Sunday, November 3, 2013

Bab 15 : My Sweetheart Isteriku

Bab 15

 Kaki berat untuk berjalan, lambat-lambat Umairah melangkah. Sesekali Umairah membetulkan kedudukan Ayu yang dikendongnya. Ayu lena di ulit mimpi, tidak berkutik sedikit pun walaupun sesekali Umairah membetulkan cara dia memegang Ayu. Syed Uqail Hakimi pula, mengendong Adam yang turut sama tidur. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik hotel, Datin Seri Sharifah Halimah cepat-cepat membuka pintu. Manakala Sharifah Nur Aisy Aqila cepat-cepat meletakkan barang di atas meja, dikemas katil yang sememangnya sudah kemas, ditarik comforter, memberi laluan untuk Syed Uqail Hakimi dan Umairah meletak Adam dan Ayu. Syed Uqail Hakimi turut baring sama, selepas membetulkan kedudukan anak saudaranya. Umairah pula melepaskan lelah di atas Armchair yang mewah, bau bilik yang harum melegakan rasa lelahnya. Umairah menutup mata sambil menghirup udara yang nyaman.

“Aaaaa” jerit Umairah terkejut. Muka Syed Uqail Hakimi berada seinci dari wajahnya.

Sweetheart, jom...” ajak Syed Uqail Hakimi, ditarik tangan Umairah. Umairah bangun dari sofa dalam keadaan yang masih terkejut.

“Kimi, jaga Mairah baik-baik, esok kita breakfast together yer, Mairah thanks for the cup cake  and macaroni.”pesan Datin Seri Sharifah Halimah kepada anak menantunya itu, tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih di atas masakan yang dibekal oleh Umairah.

“Umi, kak Aisy, thanks for today treats, lovely sangat.” Ujar Umairah. Tangannya ditarik Syed Uqail Hakimi menyebabkan langkahnya turut laju mengekor suaminya, sempat dia melambai ke arah ibu mertua dan kak iparnya. Sharifah Nur Aisy Aqila mengekek ketawa melihat gelagat Syed Uqail Hakimi dan Umairah, manakala Datin Seri Sharifah Halimah mengeleng-geleng kepala sambil tersenyum melihat perihal anak dan menantunya. Dalam hati dia menitipkan doa agar kebahagian sentiasa memihak kepada anak dan menantunya itu.

Umairah mengikut sahaja langkah Syed Uqail Hakimi. Sehingga Syed Uqail Hakimi berhenti di hadapan bilik 286 yang terletak selang beberapa bilik dari bilik Sharifah Nur Aisy Aqila dan Datin Seri Sharifah Halimah.

“Auucchh..sakitnya” rintih Umairah, terlanggar belakang suaminya yang tiba-tiba berhenti.

“Opppsss...sorry...jap dah sampai ni, abang bukakan pintu dulu” ujar Syed Uqail Hakimi, sekilas dia memandang isterinya dan membuka pintu bilik.

Welcome, my princess sweetheart...” Syed Uqail Hakimi menyambut Umairah persis seorang puteri. Umairah berjalan ala-ala tuan puteri dengan senyuman tidak lekang di bibir. Lupa kepenatan sebentar tadi.

“Wow! Cantiknya, eh lain sikit dari bilik umi dan kak Aisy.”teruja Umairah melihat keadaan bilik yang sangat cantik dengan haruman bunga ros, bunga kesukaannya.

“Wow! Cantiknya...terima kasih abang” sekali lagi memuji sambil menyambut sejambak bunga dari tangan suaminya, lalu dibawa ke hidung dan dihidunya. Umairah kemudian memandang ke wajah suaminya yang dari tadi memerhati gelagatnya sambil tersenyum.
Sempat tadi Syed Uqail Hakimi memesan bunga dari reception hotel ketika Umairah sibuk memilih handbag.

Sweetheart mari sini, duduk dekat abang.” Panggil Syed Uqail Hakimi, sambil tangannya menepuk tilam di atas katil, dia sedang landing sambil meniarap. Matanya memandang tajam ke arah isterinya.

“Abang jangan buat macam-macam tau” tiba-tiba Umairah tersedar diri yang dia berdua dengan suaminya di dalam bilik. Timbul rasa seram!. Mana tidaknya keadaan Syed Uqail Hakimi yang tiba-tiba mengoda di matanya.

“Macam-macam apa maksud sweetheart?” tanya Syed Uqail Hakimi buat-buat tidak tahu. Padahal dari getar suara Umairah, Syed Uqail Hakimi tahu yang isterinya sedang takut.

“Eeeeii... abang ni memang macam-macamlah, Mairah penat ni.” Umairah memberi alasan yang lari dan tidak berkaitan dengan tajuk.

“Marilah, abang urutkan.” panggil Syed Uqail Hakimi kepada isterinya lagi dengan panggilan yang tiba-tiba kedengaran lain di telinga Umairah. Wah apa jadi dengan pendengaran aku ni, kenapa tiba-tiba rasa mendayu dia panggil aku ni. Bisik Umairah di dalam hati. Kakinya tanpa sedar melangkah ke arah suaminya.

Umairah melabuhkan punggung ke sebelah suami. Syed Uqail Hakimi yang sedang meniarap cepat-cepat bangun lalu duduk di sebelah Umairah. Pelahan-lahan jari jemari melekat di bahu Umairah. Dipicit bahu itu perlahan-lahan. Umairah yang dari tadi lenguh mengendong Ayu terasa selesa dan hayal bila suaminya memicit bahunya.

“Ok? Lega tak? ”tanya Syed Uqail Hakimi.

“Lega sangat, terima kasih abang, pandai abang urut” puji Umairah.

“Pandai sangat. Especially urut sweetheart, nak lagi ke meh abang urutkan lagi.”usik Syed Uqail Hakimi sambil menunjukan jari jemarinya dengan gaya meramas kepada isterinya.

“Eeee....lebih dah ni, tak nak lah. Mairah nak mandi dulu.” cepat-cepat Umairah bangun dari katil dan berlalu menuju ke bilik air, sebelum masuk ke bilik air sempat lagi dia menyambar beg plastik yang berisi pakaian yang baru dibelinya tadi. Sepasang pajamas bercorak bunga ros kecil berwarna merah, pilihan suaminya.

“Abang join sekalilah, boleh tak? Besar tu bilik air boleh masuk ramai, ni kalau ada anak satu family boleh mandi bersama ni” usik Syed Uqail Hakimi, muka Umairah merona merah, malu dan menahan marah dengan usikan berbahaya suaminya. Syed Uqail Hakimiketawa terbahak-bahak apabila memandang mulut Umairah yang mengetap gigi tanda geram. Dalam jiwanya wujud perasaan bahagia yang tidak pernah dirasa sebelum ini walaupun bersama Amanda.

“Ya Allah! Jika dia jodoh yang kau tetapkan kepadaku, lapangkanlah hati kami berdua untuk menerima perkahwinan ini dalam erti kata yang sebenar.”doa Syed Uqail Hakimi di dalam hati. Lama dia berteleku memandang siling hotel yang indah. Di mana-mana terdapat wajah Umairah. Wajah yang sedang senyum, menangis, masam memuncung, ketawa terbahak, wajah cuak dan takut , wajah Umairah yang sedang kegelian, wajah yang mencuka selepas di marah dengan bos.

“Abang, pergilah mandi, Mairah dah siap mandi ni.” ucap Umairah kepada suaminya. Syed Uqail Hakimi tidak memberi sebarang reaksi, hanya diam, matanya masih memandang siling.

“Abang, abang... pergi mandi.” Umairah yang berada di sebelah Syed Uqail Hakimi menepuk bahu suaminya perlahan.

Syed Uqail Hakimi terkejut “Allah...” diraup mukanya berkali-kali. Umairah menggeleng kepala melihat telatah suaminya itu sambil tersenyum.

Sweetheart, kejap yer tunggu abang mandi kita solat isyak berjemaah, nak mandi berjemaah tak dapat, sembahyang berjemaah pun jadilah” usik Syed Uqail Hakimi seraya memandang tajam ke arah isterinya. Umairah mengangguk kepalanya tanda setuju, wujud rasa bersalah terhadap suaminya itu.

Usai solat berjemaah dan berdoa. Seperti biasa Syed Uqail Hakimi mengulurkan tangan untuk bersalam dengan isterinya. Umairah menyambut dan mencium belakang tangan suaminya. Kemudian Syed Uqail Hakimi mencium ubun-ubun isterinya, Umairah menunggu dengan debaran di dada, debaran yang selalu menerjah setiap kali berhadapan dengan suaminya itu. Perlahan-lahan jari jemari Syed Uqail Hakimi mengusap wajah Umairah yang merona merah. Wajah yang selalu membuat hatinya tidak berkeruan. Perlahan-lahan Syed Uqail Hakimi membuka telekung yang menutupi aurat Umairah. Umairah seperti terpukau dan merelakan tindakan suaminya.

Bunyi lagu “Tapi Bagaimana” nyanyian Tam Spider kedengaran dari handphone Syed Uqail Hakimi, memberhentikan tindakan Syed Uqail Hakimi terhadap Umairah. Umairah tersedar dari pukauan suaminya beristifar, lalu meraup kedua belah tangannya ke muka. Malu! Seram!, rama-rama berkocak laju menyesakkan nafasnya. Umairah seperti kehilangan nafas dan nyawanya. “Apa dah jadi ni?”bisiknya di dalam hati tidak percaya akan peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi.

