Friday, December 6, 2013

Bab 20 : My Sweetheart Isteriku


Bab 20

Usai check in di Sunway hotel,Phnom Penh perkara pertama yang dilakukan oleh  Syed Uqail Hakimi adalah menghubungi isteri tercinta. Persekitaran yang hotel yang cantik dengan decorasi tidak dihiraukan, apa yang bermain di minda adalah isteri.Angau!

Biasanya bila sampai sahaja di sesuatu tempat perkara yang akan dilakukan adalah meninjau dan menjamu pemandangan di persekitaran. Tapi kali ini Syed Uqail Hakimi seperti di awangan, di mana-mana hanya ternampak kelibat isterinya. Parah!

“Assalamualaikum...Sweetheart apa khabar? Rindu kat abang tak?” laju Syed Uqail Hakimi berbicara. Memang parah!

“Waalaikum salam...rindu, tapi sikit je” jawab Umairah lembut, membuatkan jiwa lelaki Syed Uqail Hakimi bergetar.

“Abang teruk dah ni.”ungkap Syed Uqail Hakimi penuh ketegasan.

“Kenapa?” tanya Umairah dengan nada terkejut.

“Abang excident, cedera parah” jelas Syed Uqail Hakimi. Umairah terdiam, sebak menyelubungi jiwa, padangan tiba-tiba menjadi kelam, air jernih bergenang ditubir mata, meminta izin untuk menitis dipipi.

“Abang di hospital mana ni? Macam mana boleh excident?” tanya Umairah bertalu-talu, dari corong telefon kedengaran jelas getaran suara Umairah yang cemas.

Sweetheart langgar hati abang. Abang dah tak boleh tengok dunia ni”selamba Syed Uqail Hakimi menjawab sambil ketawa riang, gembira bergurau dengan isteri. Umairah diam seribu bahasa. Air mata laju membasahi pipi, tidak dapat dibayangkan jika Syed Uqail Hakimi sahih mengalami kemalangan.Ditahan sebak di dada, tidak mahu Syed Uqail Hakimi tahu yang dia sedang menangis.

“Tengok semua tempat nampak sweetheart, tengok Mr Mari dah macam sweetheart dah”cerita Syed Uqail Hakimi lagi dengan sungguh-sungguh.Umairah hanya mendiamkan diri, Syed Uqail Hakimi rasa tidak sedap hati apabila tiba-tiba sahaja Umairah senyap seribu bahasa.

Sweetheart...”Umairah masih diam, Syed Uqail Hakimi makin risau.

Sweetheart...”sekali lagi Syed Uqail Hakimi memanggil nama isterinya. Kedengaran suara Umairah menangis di corong telefon, sedunya membuatkan Syed Uqail Hakimi berasa bersalah.

Sweetheart, abang minta maaf, dah lah tu jangan menangis, abang tak boleh lah kalau macam ini”pujuk Syed Uqail Hakimi, serba salah apabila isterinya menangis. Niat di hati hendak bergurau mesra, tapi lain pula yang jadi. Terasa dirinya sangat dihargai apabila Umairah menangis kerana dia.

“Abang ni kan, baru pergi tak sampai sehari dah macam-macam,Mairah takut kehilangan abang, Mairah banyak buat salah pada abang” terang Umairah, tangisnya masih bersisa.Terasa dirinya banyak berdosa terhadap Syed Uqail Hakimi. Tanggungjawab sebagai isteri masih belum lagi dilaksana dengan baik. Terasa rugi jika mempersiakan hubungan yang suci ini. Syed Uqail Hakimi tersenyum mendengar ungkapan dari isterinya yang satu. Terbit bunga-bunga cinta yang kembang mekar dalam hati. Umairah dan Syed Uqail Hakimi senyap beberapa saat.

“Yelah, tinggalkan isteri seorang diri kat sana susah hati abang tau, takut kena sambar dek harimau” ujar Syed Uqail Hakimi sambil ketawa. Dalam hati ada rasa takut jika Hazrul Haizan akan mengambil kesempatan yang ada sepanjang ke tiadaan dia di sisi Umairah.

“Abang ni ada-ada je kan” ujar Umairah tiba-tiba tertawa dengan kata-kata yang suaminya. Air mata yang membasahi pipi di sapunya.

Bagaikan ada satu perasaan yang sangat aneh menyelubungi jiwa Syed Uqail Hakimi, tidak dapat dibendung lagi, akhirnya Syed Uqail Hakimi meluahkannya“Abang dah angau kat sweetheart ni... macam mana? Sweetheart datang sinilah kita honeymoon kat sini”

Umairah yang sedang berbaring di atas katil terkejut dengan pelawaan Syed Uqail Hakimi lantas bangun dari pembaringan kemudian berjalan mundar-mandir memikirkan apa harus di katakan. Fikirannya melayang kepada Mr Sydney, Umairah segera menjawab “Amboiii...abang...Mr Sydney... Mairah nak letak kat mana? Cuti nak pergi Jakarta pun entah approve atau tidak” kedengaran nada sedih Umairah meluahkan perasaan.

“Alooorrr...” rengek Syed Uqail Hakimi manja.

