Sunday, November 10, 2013

Bab 17 : My Sweetheart Isteriku

Bab 17

Umairah melangkah dengan laju di basement yang sunyi sepi  . Tiba-tiba kedengaran bunyi tin jatuh ke lantai. Apa lagi, Umairah buka langkah seribu berlari ke arah keretanya. Teringat pula cerita Evelyn mengenai hantu budak perempuan yang mengejarnya sampai ke lif, seram!, beremang bulu roma Umairah. “Ya Allah, selamatkan aku” doanya.  Terketar-ketar dia menghidupkan enjin kereta. Lebih mengejutkan bila cermin kereta diketuk. Umairah menjerit bagai orang gila. Bila melihat kelibat Mr Mariyappan, bos Syed Uqail Hakimi ketawa terkekeh melihat Umairah yang kecut perut, Umairah senyap. Di ketap gigi tanda geram. Di turunkan cermin kereta, ingin meluahkan kemarahan kepada Mr Mariyappan, tapi Mr Mariyappan yang dulu memulakan bicara.

You are working very hard. Take care yourself.” Ucap Mr Mariyyapan.
“Mr Mari, what are you doing here, late already?”tanya Umairah kembali, sambil tersenyum malu.
 “You should ask this question to yourself, go back, Uqail worried about you” Umairah kedipkan mata, terkejut comel sambil tersenyum, macam biasa mukanya sudah merona merah.
“You know about me and him?” tanya Umairah, riak mukanya mengharap kejujuran dari Mr Mariyappan
Yes, i attended your wedding”dengan penuh keyakinan Mr Mariyappan menjawab.
“Oh my, i thought nobody know”terkejut Umairah lagi.
“I think so, but this is between me and Uqail, others people i don’t think they know.”terang Mr Mariyappan lagi, berharap Umairah tidak salah sangka.
“Oh ya, ok... take care, i’m leaving thanks ya Mr Mari”
“Ok, take care.”

Kereta ASX, bergerak laju meninggalkan basement ITD, malu menerjah diri Umairah, ingatkan perkahwinan ini tiada siapa yang tahu, tidak sangka pula Mr Mariyappan, boss Syed Uqail Hakimi mengetahui kisah perkahwinan ini. Patutlah selama ini Mr Mariyappan baik sangat dengan Umairah dan tidak terlalu mengongkong Syed Uqail Hakimi. Terasa pula diri sendiri yang pentingkan diri sendiri. Mana tidaknya, nama pun kahwin paksa, dah lah tidak kenal, alih-alih kena kahwin.

Town house milik Syed Uqail Hakimi masih cerah dengan cahaya neon walaupun telah melepasi jam 12.30 malam. Perlahan-lahan Umairah membuka pintu rumah, risau didengari oleh suaminya. Di atas sofa Syed Uqail Hakimi sedang tidur , kedengaran dengkuran halus berbunyi sayu. Umairah berjalan terjengket-jengket menuju ke biliknya dengan harapan suaminya itu tidak perasan. Usai membersihkan diri dan solat Umairah kembali ke ruang tamu. Dipandang Syed Uqail Hakimi yang sedang lena tidur disofa. Wajah penuh keletihan itu mengundang perasaan kasih dan kasihan kepada suaminya. Perlahan Umairah menghampiri dan duduk di sisi suaminya.  Penuh kelembutan Umairah mengucup dahi suaminya. Tanpa di sangka-sangka Syed Uqail Hakimi membuka mata. Ditarik Umairah ke dalam pelukannya. Bagaikan tercabut jantung Umairah apabila Syed Uqail Hakimi bertindak begitu, kini dia berada di atas badan dan pelukan suaminya.

