Monday, July 1, 2013

Bab 5 : My Sweetheart Isteriku

Bab 5

Kesibukan menyelesaikan kerja yang tertangguh sepanjang dua hari mengambil cuti kecemasan menyebabkan Umairah tidak perasaan, jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Menyedari diri belum menunaikan tanggungjawab terhadap Illahi,Umairah bersiap untuk ke bilik solat.

“I pergi solat Asar dulu, nanti kita convoy ramai-ramailah yer ke Mines” Umairah menghantar whatsapp kepada Ruby sebelum berlalu dari ruang kerjanya.

Sweetheart nak pergi Mines dengan siapa??” Syed Uqail Hakimi membalas kembali whatsapp. Terbit rasa kurang puas hati.

Sorry, salah hantar nak hantar kepada Ruby” Mata Umairah terbeliak melihat whatsapp dari suaminya, mukanya merona merah, di kala membaca whatsapp dari Syed Uqail Hakimi.

Sweetheart nak pergi Mines dengan Ruby ke?” Syed Uqail Hakimi menghantar whatsapp lagi. Tidak puas hati dengan tindakan Umairah yang tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu rancangannya dengan Ruby.

“Ruby, you pergi dulu la yer, I baru nak solat Asar, nanti kita jumpa kat Reborn Reflexology ok?” Umairah tanpa membuang masa terus menelipon Ruby. Risau Ruby dan Evelyn akan menunggunya lama di lobby. Yang paling dirisaukan, Umairah takut Mr Sydney akan memanggilnya kembali untuk bekerja walaupun waktu kerja sudah berlalu. Kalaulah betul terjadi terpaksalah mereka melupakan rancangan mereka untuk hari ini.Whatsapp dari suaminya tidak dibalas, dibiarkannya Syed Uqail Hakimi menunggu dengan persoalan yang masih belum berjawap.

Ruby dan Evelyn sudah siap sedia untuk ke Mines Shopping Center. Di lobby kelihatan dua anak dara ini sedang bersembang dengan rancaknya.Umairah yang baru sahaja keluar dari security door ITD terus mendapatkan mereka berdua. Jangkaan Umairah adalah betul, mereka sedang menunggu di lobby.

We all chooouuusss dulu la yer…you follow yer…solat tu tolong doa panjang sikit, doakan i bertemu jodoh, mana tahukan i terjumpa bakal husband I waktu tengok Iron Man 3 ke nanti” Ruby menonjolkan sikap gediknya, Umairah menggangguk sambil ketawa kecil.

“Baik Cik Ruby, adalah lebih afdalnya terjumpa calon suami kat masjid. Kemudian dia datang dekat you then said, ku pinang kau dengan lafas Bismillah”

Ruby terkekeh ketawa mendengar kata-kata maklumbalas dari Umairah. Evelyn pula menutup mulut menahan ketawa.

So sweet” Jari jemari Ruby mencubit tangan Umairah.

“Sakitlah, you ni lebih sesuai jadi ketamlah” Umairah mengaduh sakit. Dia segera menangkap jari Ruby dan digulus lembut jari itu.

“Ok then, i solat dulu, nanti lambat pula, bye….muaaahhh” Flying kiss dilontar kepada Ruby dan Evelyn. Mereka berdua menyambut dan melontarkan kembali flying kiss kepada Umairah. Umairah kemudian berlalu menuruni anak tangga ke lower ground yang sangat menyeramkan di waktu begini. Biasanya selepas tamat waktu kerja, jarang ada orang di situ. Dia cuba berjalan dengan tenang membuang segala syak wasangka. Melintas sahaja di hadapan lif, sepasang tangan menariknya masuk ke dalam lif. Tidak sempat menjerit, mulutnya sudah ditekup dengan tapak tangan sasa itu. Meronta ingin dilepaskan, Umairah terpandang cincin di jari manis empunya badan. Dia berhenti meronta.Syed Uqail Hakimi menarik Umairah keluar dari lif yang berhenti di tingkat dua.

“Nasib baik you, kalau orang lain i tendang sampai mati” Umairah merengus marah. Mukanya sudah merona merah, marah bila dirinya diperlakukan sedemikian rupa.

