy, abang. Eh umi mana yer?”  cepat-cepat Umairah bangun meninggalkan kakak iparnya bersama SyedUqail Hakimi. Malam ini Umairah berasa sangat tertekan dengan persoalan kakak iparnya dan juga risau akan perkara yang bakal terjadi malam nanti.

“Tu, tengah layan Ayu pilih makanan.”jawab Syed Uqail Hakimi memuncungkan mulutnya ke arah uminya yang sedang sibuk melayan anak saudaranya.

“Kimi, nanti lepas makan bawa Mairah pergi JW Marriott  lah, room 286, one more thing, kak Aisy sponsor honey moon. Lepas balik Champu, Jakarta kan? Bawa Mairah sekali honey moon. Kesian dia. Kamu ni asyik kerja saja. Kena juga spent time dengan Mairah. Kenal hati budi suami isteri.” tegas Sharifah Nur Aisy Aqila berkata kepada adiknya.

“Wow! Kak Aisy nak kasi Kimi on je. Ok juga idea kak Aisy tu.” Jawab Syed Uqail Hakimi ceria. Dalam hati ada taman, berbunga-bunga.Kisah malam ini belum lagi habis, tidak sabar untuk berdua-duaan dengan isteri tercinta, kini kakaknya membuka peluang untuk dia berdua-duaan lagi dengan isterinya di negara asing. Selama ini masa sangat terhad, jumpa waktu makan sahaja, lepas makan masuk ke bilik masing-masing, buat hal masing-masing.
“Kak Aisy treat macam-macam ni, “masyuk” ke kak Aisy?” tanya Syed Uqail Hakimi hairan kepada kakaknya.

“Alhamdulillah Kimi, akak 80% confirm akak stay di KK, kak Aisy nak minta tolong Kimi handle company di KL, umi dah tua Kimi, dah masa Kimi fikirkan pasal company ayah. Kak Aisy ada offer Mairah tadi, dia nak fikir dulu.” Sharifah Nur Aisy Aqila berterus terang dengan adiknya, berharap sangat adiknya akan mengambil alih segala urusan berkaitan syarikat kepunyaan keluarganya.

“Emm... ok juga kalau Mairah setuju. Kimi kesian lihat dia kena buli dengan boss, pasal Kimi, may be Kimi habiskan dulu semua projek yang Kimi handle, sampai masa Kimi inform kak Aisy” terang Syed Uqail Hakimi, berharap agar kakaknya memahami.

Makan malam yang menyeronokkan, dengan kehadiran dua orang anak buah Syed Uqail Hakimi menambahkan keriuhan suasana malam di tengah kota. Banyak cerita Sharifah Nur Aisy Aqila kepada adiknya Syed Uqail Hakimi mengenai perjalanan syarikat mereka yang semakin berkembang. Umairah banyak mendiamkan diri menikmati makanan dan melayan karenah dua-dua anak saudaranya. Melihat keakraban Syed Uqail Hakimi dan kakaknya, Umairah terpesona, kadang kala dia mencuri pandang wajah suaminya yang tekun bersembang dan berbincang pasal company warisan keluarga bersama ibu mertua dan kakak iparnya. Terserlah sifat kaliber Syed Uqail Hakimi.


No comments:

Post a Comment