“Abang rindu sweetheart” terus terang Syed Uqail Hakimi, kedengaran sayu suaranya, membuatkan jiwa Umairah merutun pilu.
“Abang...lepaskan Mairah, nanti abang sakit” ronta Umairah setelah beberapa ketika pandangan mereka bersatu, jantung Umairah dan Syed Uqail Hakimi mendegup laju, menyanyikan lagu cinta.
“Abang tak akan lepaskan sayang... sebab abang rindu sangat sayang” ungkap Syed Uqail Hakimi, makin erat pelukannya.
“Dahlah yer, Mairah lapar ni.Abang dah makan?” Umairah menukar tajuk. Mukanya seperti biasa sudah merona merah.
“Abang nak makan sayang”penyataan yang ringkas penuh makna. Terkejut Umairah. Ditutup matanya rapat, takut!Seram!.
“Mairah serius ni, abang jangan gatal” amaran Umairah.
“Salah ke abang gatal dengan isteri abang?”tanya Syed Uqail Hakimi, saja ingin melihat reaksi si isteri.
“Tak salah, bagus, dapat pahala” datar suara Umairah.
“Adoiiii! Ketam ke apa ni?” mengaduh Syed Uqail Hakimi apabila Umairah mencubitnya.Terlerai rangkulannya.
“Jawapannya adalah apa.Ha... tahu pun sakit, lain kali buat lagi”loyar buruk Umairah sambil tersenyum.
Kedengaran perut Umairah berbunyi keriuk. Mana tidaknya, petang tadi hanya minum teh o sahaja bersama Ruby di kedai mamak, Syed Uqail Hakimi ketawa terkekeh “Jomlah makan, perut sweetheart dah berbunyi tu. Tadi abang call tak jawap, katanya nak dinner sama.”
“Haah lah Mairah lupa. Eh, ye ke abang ada call Mairah? Mairah tak check lagi handphone. Tadi handphone tertinggal dalam kereta” Umairah menepuk dahi, serba salah menerjah sekali lagi.
“Tak pelah, Mr Mari telefon abang cakap sweetheart ada di office” terus terang Syed Uqail Hakimi sambil bangun dari sofa. Dipegang bahu Umairah yang sedang duduk di atas sofa. Umairah menurut Syed Uqail Hakimi berdiri juga.

Sweetheart, tutup mata” arah Syed Uqail Hakimi kepada isterinya. Umairah hanya diam malas melayan suaminya yang tiba-tiba ceria semacam. Baru sahaja dia ingin memusingkan badan untuk melangkah ke dapur Syed Uqail Hakimi menarik tangannya, dipandang muka Umairah mengharap pengertian.
“Abang nak buat apa ni?”tanya Umairah suspen, melihat Syed Uqail Hakimi menunjukan muka kesian
“Adalah, rahsia, cepat tutup mata, kalau tidak abang kiss nanti” Syed Uqail Hakimi mendekatkan bibirnya ke telinga Umairah berbisik, memberi amaran. Cepat-cepat Umairah menutup mata. Walaupun rasa hairan dengan tindakan pelik sang suami, Umairah mengikut sahaja kata suaminya.

Follow me.”arah Syed Uqail Hakimi. Ditarik tangan Umairah menuju ke dapur.  Umairah hanya mengikut tanpa kata, yang ada hanya rasa seram.
“Dah sampai, muka mata”
“Wow! Suprise me! Abang masak?Ha.. candle dinner. ” ucap Umairah terharu. Senyuman masih tidak lekang di bibir. Sesuatu yang di luar jangkaan, tidak sangka suaminya bertindak begitu.
“Yup!for beloved wife forever, jemput duduk princess” Syed  Uqail Hakimi menarik  kerusi menjemput Umairah duduk.
Thank you”jawab Umairah lembut. Terasa sangat gembira dilayan begitu oleh suami yang begitu romantic.
 “Jemput makan” jemput Syed Uqail Hakimi, setelah duduk di hadapan Umairah.
“Abang” panggil Umairah lembut, sambil menyua sudu ke mulut suaminya.
“Sayang pula” Syed Uqail Hakimi menyuap spegetti ke mulut Umairah.
“Sedapnya, pandainya abang masak, betul ke abang masak ni? Atau abang tapau tadi” seloroh Umairah. Spegetti yang di hidang Syed Uqail Hakimi sangat lazat dan kena pada tekaknya.
“Eh, See the hand lah kan. Kalau tak percaya nanti abang tunjukan cara masaknya, as evidence” ujar Syed Uqail Hakimi sambil memandang muka Umairah yang sedang tahan perasaan geli hati.

Menikmati makan malam di kala subuh, hidangan di masak oleh suami membuatkan hati Umairah berasa sangat bahagia. Sedang sibuk rancak bersembang dengan suami kedengaran telefon berbunyi dari dalam bilik. Cepat-cepat Umairah bangun kemudian berlari untuk menjawab telefon. Biasanya jika waktu awal subuh begini, apa lagi kalau bukan production problem.

“Hai, Morning Mairah, sorry interrupt you, Cheque Clearing Center having issue, Can’t sign on to system, you check!” kedengaran suara Mr Sydney begitu serious di hujung corong handphone.
Ok, i will go in ITD to trouble shoot, give me 1 hour” jawab Umairah dengan tegas kepada bossnya.