Sweetheart, tugas suami bukan hanya mencari duit, tapi juga ‘Security Guard’ isteri, Dia mesti sanggup bertarung walaupun dengan harimau atau buaya demi isteri.” Ungkap Syed Uqail Hakimi sambil melepaskan Umairah dari pelukannya.

“You suami i ke? Dah macam harimau dah I rasa, buaya tu dah tentu dah.” Bertambah membara dan panas hati Umairah mendengar kata-kata dari suaminya.

“Kenapa you tak balas whatsapp? i tanya you baik-baik, tak boleh balas ke?” Syed Uqail Hakimi memberitahu ke tidak puasan hatinya terhadap sikap Umairah.

“I peduli apa, i tak perlukan you, jangan ambil tahu hal kehidupan i boleh?” masih bersisa kemarahan Umairah dengan tindakan suaminya sebentar tadi.

“Amboi…jawapan isteri, solehahnya..you kena ingat syurga isteri bawah telapak kaki suami, nak pergi mana-mana bagilah tahu i dulu.” Masih terasa ngilunya di hati, menunggu Umairah tidak pulang rumah, selepas kejadian di Sogo. Di hati kecilnya berharap kejadian tersebut tidak berulang lagi.

Umairah memandang lama wajah di depannya. Wajah yang putih, bersih dan tenang. Wajah yang menjadi bisikan ramai gadis di ITD. Mata bertentang mata, pandangan bersatu. Syed Uqail Hakimi tersenyum memandang wajah isterinya yang ayu.

Kemudian, Umairah mempamerkan senyuman manis di bibirnya,senyuman ada makna, dia menangkap kaki kanan suaminya, diangkat dan dibawanya ke sisi merapati pinggangnya. Dikepit kaki itu dengan tangan. Syed Uqail Hakimi, terjengkot-jengkot menstabilkan kedududkan badannya supaya masih boleh berdiri. Tanpa berbicara, Umairah mengangkat tangannya satu lagi untuk mengkarate kaki Syed Uqail Hakimi. Belum sempat mengkarate Syed Uqail Hakimi mengangkat ke dua belah tanggannya tanda menyerah.

“Ok..ok..i surrender. I’m sorry, you ni nampak saja lembut, you ada belajar ilmu pertahankan diri yer. Let me guest, Silat Cekak?”

“Macam mana nak lawan harimau dan buaya yer, kalau lawan I pun dah mengalah” Umairah masih lagi menampung sebelah kaki suaminya.

“Yah” Posisi badan Syed Uqail Hakimi sudah berada tegak di hadapan Umairah. Syed Uqail Hakimi menjelir lidah, sambil tersenyum manis dia berkata “kita sama tok guru, you jangan lupa tu, i akan buat you menang sebab i sayang you, banyak perkara yang you perlu belajar dan perlu tahu. I love you sweetheart, pergi solat cepat, nanti habis waktu, kawan you mesti tertunggu-tunggu” Syed Uqail Hakimi mengenyit mata, berlalu meninggalkan Umairah dengan seribu persoalan di kepala.

“Dia ni senang betul melafaskan kata keramat itu. Eee…memang kasanova betul”
Umairah merengus marah. Tidak berpuas hati dengan tindak balas Syed Uqail Hakimi. Terdetik di dalam hati, bahawa suaminya itu juga mempunyai kepakaran dalam ilmu mempertahankan diri.

Whatsapp berbunyi, Ruby sudah sampai ke destinasi yang dijanjikan. Manakala Umairah masih terhegeh-hegeh ke surau untuk menunaikan solat Asar.

Engine kereta ASX yang terletak di basement dihidupkan, butang radio di On kan, kedengaran lunak merdu suara Opick menyanyikan lagu Rapuh. Tenang rasa jiwa. Seperti kebiasaan Umairah akan memanaskan engine keretanya sebelum berangkat pulang dari tempat kerja. Sedang khusyuk menghayati bait-bait kata yang terkandung dalam lagu Rapuh, tiba-tiba Syed Uqail Hakimi mengetuk tingkap di sebelah bahagian penumpang. Umairah menurunkan tingkap di bahagian penumpang.

Sweetheart, buka pintu ini” Syed Uqail menunjuk pintu di sebelahnya.

“You nak buat apa?” Muka Umairah merona merah, dia mengerutkan dahinya keliru dengan sikap suaminya.

