Bab 9
Bunyi whatsapp mengejutkan Umairah dari lenanya. Perlahan-lahan dia
membuka mata mencari arah bunyi whatsapp
tersebut. Dengan seribu daya Umairah cuba menangkat kepala. Masih terasa sakit
berdenyut-denyut di kepalanya. Dicapai handphone tersebut lalu dibaca whatsapp.
“Arrr...from
Haizan!” bisik hati kecilnya. Degupan jantung semakin laju, berdebar.
“Haiii...Mairah...I’m back. Wish to see you soon”
Tergamam Umairah
takala membaca whatsapp dari Hazrul
Haizan.
“God what should i answer?huhuhuu” bisik
hatinya. Makin runsing dengan status diri. Hazrul Haizan masih belum ketahui
yang Umairah sudah pun bernikah.
“Haiiii....welcome back...ok..no problem...anytime..hihihihi” pantas jari-jemari Umairah
menaip.
“Ok...tak sabar
nak jumpa buah hati kanda..really miss you
ya.. :P ” terbeliak mata Umairah. Wah mampus aku kalau Kimi terbaca ni.
Ngomel Umairah dalam hati. Dengan Hazrul Haizan berkanda-dinda. Memang cari
nahas. Dari hari pertama, Umairah dan Hazrul Haizan menjalin cinta itulah bahasa
yang di gunakan ketika berwhatsapp.
Azan subuh kedengaran melenyapkan
lamunan Umairah. Whatsapp terakhir
Hazrul Haizan tidak dibalas. Tidak pasti apa ayat terbaik untuk Hazrul Haizan.
Usai solat subuh Umairah segera ke
dapur. Lama rasanya asyik terbaring saja di katil. Peti ais dibuka. Dikeluarkan
bahan-bahan yang ada untuk memasak mihun goreng. Walaupun kepala serabut,
Umairah akan rasa release bila
memasak.
Siap memasak Umairah menuju ke bilik
suaminya. Bilik Syed Uqail Hakimi masih gelap, niat di hati ingin mengejutkan
suaminya terbantut.
Bau semerbak dari dapur membuatkan tidur Syed Uqail Hakimi sedikit
terganggu. Dia segera bangun, mengatur langkah untuk ke dapur. Melihat jam di
dinding hampir pukul 6.30 pagi Syed Uqail Hakimi membatalkan niat di hati.
Segera dia ke bilik air, membersihkan diri dan bersegera mengerjakan solat.
Whatsapp Umairah terus berbunyi. Usai menyiapkan makanan di atas meja.
Umairah kembali ke biliknya. Dibaca whatsapp
dari Hazrul Haizan.
“Are you ok? Kanda rasa
macam ada yang tak kena...” Hazrul
Haizan meluahkan rasa hati.
“Sorry Kanda...Dinda solat
tadi...Dinda kena cepat nie nak masuk office...”
Terpaksa Umairah bohong sunat. Harap hati Hazrul Haizan akan kembali tenang.
Beberapa kali Umairah meraupkan tangannya ke muka. Rasa betul-betul stress. Kepalanya kembali berdenyut.
Umairah merebahkan kembali badannya ke katil.
“Breakfast dah
siap...emm..note pun dah tulis..tidur balik lah...”ngomel Umairah di dalam
hati.
Bau yang menyelerakan masih tersisa
di hidung Syed Uqail Hakimi. Dia segera melangkah ke dapur, berharap Umairah
masih berada di dapur. Sepanjang Umairah di hospital, Umairah jarang bersuara.
Bila ajak berbual, sepatah tanya, sepatah jawabnya. Kali terakhir melihat
Umairah ceria ketika Ruby dan Evelyn datang melawat di hospital.
Syed Uqail Hakimi menuju ke singki membasuh tangan. Mata
memandang bilik Umairah. Kecewa rasa hati bila melihat bilik Umairah tertutup
rapat.