Perlahan-lahan Umairah berjalan kembali menuju ke dapur.
“Abang,.. sorry Mairah kena masuk office balik, ada production problem pula” keluh Umairah. Mukanya masam mencuka.                                                                                                                    
“Abang temankan” ujar Syed Uqail Hakimi.
“Tak pe, Mairah boleh pergi sendiri, urgent ni.”balas Umairah tidak mahu menyusahkan suami.
“Tak apalah, abang risaukan sweetheart, dah malam ni, bahaya...sape tak sayang bini ooiii” ujar Syed Uqail Hakimi sambil tersenyum memandang Umairah tajam, mengharap isterinya faham akan rasa hati.
“Emm... mengayat je kerja abang ni kan.Thanks abang, sebab faham tugasan Mairah” tutur Umairah lembut. Ada getar dalam hati.
“Faham sangat dengan super women abang ni, makan dulu, nanti lapar pula” nasihat Syed Uqail Hakimi kepada Umairah. Umairah kembali duduk di kerusinya tadi.
“Abang  makan samalah” disuap perlahan-lahan spegetti ke dalam mulut, perlahan-lahan Umairah mengunyah. Di dalam kepala ligat memikirkan apa yang harus buat untuk trouble shoot masalah itu. Pertama kali menghadapi masalah begitu, padahal tiada program upgrade.
“Abang nak sweetheart suapkan” pinta Syed Uqail Hakimi, belum puas bermanja, baru saja nak bermanja ada sahaja halangannya.
“Ok. Buka mulut... satu untuk abang...” suruh Umairah, melayan kerenah suaminya
“Satu untuk Mairah” sambung Syed Uqail Hakimi sambil menyuap Umairah pula.

“Sayang...sayang...sayang awak, this weekend  kena pergi oversea, Makin rindulah abang pada sweetheart” meluahkan perasaannya dengan tulus ikhlas pada isterinya, berharap isterinya juga begitu.
“Oklah rindu... rindu dendam..., abang Mairah bersiap dulu, nak kena pergi office ni. Nanti jadi issue besar pula”elak  Umairah. Tiba-tiba rasa seram.
“ Yelah, mari abang hantarkan” ujar Syed Uqail Hakimi.
“Nanti banyak pertanyaan pula orang-orang sekeliling” Meluahkan kerisauannya.
“Biarlah, hak mereka untuk bertanya, hak abang untuk jawap atau tidak” ucap Syed Uqail Hakimi. Tidak mahu isterinya berfikir banyak.
“Abang ni memang nak cari penyakit yer” tanya Umairah sambil mengetap gigi geram dengan jawapan suaminya. Ada sahaja alasan yang diberi.
“Abang memang dah sakit”jawap Syed Uqail Hakimi dengan reaksi muka orang sakit. Tangannya menunjuk dada di sebelah kiri.
“Sakit apa pula?” tanya Umairah buat-buat tidak tahu.
“Sakit rindu pada isteri yang memanjang busy, rasa kurang kasih sayang”jawap Syed Uqail Hakimi terus terang, kalau tidak faham lagi tak tahulah.
“Amboi, seram Mairah” Umairah membulatkan mata.
“Aaauuuummmm....miow..miow...”tanpa di sangka-sangka terkeluar pula dari mulut Syed Uqail Hakimi sampil matanya menekur memandang mata Umairah dengan sseribu harapan.
“eee..abang ni kan, malu Mairah”reaksi Umairah yang semakin seram dengan tindakan suaminya yang asyik mencuit-cuit bahunya.
“Tak payah cakap abang dah tahu, muka sweetheart dah merah padam tu, malulah tu, sweetheart malu-malu macam ni lagi abang tergoda”jahat Syed Uqail Hakimi sahaja mengenakan isterinya lagi.
“Abang, Mairah got to go, nak tengok apa masalahnya, tiba-tiba tidak boleh sign on” balas Umairah mahu mengelak. Dalam hati ada rasa bahagia. Tapi sahaja mahu menidakkannya.
“Ala, tak payahlah, cuba call Windows Team, mana tahukan dia orang ada job sebab itu ada interuption”ujar Syed Uqail Hakimi memberi idea. Keningnya diangkat beberapa kali menampaknya mukanya yang semakin nakal dan gatal.
“Yelah.”jawap Umairah sedikit kasar. Tidak dapat nak mengelak dari menerima idea yang bernas dari suaminya yang smart dan cool.