“Ha! Hello!” jawap Syed Uqail Hakimi sedikit tegas.
“Uit garangnya, ko kat mana busy ke?”tanya Izzat serba salah.
“Ho lah...aku busy mengayat isteri aku ni, tengah pre honeymoon... kau kacau daunlah bro” terus terang Syed Uqail Hakimi kepada Izzat. Izzat tertawa terbahak-bahak.
“Ok...ok...sorry” ujar Izzat, kemudian mematikan talian seperti memahami apa yang sedang dialami oleh sahabatnya.

Syed Uqail Hakimi, mencari kelibat Umairah. Umairah sudah pun berada di bawah comforter. Malu mungkin.

“Hai! sweetheart awal tidur.”usik Syed Uqail Hakimi. Tangannya menarik comforter yang menyelubungi tubuh isterinya.

“Takut!” pendek jawab Umairah ada getaran pada suara Umairah. Syed Uqail Hakimi tertawa terbahak-bahak melihat Umairah terketar-ketar di bawah comforter.

“Janganlah tidur lagi, jom lah kita bersembang ke, tengok TV ke?” ajak Syed Uqail Hakimi penuh romantik. Umairah bangun dari pembaringan. Rama-rama pun bangun sama berkocak laju. Muka Umairah merona merah, mulutnya dimuncung tanda protes.

“Comel!” laju Syed Uqail Hakimi mencuit hidung mancung isterinya.

“Abang, boleh perlahankan deras nafas abang tak, Mairah seram!” pinta Umairah yang duduk di sebelah suaminya. Syed Uqail Hakimi yang sedang mencari channel di TV segera memandang tajam ke arah isterinya “Dengan suami sendiri pun nak seram.” kedengaran ketegasan dalam bicaranya.

“Janganlah marah. Yelah, nafas abang menunjukan abang bernafsu” laju Umairah bertutur walaupun ketara getaran pada suaranya. Syed Uqail Hakimi, menahan ketawa melihat isterinya yang takut dan menikus diam tidak bergerak di sebelahnya.

“Yelah, lelaki dan perempuan dalam bilik berduaan, yang ketiga siapa?.”tanya Syed Uqail Hakimi ingin menduga Umairah.

“Syaitan”laju Umairah menjawab. Pecah ketawa Syed Uqail Hakimi yang ditahan-tahan sebentar tadi.

Brilliant!, we married... mana ada syaitan, syaitan menangis tau tengok abang berdua-duaan bersama isteri abang yang sah ni.” balas Syed Uqail Hakimi dalam ketawa. Umairah makin memuncung. Terkena dengan suami. “Eeee..bencinya..macammana aku boleh terkena ni” ngomel Umairah dalam hati

“Meh sini..dekat sikit dengan abang, abang nak peluk.”arah Syed Uqail Hakimi. Matanya memandang tajam isterinya. Tangannya didepang, menunggu Umairah datang dekat di sisinya.

“Tak nak!”lawan Umairah. Mulutnya masih dimuncung.Macam-macam pula permintaan suaminya malam ini.

Sweetheart muncung mulut tu sekali lagi, abang cium nanti.”tegas Syed Uqail Hakimi memberitahu, saja dia menakutkan isterinya.

“Meh lah, kalau tak dapat... peluk pun jadilah...sweetheart dapat pahala tau... sweetheart tahu tak ? saat akad nikah dapat PAHALA!, suami peluk isteri dapat PAHALA!, cium isteri dapat PAHALA!, renung isteri dapat PAHALA!, suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri dapat PAHALA!, suami bernafsu tengok isteri dapat PAHALA!, suami pegang isteri dapat PAHALA!, suami marah isteri untuk menegur pun dapat  PAHALA!, suami imamkan isteri dapat BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!, suami ajar isteri fardhu ain dapat PAHALA!, suami setubuh isteri dapat PAHALA!, main kenyit-kenyit mata dengan isteri dapat PAHALA!

“Ha..suami buka cawangan dapat bala...” sambung Umairah sepontan, jarinya mencubit paha suaminya yang banyak cakap itu. Syed Uqail Hakimi mengaduh, cepat-cepat menarik Umairah dalam pelukannya.

“Ambooii!...belum apa-apa lagi dah bagi warning, Emm...ye lah, yang satu ni pun susah nak goda, siapalah nak kat abang ni...huhuhu..ciankan”

Lama Umairah menikus dalam pelukan suaminya, Syed Uqail Hakimi pula cuba mengawal penafasannya yang makin resah.“Dengar tak?” tanya Syed Uqail Hakimi.