“Emmm...marah kat
aku lagi kah?” Syed Uqail Hakimi berbicara sendiri. Rasa penyesalan terhadap
apa yang berlaku beberapa hari lepas masih terpancar di kepala.
Langkah kaki tiba-tiba membawa Syed
Uqail Hakimi ke bilik Umairah. Di ketuk pintu bilik Umairah. Tiada jawapan atau
balasan. Syed Uqail Hakimi memulas tombol pintu, berkunci.
“Sah...marah aku
lagilah ni...” perlahan Syed Uqail Hakimi bersuara. Dia kembali ke meja makan.
Kelihatan sekuntum
bunga Ros berwarna Lavender yang sudah kering, pemberiannya dahulu berserta sekeping
nota berada di tepi pingan. Terukir senyum di bibir Syed Uqail Hakimi. Rasa
panas di dalam hati kini bertukar menjadi bunga-bunga cinta.
Abang...
Teh tarik untuk
abang...Jemput minum...
Mihun ni pedas
sikit...Jemput makan...
Maaf kalau tak memenuhi
spesifikasi piawaian...
Isterimu.
Syed Uqail Hakimi meletakkan kembali nota tersebut
ke atas meja. Laju dia melangkah kembali ke bilik Umairah. Diketuk pintu
beberapa kali. Masih senyap, tiada maklum balas dari Umairah.
Umairah yang
berbaring di atas katil segera menyembunyikan diri ke dalam comforter. Rasa malas
dan malu untuk berjumpa dengan suaminya.
“Sweetheart..boleh tak jangan kunci pintu
ni...abang susah hati...abang risau kalau jadi apa-apa kat you..., tolong
jangan buat kat abang macam ini”
“Emmm...yelah...” balas
umairah geram Bibirnya diketap. Kepala yang sedia sakit bertambah sakit
mendengar ketukan pintu tanpa henti oleh suaminya.
“Jom breakfast sama-sama nampak menarik mihun
yang sweetheart masak tu.” Ajak Syed
Uqail Hakimi sambil memuji Umairah. Cuba mengambil hati Umairah apabila melihat
reaksi umairah yang tidak berapa memberangsangkan.
Selimut diselak,
Umairah turun dari katil perlahan-lahan dengan malasnya menuju ke muka pintu.
Dibuka pintu yang berkunci dari dalam. Syed Uqail Hakimi masih di pintu
menunggu umairah terkejut apabila pintu di buka dengan kasar. Uhh...marah
bunyinya ni. Syed Uqail Hakimi berkata di dalam hati.
“Emm macam mana i
nak lalu ni...you jalanlah dulu...” Umairah mempamerkan riak muka tidak puas
hati.
Syed Uqail Hakimi
tersenyum nakal. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Umairah. Umairah mengundur
kebelakang, satu langkah Syed Uqail Hakimi kehadapan, satu langkah juga Umairah
mengundur ke belakang.
“You
ni kenapa?” mengeletar kedengaran ayat pertanyaan yang keluar dari mulut
Umairah.
Syed Uqail Hakimi ketawa jahat. Rasa lucu
melihat Umairah gelisah begitu.Syed Uqail Hakimi makin hampir ke tubuh badan
umairah.
“Awww..sakitnya...Umairah
terlanggar katil belum sempat jatuh terduduk di atas katil, cepat-cepat Syed
Uqail menarik tangan Umairah, .membawa Umairah ke dalam pelukannya.
“Izinkan abang peluk Sweetheart” satu kucupan singgah di dahi Umairah...serammm! tapi perasaan
itu disembunyikan senyap-senyap oleh Umairah, walaupun sebentar tadi terpancar
wajah ketakutan yang sangat ketara, Umairah senyap tanpa sebarang kata, yang
kedengaran adalah degupan jantung Syed Uqail Hakimi dan dirinya.Bunyi resah
nafas Syed Uqail Hakimi membuatkan rama-rama di dalam perut Umairah berkocak laju.
Umairah cuba mententeramkan perasaan yang sedang bergelora. Rasa tenang bila dipeluk begitu.