“Abang nak join Sweetheart, boleh tak abang ikut?” Dekat office tadi ber i and you, di basement sudah tukar jadi Sweetheart dan abang. Pandai betul berlakun.

Umairah menekan unlock untuk membenarkan suaminya masuk ke dalam kereta.

“Abang nak buat apa ikut Mairah? Mairah keluar dengan Ruby dan Evelyn je, bukan dengan lelaki pun!”

“No..no..no…abang nak ikut juga” Syed Uqail Hakimi bertegas.

“Kenapa? Abang takut Mairah macam abang..mengatal dengan Ms Desparate” Umairah membuang paku buah keras. Kemarahan kes di Sogo masih bersisa.

“Benda dah lepaslah…janganlah diungkit, kan kita dah janji depan ibu dan baba untuk mulakan hidup baru, kasilah peluang untuk diri kita Mairah. Abang faham, tahu…kita masing-masing punya kisah silam. Boleh tak kita lupakan dan mulakan hidup baru untuk mencorak kisah hidup kita sekeluarga untuk masa hadapan yang lebih baik.” Syed Uqail Hakimi menggengam erat jari-jemari Umairah. Direnung mata Umairah lama. Umairah tunduk malu.

“Baiklah abang…tapi abang nak join macam mana? Mairah nak pergi Reborn Reflexology dulu, then shopping and watch mid night movie, Iron Man 3” Umairah mengutarakan persoalan, berharap suaminya berubah fikiran.

“Tak apa, abang drop sweetheart dulu, then abang balik mandi dulu, pukul 11 macam tu abang datang balik ” Cepat Syed Uqail Hakimi membalas. Mencari peluang untuk bersama dengan isterinya.

“Kalau Eve dan Ruby tahu macam mana? Others people know we are married habislah…” Umairah mengutarakan kerisauanya. Masih belum bersedia mendedahkan status dirinya yang sudah berkahwin.
“Biar masa yang menentukannya” Syed Uqail Hakimi menjawap tegas. Dia turun dari kereta dan melangkah ke tempat pemandu. Umairah akur, dia keluar dari kereta, mengalih tempat untuk duduk di bahagian sebelah pemandu pula.

Ruby dan Evelyn sudah dua tiga kali beruang-alik di depan Reborn Reflexology. Hampir semua kedai di tingkat itu di masuk, window shopping. Dan hampir semua barang di beleknya. Melihat jam di tangan Ruby menunjukan waktu Maghrib sudah masuk. Ruby segera ke surau yang berdekatan, manakala Evelyn meneruskan aktiviti mencuci mata di floor yang sama.

“Abang kata, nak hantar Mairah dan terus balik.” Umairah pelik bila Syed Uqail Hakimi masuk ke bahagian parking kereta.

“Abang solat dulu, lepas solat abang nak beli tiket, malam nanti abang datang jumpa Mairah” Terang Syed Uqail Hakimi bersahaja.

“Abang, kita berlakun tak kenal each other yer” Pinta Umairah.

Syed Uqail Hakimi mengangguk tanda setuju.

Selesai parkir kereta, Syed Uqail Hakimi berjalan beiringan menuju ke Mines Shopping Center. Umairah mendahului langkahnya. Syed Uqail Hakimi yang tertinggal di belakang mempercepatkan langkahnya, mencapai jari jemari Umairah dan digenggamnya erat.

“Jalan tu..cuba perlahan sikit…” Sambil memberi senyuman yang mengoda kepada isterinya. Syed Uqail Hakimi menguatkan genggaman jari jemarinya. Terasa denyutan nadi di tangan isterinya membuatkan jiwanya bergelora.

“Abang…lepaskan tangan Mairah, nanti orang nampak, Mairah tak sedia lagi” Umairah menarik tangannya dari genggaman Syed Uqail Hakimi. Perutnya sebu dengan kocakan rama-rama. Mereka berdua menuju ke surau kemudian berpisah ke bahagian solat masing-masing.

Bahu Umairah dicuit, dia memalingkan muka mencari gerangan orang yang mencuitnya itu.
“Huuu…lambatnya you…you solat cepat ye. I tunggu kat luar.” Ruby menuju ke ruang menunggu yang menempatkan barisan bangku di luar ruangan solat. Evelyn yang sudah pusing hampir ke semua kedai di Mines Shopping Center duduk di sebelah Ruby apabila terlihat Ruby duduk berseorangan sambil bermain Iphonenya.

“I macam nampak Mr Uqail tadi di sini. Di belakangnya macam Umairah. Dia orang ni ada apa-apa ke?” Evelyn mula menimbulkan perasaan syak-wasangka kepada Ruby.

Really??” terkejut Ruby mendengar kata-kata dari Evelyn.

“Yup…tak akan i nak tipu kot” Evelyn cuba menyakinkan Ruby.

Usai solat maghrib, mereka bertiga menuju ke Reborn Reflexology. Pakej urutan seluruh badan ditempah lebih awal oleh Ruby. Sudah lama mereka tidak keluar meluangkan masa bersama. Setengah jam berlalu, urutan yang sangat menenangkan oleh pengurut cina itu. Umairah sempat terlelap menikmati belaian urutan dari tukang urut itu. Di ingatan masih terbayang kisah di Cameron Highland sewaktu bersama dengan suaminya. Satu peristiwa yang memalukan yang belum lagi boleh dimaafkan dan dilupuskan dari ingatanya.

“Lelaki ni bukan betul sangat, aaaaa…..aku takut…seram..kalau malam nanti dia buat apa-apa dekat aku macam mana. Tadi bukan main romantik lagi dengan aku. Eeee aku takut…dah lah bersweetheart huhuhuhu….aku dah gilerrrr eeeee…” Umairah berbisik sendirian.

Tukang urut cina itu tersenyum. “Are you ok miss?”Dia bertanya, risau Umairah merasa sakit dengan urutannya. Umairah mengangguk malu.

Sejam berlalu, masa mengurut telah tamat. Badan terasa sangat selesa. Umairah, Ruby dan Evelyn mengambil giliran untuk membayar.

Ladies…yours bill already paid by handsome guy.” Ruby dan Evelyn tergamam memandang sesama sendiri. Umairah hanya tersenyum, berlalu sambil menarik tangan Ruby dan Evelyn. Dalam kepala sudah menangkap angkara siapa.

“Ruby, teman I pergi beli baju. Malam ini I tumpang tidur kat rumah you yer. Kalau you cakap tak boleh, I nak jugak.. I don’t care…badan I seram sejuk ni…” Umairah memaksa. Menimbulkan seribu persoalan diminda Ruby.

“You ni dah kenapa? Tersampuk ke? Tiba-tiba nak beli baju bagai…nak tido kat rumah i? You demam ke apa?” Ruby mengasak soalan demi soalan. Evelyn hanya diam memerhati gelagat Ruby dan Umairah.

I not able to answer right now, please give me time, I’ll tell you later ok?” Umairah menjawab dengan begitu tertekan. Masih tidak dapat meluahkan kepada sesiapa mengenai masalah yang melanda dirinya.

“Ok lah..you ini sejak balik dari cuti seminggu yang lalu I rasa perangai you makin pelik la…” Ruby masih belum berpuas hati dengan perubahan sikap Umairah. Evelyn hanya diam melihat Umairah dan Ruby bertekak.

Mereka berdua menemani Umairah mencari baju untuk dipakainya esok ke tempat kerja. Dari hendak beli satu barang, jadi borong banyak barang Manakala Syed Uqail Hakimi sudah menunggu di hadapan pawagam. Mencari kelibat Umairah yang masih belum muncul lagi. Dengan perasan tidak puas hati Syed Uqail Hakimi menghantar whatsapp kepada Umairah.

“You di mana? I dah ada depan pintu masuk utama pawagam ni”

Umairah yang asyik mencuba kasut di Hush Puppies, tidak perasaan yang Syed Uqail Hakimi menghubunginya. Lama Syed Uqail Hakimi menunggu Umairah membalas whatsappnya.. Kemudian dia berlalu menuju ke ruang niaga yang menjual gajet yanng  berada tidak jauh dari pawagam. Bosan melihat dan membelik gajet Syed Uqail Hakimi mengambil handphonenya lalu menghubungi Umairah.
Melihat jam di tangan Evelyn yang sedang sibuk mencuba kasut mencuit Umairah dan Ruby.

“Hey,It was the time to leave, let’s go

“Yup.. let’s go..” Ruby menyahut sambil membuka kasut dan meletakkannya kembali ke tempat asal.
Ingatan Umairah melayang kepada Syed Uqail Hakimi. Dicapai handphone yang berada di dalam handbag. 