“Dengar... Bunyi jantung abang berdegup pantas” jawab Umairah takut-takut, mukanya semakin panas, rasa mahu demam.

“Apa maknanya?”tanya Syed Uqail Hakimi lagi kepada isterinya.

“Abang... jangan buat bukan-bukan dengan Mairah tau, nanti Mairah balik naik teksi” ugut Umairah. Disiku dada Syed Uqail Hakimi kemudian melarikan diri masuk ke bawah comforter kembali. “Ah! Gile! Macam mana aku boleh tidur dalam hotel ini berdua dengan dia...aaarrrr stresss” ngomel Umairah sendirian di dalam hati.

Bunyi loceng yang bertalu-lalu, membantutkan idea Syed Uqail Hakimi untuk terus mengusik isterinya. Umairah berasa lega.

 “Eh, siapa pula yang duk petik loceng pintu malam-malam buta ni, sweetheart baring dulu, abang pergi tengok” Syed Uqail Hakimi bangun lalu membuka pintu.

“Assalamualaikum, encik, kami dari Jabatan Agama Islam, kami dapat aduan yang encik berdua-duaan dalam bilik dengan perempuan yang bukan muhrim” terang seorang dari empat orang yang berdiri di depan biliknya. Dua orang berkopiah, seorang bersongkok dan seorang lagi bertopi.

“Waalaikum salam, ye betul kami bukan muhrim, tapi kami suami isteri, sudah sebulan kami berkahwin. Kejap ye ustaz, saya ambil kad nikah saya”jawab Syed Uqail Hakimi tegas. Di wajahnya mempamerkan perasaan pelik.

“Encik boleh kami masuk?”tanya lelaki yang bertopi.

“Emm...minta maaf saya rasanya tidak, sebentar ye, saya panggilkan isteri saya”jawab Syed Uqail Hakimi tegas. Dia melangkah meninggalkan empat orang tersebut dan masuk mengambil kad nikahnya.

Sweetheart, bangun sayang, Jabatan Agama Islam nak jumpa, pakai tudung tu.” Bisik Syed Uqail Hakimi perlahan kepada isterinya yang sedang baring.

“Ustaz, ini kad nikah kami, ini isteri saya Sharifah Umairah Hasanah” Syed Uqail Hakimi memperkenalkan isterinya, sambil dihulur kad nikahnya kepada ustaz tersebut.

“Oh, minta maaf mungkin salah info”jawap ustaz, dihulur kembali kad nikah Syed Uqail Hakimi dan Umairah.

Umairah yang masih tidak faham akan kejadian ini bertanya kepada suaminya “Kenapa abang?”

“Jabatan Agama Islam, ada orang buat aduan abang tengah bercanda dengan orang yang bukan muhrim dan tiada ikatan yang sah” terang Syed Uqail Hakimi, dipandang Umairah dengan pandangan yang tajam.

“Siapa pula yer abang?”tanya Umairah lagi, confius!.

“Adalah tu orang-orang yang tidak boleh lihat orang senang. Abang fikir nak buat majlis resepsilah, yelah dulu buat dekat belah sweetheart saje, ada kawan-kawan abang yang tak dapat hadir”cadang Syed Uqail Hakimi kepada Umairah.

“Nantilah abang, Mairah tidak sedia lagi, bagi Mairah masa.” Jawab Umairah, sambil menarik comforter.

“Dah lepas sebulan sayang. Sweetheart masih tak percaya pada abang, tiadakah sedikit perasaan sayang pada abang?” tanya Syed Uqail Hakimi yang masih tidak faham akan sikap isterinya.

“Abang, banyak lagi perkara yang Mairah belum settle, sebulan ini satu jangka yang pendek, tolong bagi Mairah masa lagi abang untuk Mairah betulkan apa yang berlaku sebelum kita kahwin.”pinta Umairah bersungguh-sungguh.

“Baik sweetheart, abang akan tunggu sayang, sampai sweetheart betul-betul sedia untuk jadi isteri abang dalam erti kata sebenar.”ujar Syed Uqail Hakimi, dipandang Umairah di sebelahnya.

“Emm..dah tidur”ngomelnya sendirian. Dikucup dahi Umairah dengan penuh kesyahduan.


“Mairah, awak betul-betul menguji kesabaran dan keimanan saya.”bisik Syed Uqail Hakimi sendirian. Tangannya melingkar memeluk pingang isterinya. Di hati berdoa agar perkahwinan ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.










1 comment:

  1. Casino Bonus - Promo Codes, Casino Coupons - KTNV
    Sign up now! And get a 용인 출장안마 150% deposit bonus up to $500 목포 출장안마 on your 김해 출장샵 first two deposits. The 남양주 출장샵 offer is valid for new 여주 출장안마 users only.

    ReplyDelete