“Abang...abang dah
lambat ni. Jom kita makan, nanti lambat apa kata bos...tak pasal-pasal muka abang
keluar kat dashboard staff yang datang lambat.” Lembut tutur Umairah.
Bertambah rasa bergelora jiwa Syed Uqail Hakimi. Perlahan-lahan Umairah
melepaskan rangkulan tangan Syed Uqail Hakimil dari pinggannya.
Usai breakfeast Syed Uqail
segera ke office hinggakan handphonenya tertinggal. Belum sempat Umairah
memanggil, kereta Golf kepunyaan Syed Uqail Hakimi sudah meluncur
laju. Eemm.. lunch karang balik rumah
kot..emm...careless betul suamiku
ini.
Sampai di office Syed
Uqail Hakimi meraba-raba poket seluarnya mencari handphone yang entah hilang ke
mana.
“Aaaa...tinggal
pula....emmmm takpalah lunch nanti
balik rumah ambil." bentaknya di dalam hati.
Gagang telefon di tepi
komputer di pandang. Laju Syed Uqail Hakimi mendail nombor handphone Umairah.
“Hi sweetheart...handphone abang
tertinggallah, tolong simpankan, tengah hari nanti abang balik.”Laju Syed Uqail
Hakimi menuturkan kata apabila kedengaran line telepon dijawab oleh Umairah.
“Assalamualaikum
abang. Ok nanti Mairah simpankan, abang hendak Mairah masak untuk lunch ke? ”
balas Umairah menyindir suaminya.
“Waalaikum salam” muka
Syed Uqail Hakimi merona merah malu dengan sikap gopoh pada permulaan
perbualannya.
“Sweetheart nak masak apa? penat
nanti...abang tapau je...Sweetheart
nak makan apa?”
“Emm mihun sup kat
roundabout Uniten boleh?”
“Boleh Sweetheart...apa saja... i will do it for you”
“Ok..thanks..kerja baik-baik tau”
“Sayang abang
tak?”
“Abang
rasa?...oklah..dahlah..bye ”
“Suamiku semakin
nakal dan liar. Ahhh...seramnya, Haizan...maafkan Mairah” Perlahan Umairah
bermonolog sendirian. Timbul rasa bersalah kepada Syed Uqail Hakimi.
Mata Umairah
terpandang handphone yang berada di atas meja. Diambil dan diletakkan ke atas
meja di ruang tamu. Baru sahaja Umairah meletakkan handphone, kedengaran bunyi
lagu Terukir di Bintang oleh Yuna. Tergerak hati ingin melihat gerangan nama
yang menelefon.
“Amanda Darling”.
Perasaan cemburu serta tidak puas hati bersatu di dalam hati.
“Emmm..Ms Desparate... Mr Kasanova ni kan memang pandai berkasanova. Aaaa...memang aku tak
akan percayalah pada dia. ...Aduhhh..sakitnya hati jelous kah aku?” bisik Umairah geram dalam hati.
Melayan perasaan
sambil menonton cerita “Desperate
Housewives”, tiba-tiba lonceng rumah berbunyi. Tak akan suami dah balik
kot. Bisik Umairah sendirian, matanya memandang jam di dinding yang baru
menunjukkan pukul 11.30 pagi. Umairah menjengguk dari sebalik tingkap terletak di
sebelah pintu. Kelihatan seorang posmen sedang berdiri di hadapan pintu bersama
sebuah bungkusan.
“Assalamualaikum,
saya posmen. Ada bungkusan untuk Puan Sharifah Umairah” Posmen itu bersuara memperkenalkan
diri.
“Kejap...saya buka
pintu” teragak-agak Umairah buka pintu.
“Puan tolong
tandatangan di sini” hulur posmen tersebut sehelai kertas kepada Umairah.