“Alamak…10 miss call…aaalaaa..kena marah lagi lah aku ni..” gomel Umairah berseorangan.

“You membebel apa ni? Cakap seorang-seorang macam orang tak betul dah I tengok.” Evelyn bertanya kepada Umairah, apabila melihat Umairah bercakap sesuatu sambil melihat handphonenya.

“Jom..jom..lambat dah ni, I tak nak terlepas starting the movie” Ruby berjalan sambil memaut tangan Evelyn dan Umairah.

You all go ahead, I have to make one call first

Ruby dan Evelyn berjalan mendahului Umairah. Manakala Umairah segera menghubungi Mr Kasanova.
“Assalamualaikum…”

“You kat mana ni sweetheart? Abang dah lenguh kaki tunggu kat sini..”

“On da way ni…nanti sampailah…eeee…abang ni tak sabar lah”

Umairah mempercepatkan langkahnya menuju ke pawagam. Di hadapan pintu utama pawagan Syed Uqail Hakimi, Ruby dan Evelyn sedang menunggunya. Tergamam Umairah melihat Ruby dan Evelyn bersembang mesra dengan Syed Uqail Hakimi. Umairah  kehilangan kata, tidak pasti bagaimana harus beraksi.

“Mairah, Mr Uqail will join us, but his seat quite far, he brought two tickets but his friends not turn up. You accompany him ok? Evelyn berkata dengan panjang lebarnya. Umairah memandang muka rakan-rakannya dengan pandangan tidak berperasaan.

“Pandai pula laki aku ni berlakun…adoiiiii….” Gomel Umairah dalam hati.

Lama Umairah berfikir, tenungan tajam Syed Uqail Hakimi membuatkan Umairah menganggukkan kepala tanda setuju tanpa rela. Dia cuba menyembunyikan reaksi wajah dan getaran yang melanda jiwa.

“Amboi, Eve..you kan rapat dengan dia, kenapa I pula yang kena teman dia.. this is not fair” Bisik Umairah ke telinga Evelyn, Syed Uqail Hakimi dan Ruby mendahului langkah menuju ke dalam pawagam.

Just go..he is nice person” Umairah memandang dengan pandangan terkejut dan pelik apabila mendengar Evelyn berkata sedemikian kepadanya.

“Eeeeeiiiii…you know him better…?? I not trust man” Umairah membalas dengan tegas.

Evelyn mengunkit bahu, tersenyum kemudian mempercepatkan langkahnya mendapatkan Ruby. Dia menarik tangan Ruby dan mempercepatkan langkahnya meninggalkan Syed Uqail Hakimi dan Umairah berjalan berduaan di belakang.

Syed Uqail Hakimi menarik tangan Umairah, membawa tubuh Umairah rapat kepada tubuhnya. “Tempat duduk kita di baris ini.” Dieratkan genggaman jari jemarinya, ditarik Umairah menuju ke tempat yang sepatutnya. Umairah menurut tanpa alasan.

“Bila nak lepaskan tangan aku ini..” Umairah mengomel sendirian di dalam hati. Jari jemarinya masih digengam erat oleh suaminya.

“Rasa tak denyutan nadi abang?” Tiba-tiba Syed Uqail Hakimi berbisik ke teliga Umairah.

“Seram!” Terpacul kata-kata dari mulut Umairah.

Dalam suasana gelap gelita, Syed Uqail Hakimi tersenyum gembira. Dia cuba mengambil peluang yang ada untuk mengenali isterinya dengan lebih rapat dan berharap isterinya juga begitu.

“Seram dengan abang ke? Atau dengan suasana pawagam ni?”  Masih lagi mahu mengusik isterinya.

“Dengan abang…malam ini I tidur di rumah Ruby yer.” Cepat-cepat Umairah memberitahu suaminya.
“Kenapa tak nak tidur kat rumah kita? Abang tak izinkan.” Balas Syed Uqail Hakimi tegas. Tidak puas hati dengan penyataan isterinya. Jari jemari Umairah dilepaskan dari genggaman. Rasa jarum menyucuk-nyucuk hatinya. Kedua-dua sepi melayan perasaan masing-masing sehingga cerita Iron Man 3 tamat.