Tengah sibuk mencari nombor telefon Windows Team, tiba-tiba ada panggilan masuk. Laju Umairah menjawap.
Hello...” belum sempat menyambung ayat, user terlebih dahulu bersuara.
“Mairah, ok already, user can sign on
“Oh ya. Thanks updated me” ucap Umairah penuh kelegaan.
No problem, ok bye
Umairah meletakkan kembali handphonenya ke dalam bilik. Kemudian dia ke dapur kembali mendapatkan suaminya yang masih lagi menikmati hidangan makan malam di waktu subuh.

Dengan senyum dibibir, Umairah memberitahu suaminya.“Abang, dah ok user able to sign on, tadi user baru sahaja called Mairah, so tak payah masuk kerjalah”
“Yes! Allahamdullilah, bolehlah abang sign on pula” jawab Syed Uqail Hakimi dengan bersungguh-sungguh. Umairah memandang suaminya hairan.
Sign on apa?”Tanya Umairah yang tidak faham maksud suaminya.
Sign on sweetheart lah...”jawap Syed Uqail Hakimi terus terang, sambil ketawa terbahak-bahak memandang wajah Umairah yang blur.
“Eeeee...gatal...”jerit Umairah kecil, setelah seketika berfikir.Tertangkap juga maksud ayat Syed Uqail Hakimi.

Sambil mengemas meja makan Umairah mengomel. Niat di hati nak melarikan diri, belum bersedia untuk bersama dengan suaminya.“Dah tidur, esok nak kerja, dah lambat dah ni”
“La...kepunanlah abang...”ungkap Syed Uqail Hakimi kecewa dengan penolakan isterinya.
“Tak kemana gunung yang dikejar”balas Umairah, main tarik tali.
“Yelah... pergilah tidur esok dah nak kerja lagi, nanti lambat Mr Sydney marah pula”ujar Syed Uqail Hakimi dengan nada yang pasrah dan rela. Dalam hati penuh pedih dan perit. Di tinggal Umairah sendirian mengemas dapur.

Mata mengantuk tapi perut masih kenyang. Butang remote TV ditekan. Siaran ulangan Tanyalah Ustaz sedang ke udara di TV 9, mata yang mengantuk jadi tidak mengantuk setelah membaca tajuk persoalan “Isteri menolak ajakan suami”. Syed Uqail Hakimi tersengih sendirian, dikuatkan suara TV tersebut dengan harap puan isteri mendengari sama walaupun sedang sibuk mengemas di dapur.

“Antara sebab paling kuat Allah mensyariatkan perkahwinan adalah supaya manusia itu boleh menyalurkan nafsu syahwat dengan cara yang halal dan tidak dimurkai oleh Allah serta menjaga kehormatan manusia. Hanya dengan satu akad, satu perhubungan yang disifatkan sebagai satu jalan yang keji oleh Allah berubah menjadi hubungan yang halal dan diberi pahala. Perihal menjaga kehormatan amat di titiberatkan oleh Islam. Allah memerintahkan lelaki dan perempuan menundukkan pandangan kerana dengan pandanganlah tercetusnya syahwat. Begitu juga anjuran berpuasa bagi mereka yang tidak mampu berkahwin lagi. Ditambah pula pergaulan antara lelaki dan perempuan mempunyai batas-batas tertentu yang telah digariskan hanya untuk menjaga kehormatan anak Adam daripada terjebak ke dalam lembah kekejian. Sesudah itu, jalan paling selamat adalah dengan berkahwin. Tetapi, apabila sudah berkahwin dan perhubungan telah halal, maka si isteri menolak pula ajakan suami. Tidak hairanlah jika dia dilaknat oleh penghuni langit.
Saya pasti ada para isteri yang mengambil mudah hal ini sedangkan telah thabit dari hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam bahawa seorang isteri itu tidak boleh menolak ajakan suaminya. Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallambersabda : “Jika seorang suami itu mengajak isterinya ke kamar, tetapi dia tidak mendatanginya, dan tidurlah si suami dalam keadaan marah kepadanya, maka para malaikat melaknatnya hingga pagi.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)”

Umairah yang berada di dapur terkejut apabila tiba-tiba sahaja bunyi TV kuat. Diintai suami yang sedang menonton televisyen. “Alamak perli aku lah tu. Ya Allah, tolonglah lembutkan hatiku ni, relakan lah hati ini dimiliki dan disentuh oleh hambaMu yang berhak.Amin” Doa Umairah di dalam hati. Hati kata hendak, tapi tindakan menidakannya. Lama Umairah memerhatikan suaminya dari dapur. Hendak duduk di sofa bersama suami malu, jadi duduk ceruk dapur hingga Syed Uqail Hakimi menutup TV dan melangkah masuk ke biliknya.


No comments:

Post a Comment