Usai menanda
tangan, posmen itu memberi Umairah sebuah bungkusan. Umairah menyambut dan
segera menutup kembali pintu rumah. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
Tudung yang dipakai tadi dibuka dan diletakkan di sisi. Perlahan-lahan Umairah
membuka bungkusan tersebut. Fikiran masih ligat berfikir dan meneka gerangan
yang menghantar bungkusan.
“Victoria's Secret” terpancul keluar
perkataan dari mulut Umairah dengan nada terkejut dan geram.
Umairah membaca
kad yang disertai bersama Lace & Chiffon Halter Babydoll yang berwarna
merah menyala.
Dijamin syurga untuk Isteri
jika
1. Taat selama menjadi
isteri
2. Taat menjaga maruah
suami
3. Taat menjaga rumah
tangga dan anak-anak suami
Sabda Rasulullah Saw kepada
anaknya Fatimah
"Mana-mana wanita yang
melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya,
menggunting misainya, memotong kukunya maka diakhirat dia diberi minum oleh
Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut,
didalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat
sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan melintasi selamat Titian
Sirat tanpa menempuh kesusahan"
HR Hassan Bin Sofwan, At
Tabrani dan Ibnu Asakir
Sealed with a kiss
Abang.
“Amboiii...kasi
tazkirah nampak..eee..malunyer aku, kenapa dia buat aku macam ini? Ya Allah!,
apakah perasaannya terhadapku. Aku masih was-was dan ragu-ragu dengannya Ya
Allah, sedangkan dia adalah suamiku yang sah.” Umairah berkata di dalam hati.
“Aduiii sakitnya
kepala..aaahhh” Kepala yang masih sakit, terasa semakin kuat denyutannya.
Banyak perkara yang berlaku hari ini tidak dapat dijangka oleh Umairah. Umairah
memegang kepalanya dengan kedua belah tangan. Direbahkan badan ke atas sofa. TV
yang menayangkan cerita “Desparate
Housewives” dibiarkan terbuka. Umairah terasa kepalanya bagai mahu pecah.
“Aaaa...sakitnya” jerit
Umairah tidak tahan dengan rasa sakit. Matanya dipejamkan menahan sakit yang
menyerang.
“Ya, Allah,
sakitnya.” Terasa bagai nyawa ingin melayang. Tiba-tiba Umairah mengigil
ketakutan. Perasaan takut dengan dosanya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai
isteri dalam erti kata yang sebenar.
“Ya Allah, sebelum
di KAU mengambil nyawaku, izinkan aku menjadi isteri yang solehah kepada suamiku” Doa Umairah dalam keadaan
sakit yang teramat. Satu persatu wajah ibu, baba, umi, Syed Uqail Hakimi ,
Munirah terpampang di depan mata. Perlahan-lahan menitis satu persatu air mata
di pipi gebu Umairah.
“Sweetheart..sweetheart..bangun sayang, jom lunch sama-sama” Syed Uqail Hakimi
mengejutkan Umairah yang terlentang baring di atas sofa. Remote TV dicapai dan
di tekan butang Off.Umairah masih tidak menguit.
“Isteriku ini,
kalau tidur memang tidur mati...emm apalah nasib diri” ngomel Syed Uqail Hakimi
di dalam hati.
“Sweetheart...sweetheart..bangun sayang” sekali lagi Syed Uqail Hakimi
mengejutkan Umairah. Terbit rasa tidak sedap di hati. Perlahan-lahan kad di
tangan Umairah diambil dan dibaca seimbas lalu. Syed Uqail Hakimi mengukir
senyuman nakal.
“Sweetheart, dah dapat present dari abang rupanya.” Cakap Syed
Uqail Hakimi sendirian.
Rasa tidak sedap
hati menerjah lagi. Cepat-cepat Syed Uqail Hakimi mencapai telepon yang berada
di atas meja. Nombor telepon Dr Yuslina didial.
“Assalamualaikum..Yus..”
“Waalaikum salam..anything i can help you Kimi?”
“Yup...Mairah...i
kejutkan dia, dia tak bangun-bangun ni.”
“You buat dia stress ke sampai dia pengsan?”
“Ah? Pengsan!”
“What should i do?”
“You ambil air dan
lap muka dia, hopefully working, if not
call me back”
“Orait..thanks Yus”
Cepat-cepat telepon
diletak. Syed Uqail Hakimi berlari ke dapur mengambil air. Disapu air ke
seluruh wajah pucat Umairah sambil berselawat, di dalam hati berdoa panjang
agar Umairah selamat. Beberapa kali Syed Uqail Hakimi menyapu air ke muka
Umairah, perlahan-lahan kelopak mata Umairah bergerak. Syed Uqail segera
memanggil nama Umairah sambil menepuk perlahan-lahan pipi Umairah.
“Bangun
sayang...sayang..sayang..bangun..buka mata tu..jangan buat abang takut” Tubir
mata Syed Uqail Hakimi mengeluarkan air jernih. Perlahan-lahan air mata Syed
Uqail menitis di atas pipi Umairah.
Umairah memberi
reaksi yang positif. Perlahan-lahan matanya dibuka.
“Abang, maafkan Mairah”
perkataan pertama yang keluar dari mulut Umairah perlahan tapi didengari oleh
Syed Uqail Hakimi.
“Abang, maafkan
sayang, maafkan abang juga” dipeluk Umairah kuat, dicium ubun-ubun isterinya
dengan hati-hati. Kemudian cempung Umairah masuk ke biliknya.
“Sweetheart rehat yer, abang siapkan
makanan, nanti lepas makan, makan ubat yer” Syed Uqail Hakimi meletakkan
Umairah dengan hati-hati di atas katilnya kemudian berlalu ke dapur.
Beberapa minit
kemudian Syed Uqail Hakimi kembali bersama mihun sup yang dipesan Umairah pagi
tadi .“ Sweetheart, abang suap makan,
nanti masuk angin pula perut tu”
Perlahan-lahan
Syed Uqail Hakimi mengusap rambut Umairah. Perlahan-lahan Umairah mencelikkan
mata. Syed Uqail menarik lengan Umairah ke arah tubuhnya, dipeluk dan ditarik
tubuh Umairah ke kedudukan duduk.
“Abang...”
perlahan Umairah memanggil Syed Uqail Hakimi.
“Yer sayang” Jawab
Syed Uqail Hakimi. Di tangannya sudah ada semangkuk mihun sup untuk disuap ke
mulut isteri tercinta.
“Mairah susahkan
abang?”
“Tak sayang...mari
makan..nanti lepas makan boleh makan ubat,” perlahan-lahan Syed Uqail Hakimi
membawa sudu ke mulut Umairah. Umairah membuka mulut, perlahan-lahan dia
menguyah makanan yang diberi oleh suami.
Selepas 3 suapan
Umairah bersuara “Abang dah, abang tak makan?”
“Sweetheart makan dulu, nanti abang
makan” Jawab Syed Uqail Hakimi sambil tersenyum, cuba menyembunyikan rasa resah
di hati.
Umairah
mengelengkan kepala. Syed Uqail Hakimi meletakkan kembali mangkuk dan mencapai
ubat Umairah.
“Sayang..makan
ubat” pujuk Syed Uqail Hakimi. Disua beberapa butir ubat ke mulut Umairah.
Tangan kirinya memegang air juga di sua ke mulut Umairah. Umairah menelan ubat
perlahan-lahan disulam dengan air.
Umairah memandang
suaminya, mata penuh sinar bahagia, terlupa dia dengan pelbagai perkara yang
bermain difikiran sebenar tadi “Terima kasih abang” lunak suara Umairah
menenangkan seluruh jiwa lelaki Syed Uqail Hakimi. Perlahan-lahan Umairah
memeluk Syed Uqail Hakimi hingga dia terlelap dalam dakapan suaminya.
Nice story n Follow sini.. :)
ReplyDeleteThanks Syimah...
Delete