“Abang sabar sikit yer...Mairah sayang abang” pujuk Umairah, hatinya kembali bergetar, rama-rama di dalam perutnya bangun, menari lagu cinta. Cinta seorang isteri kepada suaminya yang berada di perantauan.

Syed Uqail Hakimi tersenyum riang mendengar pujukan isterinya. Masa terus berlalu kasih sayang yang baru terjalin haruslah di manfaatkan dan dihargai seadanya.

“Mairah janji cuba menjadi isteri abang yang terbaik. Walaupun Mairah tahu, Mairah tidak mampu, Mairah harap abang dapat bimbing Mairah dan menerima Mairah dengan seadanya.” Ujar Umairah kepada Syed Uqail Hakimi yang setia mendengar di corong handphone.Sambil berbual sempat tangannya mengeluarkan baju dari bagnya untuk di pakai. Membuka baju yang dilipat kemas, tiba-tiba sampul surat terkeluar dari lipatan baju itu. Pantas Syed Uqail Hakimi mencapai sampul surat itu. Konsentrasinya terjejas sebentar.

“Sweetheart, nanti abang call sayang balik yer, abang ada sesuatu nak buat dulu.”pinta Syed Uqail Hakimi tiba-tiba. Umairah mengiyakan dan talian diputuskan oleh Syed Uqail Hakimi. Mata Syed Uqail Hakimi laju membaca isi kandungan kad yang dikirim di dalam bangki tadi

When some one love you, they don’t have to say it,

you can feel by the way they treat you.

With love,

your wife.

Syed Uqail Hakimi terenyum meleret hingga ke telinga sambil membaca ayat yang tertera di atas kad yang dikirimkan oleh isterinya. Mr Mariyappan yang dari tadi memerhati tersenyum gembira melihat Syed Uqail Hakimi gembira.Tidak pernah melihat staffnya segembira begitu. Jari jemari Syed Uqail Hakimi laju, menekan speed dialling nombor handphone isterinya.

Sweetheart, thanks for the card...so sweet...” ucap Syed Uqail kepada Umairah. Umairah senyap seribu bahasa, malu, mukanya merona merah. Walaupun suaminya tiada di hadapan mata tapi perasan malu itu selalu wujud dalam dirinya.

Sweetheart, tengah buat apa tu?” tanya Syed Uqail Hakimi lagi, apabila Umairah tidak memberi apa-apa maklum balas.

“Peluk bear” jawap Umairah sepatah, tidak tahu hendak bereaksi.

“Tulah, abang ada tak nak peluk bila dah jauh kan rindu”usik Syed Uqail Hakimi sambil ketawa terkekeh-kekeh.

“Abang ni perasan lah” ujar Umairah lembut, sangat manja dipendengaran Syed Uqail Hakimi.

“Perasan...memang! sebab tengah angau dengan isteri tercinta, tak pernah abang rasa macam ini” Syed Uqail mengaku. Terlalu banyak pengakuan yang telah diluahkan kepada isterinya, dengan harapan isterinya mempercayai bahawa dia benar-benar mencintai isterinya sepenuh hati.

“Yelah tu, dengan Ms  Desparate?” tungkas Umairah berbaur jealous.

“Jangan ingatkan abang pada dia, abang hanya cintakan sayang, kisah lama jangan diungkit please” pinta Syed Uqail Hakimi, tersentap dengan kata-katakan isterinya itu. Kisah lalu biarkanlah ia berlalu bagai angin lalu. Di sudut hati kecil Syed Uqail Hakimi berharap Amanda akan melupakan dia.

“Abang, ada call in, nanti sambung lagi yer, pergilah rehat esok dah nak start kerja, kerja baik-baik, kalau dah settle semua cepat balik yer” nasihat Umairah, dalam hati sangat gembira jika suaminya dapat balik awal dari tarikh yang dijangka. Di kala ini, dia benar-benar rasa kehilangan seseorang yang sangat dicintainya. Kadang-kadang perasaan sayang, kasih dan cinta hadir bila seseorang itu tiada di sisi.

Sweetheart, abang ada satu permintaan ni, boleh tolong tunaikan?” pinta Syed Uqail Hakimi yang berada di kejauhan.

“In sha Allah, jika Mairah mampu” jawap Umairah penuh debaran. Kedengaran suaminya menarik nafas dalam, membuatkan hatinya makin berdebar.

Sweetheart tolong tidur di bilik abang” ujar Syed Uqail Hakimi perlahan. Romantik, tapi menyeramkan Umairah yang mendengarnya.

Umairah tertawa sopan mendengar permintaan suaminya itu“Oh..ingatkan apa tadi, ok abang... abang..i will miss you” jawap Umairah malu-malu, membuatkan Syed Uqail Hakimi makin bersemangat untuk menyiapkan kerjanya segera di Cambodia.

“I love you...miss you so much! You will forever be in my heart..muaaahhhh....”laju Syed Uqail Hakimi berkata-kata. Umairah yang berada di kejauhan mengiyakan. Permulaan baru bagi episode cinta Syed Uqail Hakimi dan Sharifah Umairah Hasanah. Kedua mereka berharap perasaan yang muncul akan membawa sinar bahagia untuk mereka hingga ke syurga.

1 comment: